Followers

Thursday, November 11, 2010

Sahabat Selamanya...

Assalamualaikum.


korang ada sahabat? apa tu sahabat? sejenis gula gula yang masam masam manis? haha tettt! salah! jawapannya sahabat adalah salah satu sabun jenama terbaru keluaran Malaysia. haha pale otak. dah tipu semua tuh. sahabat tu maknenya kawan rakan manusia insan yang sanggup bersama kau tak kira masa saat detik dan ketika. sahabat adalah insan yang kita rasa selesa untuk bercerita dengannya segala masalah. segala rasa yang kita pendam kita luahkan kat dia. bila dah luah rase beeeessssssst je.


tapi zaman sekarang sangat susah untuk kita jumpa manusia sebegini. manusia yang berhati mulia macam ni. manusia yang sanggup bersama kita tak kira macammana pun rupa kita dan keadaan kita. tapi aku bertuah. aku dikurniakan Tuhan dua orang manusia yang hadir dalam hidup aku yang boleh digelar sebagai sahabat sejati. haa...SEJATI tau! mereka berdua ni akan sentiasa bersama aku walaupun masing masing belajar jauh berkilokilometer.




NorSyahirah Sujangi.



nama budak kecik kat atas ni seperti yang tertera kat atas dia. haha nama glemer Syera. ceh~ glemer ke? berumur 18 tahun ye anak anak. kecik lagi. haha dia skang blaja kat KMPP ( Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ). dan tak lama lagi setelah tamat matrix dia akan berkahwin dengan orang Perak. tettt! apakah? haha aku kenal dia since aku Form4 masa aku pindah sekolah baru dulu. aku rasa dialah orang pertama yang tunjukkan aku mana kelas aku. rupanya kitorang satu kelas. hampess~ haha dulu masa Form4 aku tak rapat sangat ngan makcik ni because dia ni budak pandai. dalam kelas dok depan je. Fokus bak kata orang. yang aku ni dok belakang sekali. dok hu ha hu ha je keje aku. hahaha tapi ntah macam mana masa Form5 tetibe terapat pulak. hehe dah terapat da cam adik beradik pulak. start dari situlah kami kongsi macam macam perkara. dan sehingga harini perangai dia masih sama dan tak berubah. Alhamdulillah~ jangan jadi hipokrit macam minah yg kau citer tu ye makcik! hahah ;))


********************************************************************************


Mohd Haizi Aliman



haa...kacak tak? hehe ini pun bestie jugak ni tau! nama glemer izi. eceh~ tak easy pun. susah je. berumur 22. da lama boleh mengundi tapi taknak pegi mengundi.tak paham tol 
-______-" mamat ni belajar kat Terengganu amik cos OHS. apa tu OHS? ha pi google ah. maleh nak citer. die ni aku kenal dah lama. bertahun tahun. rasanya since aku Form2 kot. eh yeke? haaaa yela kot. dia ni pemalu orangnya. masih single. ada sape sape nak berkenalan ke? meyh jumpe aku tok sesi tapis menapis dulu. haha aku suke sangat dengan dia ni bila sesi nak speaking. hakhak dia akan bertungkus lumus piki dulu apa dia nak cakap baru dia cakap. kadang kadang boleh tahan bertahun jugak nak tunggu dia cakap tu. hahah dengan dia ni jugak aku senang untuk berkongsi segala cerita. walaupun dulu penah ada konflik bersama. tapi sampai sekarang pun kitorang masih kawan. kawan baik lagi kan cik izi. :)) 

********************************************************************************

sesungguhnya aku sayang giler kat korang berdua nih! sampai mati pun aku akan tetap ingat korang walaupun time tu korang dah tak ingat aku.

to Syera : kalau kau dah kawin nanti kau jangan lupe aku tau! kau jangan sik nak dok lam bilik je ngan laki ko. haha meyh dok luar gak lepak ngan aku. tau tau! 

to Izi : haaa...anda kalau kawin anda jangan lupakan saya jugak tau! anda kene habaq kat wife anda yang saya ni bestie anda. saya tak nak nanti wife anda jeles dan ingat kite ni scandal pulak. haaa..cano tuh? haha 

kepada korang berdua jugak belajar rajin rajin ok. cik syera jangan asik outing sampai lupa nak balik ye. nanti pakcik guard marah. haha cik izi pun sama. dah masuk sem ni janganla stress stress ok. belajar rajin rajin jangan tidooooooo je tauk! haha tak lama lagi dah nak abis blaja. nanti dah nak keje. jangan lupa belanja saya tau kalau da dpt first payment! hekhek. good luck kat korang berdua. semoga berjaya and semoga impian kalian menjadi kenyataan. 


p/s : saya sayang anda berdua ♥ ♥ ♥

bye bye


4 comments:

Heidi Shafiq said...

sygnye die kt kwn die.. :)

Bella ♥ said...

mustila sayang! :)

Author said...

mane kisah pasal aku???

Bella ♥ said...

hikhik. ko kazen aku an? nnti aku wrote! cehceh
(nak jugak glemer! hahaah)