Followers

Monday, November 15, 2010

Contest untuk . . . .Siapa?

Assalamualaikum.


hai there! eh korang nampak tak makhluk hijau kat atas ni? hehe sebenarnya arini aku nak support contest yang telah dibuat oleh mmber blog aku sendiri iaitu Incik Sembil9n. hehe contest ni sebenarnya bertujuan untuk mencari nama bagi makhluk hijau kat atas tu. 


antara syarat syarat utama contest ini adalah :-


1.  Follow blog D'Antara Sembilan Akal.

2.  Buat satu entry bertajuk  "Contest untuk . . . .Siapa?"


3.  Sila terangkan berkenaan contest ini, kurang2 pun syarat2 dan apa yang perlu buat.



4.  Letakkan gambar makhluk hijau ni kat entry sebagai header entry tersebut.


5.  Yang utama adalah berikan nama untuk karekter hijau berkenaan, dan mengapa namanya sedemikian. Reka satu cerita mengenai latar belakangnya secara ringkas ikut kreativiti anda.


6.  Akhir sekali tinggal kan link ke entry ini.


7.  Tarik tutup adalah pada: 21 November 2010, 12 tengah hari.


************************************************************************************************
bermula lah al-kisah. haha ok ni aku citerkan sedikit latar belakang makhluk hijau dekat atas tu ye. 


(p/s : rekaan semata mata tiada kene mengena antara yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.)

pada tanggal 9 September 1999. lahirlah seorang bayi lelaki yang telah diberi nama Boogey. Dia telah dilahirkan tepat pada jam 9.09 minit pagi di Hospital Seremban. Umi dan Walidnya merasa sungguh gembira kerana dia merupakan anak tunggal bagi keluarga itu. 

sebagai satu satunya anak tunggal dalam keluarga itu, Boogey merasakan bahawa Umi dan Walidnya harus dijaga sebaik mungkin kerana tiada siapa lagi yang mampu menjaga mereka sekiranya mereka tua kelak. Boogey merupakan seorang anak yang baik dan rajin. Meskipun kini Boogey baru sahaja berusia 11 tahun. namun Boogey tidak pernah melawan perintah Umi dan Walidnya.

Dimasa lapang Boogey selalu menghabiskan masanya dengan berblogging dan berblogwalking. Kerana bagi Boogey, dia tidak mempunyai adik beradik lain. Jadi hiburannya dimasa lapang ialah dengan membaca kisah blogger blogger lain selain dapat merasakan kegembiraan mereka. 

Boogey juga meminati bola sepak. Boogey menyokong pasukan Manchester United dan pemain kesukaannya adalah Dimitar Berbatov yang berjersey 9. Disekolah Boogey turut menyertai pasukan bola sepak dan dia juga memakai jersey bernombor 9 dan memegang posisi sebagai seorang Striker. Minatnya dalam dunia bola sepak amat mendalam. 

Boogey berharap supaya suatu hari nanti, cita citanya sebagai seorang blogger sampingan serta seorang pemain bola sepak handalan akan tercapai. Sama sama kita doakan impiannya ok? :)

************************************************************************************************
hehe. ini saja lah idea yang mampu diperah. cehceh~ nine. bace jangan tak bace tau! hehe ;DD

niat dihati adalah untuk support contest ni. kepada sesiapa yang berminat tuk join contest ni marilah sama sama kita join! :))

bye bye!
  





3 comments:

Mr. N said...

thx bella.... pnjg krgn :P

Bella ♥ said...

hanya ini je yang mampu ku luahakn. kalau ikut hati nak buat yg lagi panjang. hehe ;DD

Puan Besar Shag Yahaya said...

Haha. Macam karakter katun tu. The Boogey Man. Eh wujud ke katun tu? Ahak :P

Btw, nice story! All the best, dear ;)