Followers

Wednesday, November 10, 2010

Lomografi

Assalamualaikum :)


hai kawan kawan. entry harini nak citer pasal Lomo. Lomografi. maybe ada yang dah tahu pasal ni. maybe jugak ada yang masih tak tau apa itu Lomografi. Lomografi ni masih dikatakan baru lagi di Malaysia. Takla baru sangat. aku dah tahu pasal Lomo ni dah lama dah sebenarnya. tapi sedih sebab tak dapat nak mendalami ilmunya dengan lebih mendalam atas sebab sebab tertentu.


Definisi


Dalam fotografi, ada ‘peraturan’ ditetapkan dan banyak aspek teknikal perlu dipelajari. Lomografi pula lebih bebas dan berlandaskan peraturan utama iaitu don’t think, just shoot. Hasil fotografi (digital) pula kebanyakannya dapat dibayangkan. Ini berbeza dengan lomografi di mana hasilnya tidak dapat dijangka. Namun, ia memberi kepuasan yang tinggi. Inilah yang mendorong kita melakukan eksperimen ketika merakamkan gambar. Ini tentunya berbeza dengan fotografi digital yang lebih bergantung kepada perisian komputer untuk mencantikkan gambar yang dirakam. Sehubungan itu, fotografi digital boleh disifatkan tidak asli berbanding hasil seni lomografi.


Itu adalah definisi lomografi dan perbezaan antara Lomografi dan Fotografi. Aku memang minat dalam bidang fotografi. Keinginan untuk mendalami ilmu Lomografi serta keinginan untuk memiliki kamera Lomo adalah sangat tinggi. tapi disebabkan aku masih student yang tidak mendapat sebarang biasiswa, membuatkan aku terpaksa menangguhkan niat untuk itu. 


10 peraturan yang harus diikuti dalam bidang Lomo.


1. Bawa kamera anda ke mana saja anda pergi.



2. Gunakan pada bila bila masa tidak kira siang atau malam.




3. Lomografi bukan gangguan dalam hidup anda tapi ia sebahagian daripada hidup anda.



4. Cuba snap dari paras pinggul.




5. Mendekati objek yang ingin anda snap sedekat yang mungkin.




6. Jangan fikir!



7. Harus bertindak pantas.




8. Tidak perlu tahu apa yang akan anda snap terlebih dahulu.




9. Dan apa yang telah anda snap selepasnya juga.




10. Jangan bimbang mengenai sebarang peraturan.




Kamera Lomo






Hasil Karya Lomografi




Inilah antara sedikit sebanyak info yang dapat aku kongsikan kepada semua. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh la tengok dekat laman Lomography ni. :)


Sekian. bye bye

7 comments:

colela said...

i do love lomo bellaaaaaaaaaaaaaaaaa.. bak sebijik kat akuuuu...haha.

kalau kat mlysia kedai dia katne eh?
aku mmg nak mendekatinya tp takda sumber.kau ada,alang2 aku menyibuk.hehehe

hamzah ian said...

gmbr cun weh.. btw kalo wat komen popout window lagi best

Bella ♥ said...

lole : ko pi la kat laman web yg aku bg uh. erm tak bnyk la kedai yg ade jual kamera ni weh. haritu pun aku ade jumpe satu je kedai setelah aku bertungukus lumus merantau ke kuala lumpur. haha

hamzah : thnx! nak buat tapi tak retila! uwaaaaaaaaaaaa~ T.T

colela said...

aku rase central market ade kot..nnti aku cube merantau sane

Bella ♥ said...

mana ade. aku ni selalu lepak sane. tak nmpk pun kedai jual kamera lomo kat sane. ko biar betik. haha

colela said...

kantoi suke gi cm..watpe ha?tak ajakkkk. aku rindu nak gi cm..byk benda berseni kat sane. :((

Bella ♥ said...

hakhakhak sengal! nanti kita g same same la yer! huahua kau belanje aku la tapi. haha