Followers

Wednesday, November 10, 2010

si cinta putus asa

Assalamualaikum.

dihening malam. hujan renyai membasahi halaman rumah sewa anak remaja. 


si cinta putus asa : aku rasa aku nak berhenti lah dari teruskan hubungan aku dengan dia.

pendengar setia : eh, kenapa pulak? kau dengan dia dah serasi. aku tengok korang bahagia je bila bersama. kenapa tiba tiba kau cakap macam ni?

si cinta putus asa : aku tau semua tu. tapi aku tak sanggup menipu dia. aku bukan seperti apa yang dia sangka. aku tak layak untuk dia.

pendengar setia : tapi kenapa?

si cinta putus asa : sebenarnya. aku dah tak suci lagi. aku ni kotor. aku dulu perempuan jahat! aku tido dengan ramai lelaki. bukan sebab duit tapi aku mahukan kepuasan. hati aku memberontak mau lakukan segala benda. aku tau semua tu salah. tapi aku tak peduli. semua orang disekeliling aku hidup dalam dosa. begitu jugak aku. tak ada sapa yang nak bimbing aku sampai aku jumpa dia. tapi sekarang. bila aku dah berubah baru aku sedar yang aku tak layak untuk dia.

pendengar setia : kau jangan cakap macam tu. itu semua perkara yang dah lama berlalu. syukur sekarang kau dah berubah. kau teruskan lah dengan semangat kau tu. jangan lagi kau ikutkan perangai syaitan manusia disekeliling kau. kau harus ingat Tuhan tu ada dengan kau. dia nampak segala perilaku kau. kalau kau dah bertaubat Alhamdulillah. Allah juga tahu tu. dan yang paling penting. kau bagitau la dengan dia. kalau dia seorang lelaki yang baik dan ikhlas dia akan terima kau sebagaimana engkau harini. bukan engkau di masa lampau. ingat tu.

si cinta putus asa : aku akan cuba. InsyaAllah. tapi andai kata dia tak terima aku, aku hanya mampu bersyukur pada Tuhan kerana pinjamkan dirinya seketika untuk aku. merubah hidup aku. Alhamdulillah.



* andai kita bertaubat dan sedia untuk menghadapi masa hadapan yang baru. hadapilah ia dengan tabah kerana Tuhan itu sentiasa ada bersama kita.

* andai kita mahu menerima si dia yang bakal menyeri hidup kita, terimalah dia sebagaimana adanya dia hari ini. bukan melihat dia sebagaimana dia pada masa lampaunya.


sekian

No comments: