Followers

Tuesday, November 30, 2010

dan keputusannya.......

Assalamualaikum.




Harini 30hb ye kawan kawan. maknenyer dah sehari result SPA keluar. semalam aku jenuh on tenet nak check result tapi tak keluar keluar. harini aku bertungkus lumus jugak online tuk tau keputusannya. dan naluri hati aku sentiasa benar. hahahahahaa macam hali nujum. eh tak! tu pak belalang punye status ok, jangan curi. tak baik!


hahahaha dan korang tau tak apa resultnya? heheheheheheheh 

klik gambar untuk tumbuhan eh tumbesaran. hehe ;))

Lu pikila sendiri beb lepas tgk gambar nih. ni pun nasib baik die kata dukacita. kalau die tulis situ sukacita memang wa bercita cita jugaklah nak terajang brother / mother / father / sister yg dok buat mende nih. haihh


takpela. aku terima dengan redha apa pun keputusannya. aku pun bukan rela sangat nak tinggalkan form6 tuh. nak tinggalkan kawan kawan yang BEST tu! SUPERB ohhh dorang. walaupun kadang kadang menyakitkan hati. hehehehe ;DD 


so conclusionnya disini, aku akan stay di tingkatan 6. hahahah Pra Universiti SMKSM...wait for me! :))


byebye

pergi untuk seketika

Assalamualaikum.


aku nak habaq mai kat hampa semua yang aku nak bercuti selama beberapa hari drpd berblogging. terdapat beberapa sebab kenapa aku nak cuti and tak mau online sekejap. tak lama. untuk beberapa hari atau beberapa minggu je. so kepada korang yang menantikan story drpd aku tu keep on waiting ok. haha 


masih ada tugas yang lebih penting harus aku settlekan. see ya whenever aku online lagi ok. :)


bye semua!

Wednesday, November 24, 2010

rindu kat hampa semua!

Assalamulaikum!

Hai guys! Lame giler kita tak jumpe kan? Hahaha bukan sengaja taknak update ok. Tapi lately busy sikit because kene jaga cik pakwe punye adik. Jadi baby sitter for a while. So agak tiada masa tuk update. Anyway, korang para blogger watsup? Harini aku nak pi serang semua blog yang ada. Dah lama tak baca blog korang rasa rindu pulak. 

Dalam masa beberapa hari tak online nih banyak bnda jadi. And its make me happy. Spend time with cik pakwe. Then Cik Pakwe pulak dapat tuah. Aritu die buat cabutan bertuah and menang. Haha apa hadiah nya? Eh! Rahsie ok! Tunggu nnti muke i ngan Cik pakwe keluar paper aku habaq mai kat hampa semua na? Hehe ;))

K la guys, tak boleh nak online lama sangat. Banyak lagi kerja nak kene buat. Sat lagi nak bawak budak kacik comel ni pi pantai pulak. See you guys later k?


Note : ahad ni meyh la kite ramai ramai meriahkan Sunway Lagoon! 

byebye

Wednesday, November 17, 2010

1 Hari di Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum.




hai guys! macam mana raya korang hari ni? ok ka? meriah tak? hehe janganlah sambut dengan berlebih lebihan ok. biase biase je dah la. jadi macam mak i. die pi masak 10 KILO nasi bukhari. hadoi~ banyak betul. ntah sape nak makan pun tak tau. nasib la sedara mara ramai yg menghadiri rumah aku harini. haha


sambutan hari ni memang sangat meriah! dengan kehadiran family belah ayah aku yang sememangnya happening! hahaha penyeri hidup aku tuh. diorang la sedara paling BEST penah aku jumpa. tak kire umur berapa pun semua boleh bergaul mesra. macam aku ni, walaupun aku baru 18 tapi hati matured bai! kawan nak ngan orang tua je. haha kalau dok borak pun dok ngan makcik makcik and pakcik pakcik lagi best! citer dorang gempak bai. lagi pulak banyak ilmu pengetahuan yang kita boleh dapat dari diorang ni. bukan sekadar borak kosong macam anak anak remaja nih. hehe *jgn marah ahhh!* 


menu harini best! 


nasi bukhari

rendang daging

ayam masak merah

kuah dalca

salad

kek marble

puding mixfruit

tembikai

air siren (sirap + oren) haha ♥ 

hikhik, sorryla harini mmg takde gambar sebab busy giler tolong mak basuh pinggan cawan sume. orang datang tak berenti renti. penat sangat. tapi best. tapi ni pun masih ada ramai lagi orang kat luar tu. tapi curi curi online sebab abang long take over keje pulak. hehe so ada time sikit la nak rest! :)

k la guys. korang jangan main mercun pulak tau! hehe eh jap jap. takde sape sape nak bagi duit raye ke? hikhik. gurau jela. kita da BESAR tau! :))


tata! :)

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha!

Assalamualaikum.



Sempena esok 17 November bersamaan dengan 10 Zulhijjah. Saya Cik Bella ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua blogger dan silent reader. Sambutlah ia dengan bersederhana. Ingat! Jangan membazir. Membazir itu amalam syaitan. Doakan juga kesihatan dan keselamatan para jemaah jemaah haji yang sedang mengerjakan haji di Tanah Suci. Semoga mereka mendapat Haji Mabrur. Semoga selamat pulang dari tanah suci nanti :)




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! ^^,

Monday, November 15, 2010

remaja sekarang takde otak takde akal!

Assalamualaikum.

takde otak dah! haihh -____-"


entry kali ni bukanlah bermaksud aku nak buat come back. cume nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap segelintir remaja yang bodoh dan tak berakal. dunia sekarang memang dah terbalik. remaja sekarang dah takde kemaluan.


semalam HOT pasal video dua orang remaja yang pi cium mulut depan orang. bapak la bodoh nak mati! tak malu ke nak ciom ciom mulut depan orang? orang yang dah kahwin, yang dah sah pun malu nak berciom depan orang. ni kan pulak...adoi~ malas la nak cakap. kesian. rasa kesian sangat dengan orang orang macam ni. kalau ye sekalipun nak ciom ciom nak buat ringan ringan gi la masuk bilik sana. tak paya nak tunjuk depan orang. orang taknak tengok pun. ishk! 


harini pulak nampak lagi satu video. tapi ni lagi best. ade sorang pengemis tengah dok landing kat tepi tiang. bebudak remaja ni boleh pegi dekat orang tu pi tempeleng orang tua tuh. tak ke terkejut orang tu. kuangajor betul. kalau orang tua tu sakit ke ape ke. boleh mati tau kat situ! bodoh! bodoh! aku marah betul la. masalahnya apa yang dia dapat bila dia buat macam tu? dapat duit ke? cuba lah kalau mak bapak deme pi tempeleng deme masa tengah syok syok online FB. pe rasanya? eee~ sangat takde otak dan tak berakal!


bye!

Contest untuk . . . .Siapa?

Assalamualaikum.


hai there! eh korang nampak tak makhluk hijau kat atas ni? hehe sebenarnya arini aku nak support contest yang telah dibuat oleh mmber blog aku sendiri iaitu Incik Sembil9n. hehe contest ni sebenarnya bertujuan untuk mencari nama bagi makhluk hijau kat atas tu. 


antara syarat syarat utama contest ini adalah :-


1.  Follow blog D'Antara Sembilan Akal.

2.  Buat satu entry bertajuk  "Contest untuk . . . .Siapa?"


3.  Sila terangkan berkenaan contest ini, kurang2 pun syarat2 dan apa yang perlu buat.



4.  Letakkan gambar makhluk hijau ni kat entry sebagai header entry tersebut.


5.  Yang utama adalah berikan nama untuk karekter hijau berkenaan, dan mengapa namanya sedemikian. Reka satu cerita mengenai latar belakangnya secara ringkas ikut kreativiti anda.


6.  Akhir sekali tinggal kan link ke entry ini.


7.  Tarik tutup adalah pada: 21 November 2010, 12 tengah hari.


************************************************************************************************
bermula lah al-kisah. haha ok ni aku citerkan sedikit latar belakang makhluk hijau dekat atas tu ye. 


(p/s : rekaan semata mata tiada kene mengena antara yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.)

pada tanggal 9 September 1999. lahirlah seorang bayi lelaki yang telah diberi nama Boogey. Dia telah dilahirkan tepat pada jam 9.09 minit pagi di Hospital Seremban. Umi dan Walidnya merasa sungguh gembira kerana dia merupakan anak tunggal bagi keluarga itu. 

sebagai satu satunya anak tunggal dalam keluarga itu, Boogey merasakan bahawa Umi dan Walidnya harus dijaga sebaik mungkin kerana tiada siapa lagi yang mampu menjaga mereka sekiranya mereka tua kelak. Boogey merupakan seorang anak yang baik dan rajin. Meskipun kini Boogey baru sahaja berusia 11 tahun. namun Boogey tidak pernah melawan perintah Umi dan Walidnya.

Dimasa lapang Boogey selalu menghabiskan masanya dengan berblogging dan berblogwalking. Kerana bagi Boogey, dia tidak mempunyai adik beradik lain. Jadi hiburannya dimasa lapang ialah dengan membaca kisah blogger blogger lain selain dapat merasakan kegembiraan mereka. 

Boogey juga meminati bola sepak. Boogey menyokong pasukan Manchester United dan pemain kesukaannya adalah Dimitar Berbatov yang berjersey 9. Disekolah Boogey turut menyertai pasukan bola sepak dan dia juga memakai jersey bernombor 9 dan memegang posisi sebagai seorang Striker. Minatnya dalam dunia bola sepak amat mendalam. 

Boogey berharap supaya suatu hari nanti, cita citanya sebagai seorang blogger sampingan serta seorang pemain bola sepak handalan akan tercapai. Sama sama kita doakan impiannya ok? :)

************************************************************************************************
hehe. ini saja lah idea yang mampu diperah. cehceh~ nine. bace jangan tak bace tau! hehe ;DD

niat dihati adalah untuk support contest ni. kepada sesiapa yang berminat tuk join contest ni marilah sama sama kita join! :))

bye bye!
  





Sunday, November 14, 2010

Al - Fatihah buat arwah.

Assalamualaikum.


saat aku sedang lena diulit mimpi. tiba tiba handphone aku berbunyi. tertera nama BUMBLEBEE (Incik Pakwe). dalam hati bertanya. apa kes pulak call pepagi buta ni? aku jawab dengan selamba. tanpa salam dan kata aluan aku dengar perkataan " nenek da meninggal ". Astaghfirullahalazim. terus segar aku dari tido. dia mintak tolong sangat kat abah tuk hantar dia pi Gombak umah paklong. sebab dia nak balik Johor dengan paklong. hurm. abah pun dengan senang hati menghulurkan bantuan. 


Sayang, b tau sayang sedih sangat sebab nenek da pergi kan? Sayang masih belum dapat tunaikan permintaan dia kan? tapi b tau sayang dah usaha. Sayang, sayang jangan nangis ye. Doakan dia aman kat sana. Sedekah kan Al-Fatihah tuk dia ye sayang. B tau sayang sedih sebab sayang rapat dengan dia. Lagi pulak petang tadi baru je lepas call and cakap dengan dia kan? sabar ye sayang. dah tiba masa untuk dia pergi. Relakan lah. 


Al- Fatihah buat arwah. Meski aku orang jauh dan tak pernah mengenali arwah. tapi aku tau dia baik orangnya. Sama macam cucu dia :) 


Sekian

Saturday, November 13, 2010

aku tau aku bodoh.

Assalamualaikum.


untuk pengetahuan semua aku adalah seorang anak muda berumur 18 tahun yang TAK LAYAK masuk mana mana IPTA sebab result aku yang hampes cuma 2A je masa SPM haritu. FINE with that. and aku sekarang just seorang budak yang masuk sekolah balik and belajar FORM 6 and wearing that so called SCHOOL UNIFORM. aku memang BUDAK SEKOLAH lagi. tapi tak paya nak belagak bagus dengan aku.


aku tau kau budak U/ POLI/ KOLEJ or WTFE la weh kan. tapi tak paya nak perlekehkan aku. tak paya nak bising bagitau semua orang yang aku ni budak sekolah. aku boleh bagitau sendiri la weh! 


WEH SEMUA! AKU BUDAK SEKOLAH LAGI SEBAB AKU BODOH TAK DAPAT MASUK MANA MANA UNIVERSITI. 
puas hati kau?


sorry ah beb! aku betul betul tengah takde mood kau boleh spoil kan lagi mood aku kan?? memang bagus ah sangat! aku memang suke macam ni. bukan aku mintak tau! tapi kau yang cari pasal. aku tau kau da mintak maaf. tapi tacing ah weh.


argh! MELECET MELECET MELECET ! ! ! TENSION !


bodoh sangat ke aku nih? bodoh ke aku ni? T.T ni yang aku nak tacing nih. ramai cousin cousin aku and pakcik pakcik sedara aku yang sama macam diorang nih. semua perlekehkan aku. aku tau aku tak pandai macam anak diorang. aku jugak sedar mak bapak aku bukan kaya macam diorang yang boleh hantar anak dia masuk kolej swasta walaupun anak dia bodoh. aku taknak susahkan mak bapak aku. tpi kenapa perlekehkan aku?? sebab takde sape dalam family yang masuk form6 ke? aku pecah record? macam tu? menunjukkan yang ade keturunan yg bodoh dalam family ke? 


aku mintak maaf kalau aku memalukan keturunan aku. aku mintak maaf kalau aku ni bodoh. aku mintak maaf kalau aku mengguris hati sesiapa. bukan aku nak macam ni. sapa yang taknak masuk U? aku dah belajar. aku dah usaha. tapi itu je yg mampu aku dapat. maafkan aku. T.T


aku tau aku bodo. bye





Friday, November 12, 2010

kecik kecik da pandai melucah!

Assalamualaikum.


Aku teringat dengan sorang kawan aku masa sekolah dulu. nama dia Tipah bukan nama sebenar. dia tak berkeliaran kat sekolah secara single. tapi secara duo/berkumpulan. ada 3 orang pengikut setia dia iaitu Bedah, Bedot dan Bedut bukan nama sebenar. diorang ni kaki melucah je kat sekolah dulu. walaupun aku ni kira terdedah jugak dengan benda benda yang 18SX ni, tapi aku takde lah sampai nak mencuba and lepas cuba tu pi citer kat semua orang. bodo la aku kan? 


Dalam dorang 4 orang ni. ade sorang je yang suci. aku tak tau la suci dalam debu ke suci murni ke putih suci ke. aku pun tak sure. kenapa aku cakap dia suci? haha sebab dia sorang je yang tak terjebak lagi dalam melakukan aktiviti aktiviti sumbang ni. dia dok dengar je tiap tiap hari member dia citer. tapi dia cam takda benda nak citer sebab takde pengalaman kot. kesian pun ade gak an. haha 


eh cane aku boleh tau ni? aku tau sebab aku pun geng ngan dorang jugak la. tapi geng yang TERPAKSA ok! sebab aku dulu masa masuk lam kelas tu takde geng. sebab budak budak sume dengki ngan aku. dorang sume dok kata aku giler kuasa la, kaki ampu cikgula. pale otak deme! aku belajar betul betul dalam kelas, fokus! tu pasal cikgu sayang aku. tak cam korang. 24 jam ngumpat. mulut cam sial! bengang lak tetibe bila ingat ni ha. dah tu dok bising bising cakap aku giler kuasa. ko ingat aku teringin sangat ke nak jadi ketua kelas bagi arahan kat korang? dah la macam haram taknak dengar cakap! pastu yang paling tak tau malu bila time BI tecer bagi keje je sume dok ngendeng ngedeng kat aku mintak tolong. pale bana betul! bila aku mintak tolong subjek math haram sorang nak tolong. start dari situ memang haram aku nak tegur dorang walaupun satu kelas. pi mati lah.


ok ok. fokus pada geng melucah. haha dorang ni aktiviti kalau datang sekolah je topik utama dorang mesti pasal jantan. adoi~ aku da naik muak dah. kalau korang syok kat jantan tu pi jela habaq kat depa. mana tau kot melekat sorang da boleh kawin. kemaluan kan dah gatal sangat kan? haaa.. sengal tak? tapi kan. kalau citer pasal jantan je aku tak kesah la. ni dok masuk kelas bila cikgu mengajar sebok citer pi main ngan sape malam tadi la. aku ingat lagi dialog dorang macam ni :-


*****************************************************************


Tipah : weh Bedot! malam tadi ko buat ape je? aku nmpak ko tergedik naik moto ngan ****.


Bedot : eh. cano lak ekau boleh nampak ni? den dah kluar baik punyo time tongah malam pun ekau nampak gak ko?


Tipah : yola. eden pun tongah ado projek baik punyo malam tadi. bapak den takdo umah. apo laie. setan la den.


Bedot : haha gampang kau yo! den poie umah **** la. tolong dio settle bila air tertunggak. haha


Tipah : samo la den pun. ekau buek apo jo? den somalam isap dio punya bapak ah ganeh mamat tuh! abis tokak den nak dijolok ae. 


Bedot : den biaso biaso yola. den ni an pomalu orang ae. den tutup mato, dio yola yang handle. tapi somalam sompek gak den sapu KY kek dio.


Tipah : sonok la kau! patutla den tengok ekau kenkang smacam yo arini. den tak dapek. sangap da ni ha.


*bahaso nogori sobab den dulu blaja kek nilai* haha
*****************************************************************

tengokla dialog dorang tu. seyes bai! wa tak tipu ni. ni kisah benar. tiada yang benar melainkan yang benar benar belaka. haha baru form2 tu beb! nasib baikla masa aku form3 aku dah dapat geng satu kepala. itupun jantan je. sorang je pompuan. itu pun kire ok la. atleast aku tak terjebak nak dgr pe yg dorang lucahkan. haha

sebenarnya motif aku citer ni nak menyedarkan diri aku sendiri yang dunia skang ni dah luas penyakit sosial nya. baru form2 dah pandai main. kalau form3 pandai apa pulak? haihh realiti hidup dunia skang. otak pandai bergeliga. tapi perangai? HARAM! tak dinafikan aku pun otak bukan sihat sangat. bukan tak terdedah ngan benda benda ni masa ku skola dulu. tapi takde la sampai nak mencuba. 

walaupun dorang macam tu tapi aku respek ah dorang sebab dorang jujur bai! haha tak macam minah lain kat sekola aku tu. budjet suci baik je. sekali kene tangkap main kat belakang pokok serai. abis ustad tayang video kat skola. besar kemaluan budak tu! tapi datang gak sekola tanpa rase besalah. haha takde perasaan betul! skang ni aku still contact lagi dengan minah 4 orang ni.

Tipah : belajar UITM bai. haha dapat gak masuk U. aku? haha takde rezki.

Bedot : den dongar dah kawin. kono tangkap basah. tapi kawin ngan orang lain. lantak la. asal dorang bahagia.

Bedah : belajar skang kat private kolej.

Bedut : kojo kek mano den pun tak tau. haha

ni lah kisah 4 geng melucah masa zaman aku sekolah dulu. lam surau pun boleh tunjuk lovebite kat gua. bodo la lu orang nih! haha 

dah la tu. bye bye 


Thursday, November 11, 2010

melecet!!

Assalamualaikum.


According to the post title, bolehla di manipulasikan bahawa kaki saya melecet. arghhhhhhhhhhhhhh! tidak! hati aku yang melecet skang nih.
tension tension! 


hidup ni hanya sekali. nak cari kawan baik memang susah. nak cari kawan yang biasa biasa pun susah. tapi kalau nak cari musuh senang je. sekelip mata dah boleh ada musuh. cara dia senang je. buat perkara yang semua orang tak suka termasuk diri kau sendiri. ha. dengan sepantas kilatnya kau dapat musuh. da lah. taknak cite. MELECET!


bye!

CERITA KREATIF

Assalamualaikum.


harini sekali lagi aku menerjah blog BEN ASHAARI. dan sekali lagi juga aku ternampak post dia yang sangat menarik. diabuat contest ok! hahahaah contest bergambar. aku rasa macam nak join je sebab macam best je! dah lama tak asah bakat masa sekolah rendah dulu yang sangat suka buat cerita bergambar. hahaha haaa sebelum tu aku penah jugak masuk segmen incik Ben ni iaitu segmen SUAI KENAL BLOGGER...ANDA BERMINAT? haaaa tapi tu sebuah segmen. kali ni contest. hehe


mari mulakan sesi cerita bergambar secara kreatif :)

*********************************************************************************

dulu masa mula mula berblogging tak ramai follower. dua tiga kerat je. bila orang komen mula lah


konon konon senyum camtu tuh cute la tuh. haha tapi lepas dah dua tiga bulan berblogging and join segmen segmen yang berunsur silaturahim oleh incik Ben, follower makin ramai. makin menjadi jadi pulak ni ha. bila dah ramai follower, cerita pun makin hot. makin mendapat sambutan. dulu orang komen je senyum senyum sipu. sekarang bila orang puji, amboi...............bukan main lagi


senyum sampai nampak gigi. siap pakej dengan pagar besi. haha setelah setahun berblogging follower dah beribu. cerita dah ramai yang orang suka. bila dah


berjaya dan berada di atas. terasa happy dan di hormati. hehe masa ni macam macam aktiviti yang nak dibuat. macam macam segmen dan macam macam contest dibuat semata mata untuk


membimbing blogger baru agar diorang mampu berdiri megah seperti mana dia sekarang. mulia betul hati dia kan? hari demi hari demi hari pun berlalu. jumlah blogger baru bertambah


seronoknya dunia blogging kini. dah banyak blog yang boleh dikunjungi. lepas ni boleh la selalu


duduk depan pc dan berblogwalking! hehe tengok perkembangan blogger blogger baru. Setelah beberapa tahun berlalu. dia dah penat untuk melibatkan diri dalam dunia ini. katanya ramai bakat baru dan orang muda yang lebih berkelayakan dan mempunyai tenaga kudrat yang lebih berguna. idea pun lebih menjana. jadi dia ambil keputusan untuk berhenti dan 


hanya melihat perkembangan muda mudi dunia blog dari jauh. :)) Dan kini dia bahagia dengan hidupnya. ^^,

********************************************************************************* 

Selamat Membaca ye anda semua :)


bye bye

Sahabat Selamanya...

Assalamualaikum.


korang ada sahabat? apa tu sahabat? sejenis gula gula yang masam masam manis? haha tettt! salah! jawapannya sahabat adalah salah satu sabun jenama terbaru keluaran Malaysia. haha pale otak. dah tipu semua tuh. sahabat tu maknenya kawan rakan manusia insan yang sanggup bersama kau tak kira masa saat detik dan ketika. sahabat adalah insan yang kita rasa selesa untuk bercerita dengannya segala masalah. segala rasa yang kita pendam kita luahkan kat dia. bila dah luah rase beeeessssssst je.


tapi zaman sekarang sangat susah untuk kita jumpa manusia sebegini. manusia yang berhati mulia macam ni. manusia yang sanggup bersama kita tak kira macammana pun rupa kita dan keadaan kita. tapi aku bertuah. aku dikurniakan Tuhan dua orang manusia yang hadir dalam hidup aku yang boleh digelar sebagai sahabat sejati. haa...SEJATI tau! mereka berdua ni akan sentiasa bersama aku walaupun masing masing belajar jauh berkilokilometer.




NorSyahirah Sujangi.



nama budak kecik kat atas ni seperti yang tertera kat atas dia. haha nama glemer Syera. ceh~ glemer ke? berumur 18 tahun ye anak anak. kecik lagi. haha dia skang blaja kat KMPP ( Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ). dan tak lama lagi setelah tamat matrix dia akan berkahwin dengan orang Perak. tettt! apakah? haha aku kenal dia since aku Form4 masa aku pindah sekolah baru dulu. aku rasa dialah orang pertama yang tunjukkan aku mana kelas aku. rupanya kitorang satu kelas. hampess~ haha dulu masa Form4 aku tak rapat sangat ngan makcik ni because dia ni budak pandai. dalam kelas dok depan je. Fokus bak kata orang. yang aku ni dok belakang sekali. dok hu ha hu ha je keje aku. hahaha tapi ntah macam mana masa Form5 tetibe terapat pulak. hehe dah terapat da cam adik beradik pulak. start dari situlah kami kongsi macam macam perkara. dan sehingga harini perangai dia masih sama dan tak berubah. Alhamdulillah~ jangan jadi hipokrit macam minah yg kau citer tu ye makcik! hahah ;))


********************************************************************************


Mohd Haizi Aliman



haa...kacak tak? hehe ini pun bestie jugak ni tau! nama glemer izi. eceh~ tak easy pun. susah je. berumur 22. da lama boleh mengundi tapi taknak pegi mengundi.tak paham tol 
-______-" mamat ni belajar kat Terengganu amik cos OHS. apa tu OHS? ha pi google ah. maleh nak citer. die ni aku kenal dah lama. bertahun tahun. rasanya since aku Form2 kot. eh yeke? haaaa yela kot. dia ni pemalu orangnya. masih single. ada sape sape nak berkenalan ke? meyh jumpe aku tok sesi tapis menapis dulu. haha aku suke sangat dengan dia ni bila sesi nak speaking. hakhak dia akan bertungkus lumus piki dulu apa dia nak cakap baru dia cakap. kadang kadang boleh tahan bertahun jugak nak tunggu dia cakap tu. hahah dengan dia ni jugak aku senang untuk berkongsi segala cerita. walaupun dulu penah ada konflik bersama. tapi sampai sekarang pun kitorang masih kawan. kawan baik lagi kan cik izi. :)) 

********************************************************************************

sesungguhnya aku sayang giler kat korang berdua nih! sampai mati pun aku akan tetap ingat korang walaupun time tu korang dah tak ingat aku.

to Syera : kalau kau dah kawin nanti kau jangan lupe aku tau! kau jangan sik nak dok lam bilik je ngan laki ko. haha meyh dok luar gak lepak ngan aku. tau tau! 

to Izi : haaa...anda kalau kawin anda jangan lupakan saya jugak tau! anda kene habaq kat wife anda yang saya ni bestie anda. saya tak nak nanti wife anda jeles dan ingat kite ni scandal pulak. haaa..cano tuh? haha 

kepada korang berdua jugak belajar rajin rajin ok. cik syera jangan asik outing sampai lupa nak balik ye. nanti pakcik guard marah. haha cik izi pun sama. dah masuk sem ni janganla stress stress ok. belajar rajin rajin jangan tidooooooo je tauk! haha tak lama lagi dah nak abis blaja. nanti dah nak keje. jangan lupa belanja saya tau kalau da dpt first payment! hekhek. good luck kat korang berdua. semoga berjaya and semoga impian kalian menjadi kenyataan. 


p/s : saya sayang anda berdua ♥ ♥ ♥

bye bye


Wednesday, November 10, 2010

Lomografi

Assalamualaikum :)


hai kawan kawan. entry harini nak citer pasal Lomo. Lomografi. maybe ada yang dah tahu pasal ni. maybe jugak ada yang masih tak tau apa itu Lomografi. Lomografi ni masih dikatakan baru lagi di Malaysia. Takla baru sangat. aku dah tahu pasal Lomo ni dah lama dah sebenarnya. tapi sedih sebab tak dapat nak mendalami ilmunya dengan lebih mendalam atas sebab sebab tertentu.


Definisi


Dalam fotografi, ada ‘peraturan’ ditetapkan dan banyak aspek teknikal perlu dipelajari. Lomografi pula lebih bebas dan berlandaskan peraturan utama iaitu don’t think, just shoot. Hasil fotografi (digital) pula kebanyakannya dapat dibayangkan. Ini berbeza dengan lomografi di mana hasilnya tidak dapat dijangka. Namun, ia memberi kepuasan yang tinggi. Inilah yang mendorong kita melakukan eksperimen ketika merakamkan gambar. Ini tentunya berbeza dengan fotografi digital yang lebih bergantung kepada perisian komputer untuk mencantikkan gambar yang dirakam. Sehubungan itu, fotografi digital boleh disifatkan tidak asli berbanding hasil seni lomografi.


Itu adalah definisi lomografi dan perbezaan antara Lomografi dan Fotografi. Aku memang minat dalam bidang fotografi. Keinginan untuk mendalami ilmu Lomografi serta keinginan untuk memiliki kamera Lomo adalah sangat tinggi. tapi disebabkan aku masih student yang tidak mendapat sebarang biasiswa, membuatkan aku terpaksa menangguhkan niat untuk itu. 


10 peraturan yang harus diikuti dalam bidang Lomo.


1. Bawa kamera anda ke mana saja anda pergi.



2. Gunakan pada bila bila masa tidak kira siang atau malam.




3. Lomografi bukan gangguan dalam hidup anda tapi ia sebahagian daripada hidup anda.



4. Cuba snap dari paras pinggul.




5. Mendekati objek yang ingin anda snap sedekat yang mungkin.




6. Jangan fikir!



7. Harus bertindak pantas.




8. Tidak perlu tahu apa yang akan anda snap terlebih dahulu.




9. Dan apa yang telah anda snap selepasnya juga.




10. Jangan bimbang mengenai sebarang peraturan.




Kamera Lomo






Hasil Karya Lomografi




Inilah antara sedikit sebanyak info yang dapat aku kongsikan kepada semua. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh la tengok dekat laman Lomography ni. :)


Sekian. bye bye

si cinta putus asa

Assalamualaikum.

dihening malam. hujan renyai membasahi halaman rumah sewa anak remaja. 


si cinta putus asa : aku rasa aku nak berhenti lah dari teruskan hubungan aku dengan dia.

pendengar setia : eh, kenapa pulak? kau dengan dia dah serasi. aku tengok korang bahagia je bila bersama. kenapa tiba tiba kau cakap macam ni?

si cinta putus asa : aku tau semua tu. tapi aku tak sanggup menipu dia. aku bukan seperti apa yang dia sangka. aku tak layak untuk dia.

pendengar setia : tapi kenapa?

si cinta putus asa : sebenarnya. aku dah tak suci lagi. aku ni kotor. aku dulu perempuan jahat! aku tido dengan ramai lelaki. bukan sebab duit tapi aku mahukan kepuasan. hati aku memberontak mau lakukan segala benda. aku tau semua tu salah. tapi aku tak peduli. semua orang disekeliling aku hidup dalam dosa. begitu jugak aku. tak ada sapa yang nak bimbing aku sampai aku jumpa dia. tapi sekarang. bila aku dah berubah baru aku sedar yang aku tak layak untuk dia.

pendengar setia : kau jangan cakap macam tu. itu semua perkara yang dah lama berlalu. syukur sekarang kau dah berubah. kau teruskan lah dengan semangat kau tu. jangan lagi kau ikutkan perangai syaitan manusia disekeliling kau. kau harus ingat Tuhan tu ada dengan kau. dia nampak segala perilaku kau. kalau kau dah bertaubat Alhamdulillah. Allah juga tahu tu. dan yang paling penting. kau bagitau la dengan dia. kalau dia seorang lelaki yang baik dan ikhlas dia akan terima kau sebagaimana engkau harini. bukan engkau di masa lampau. ingat tu.

si cinta putus asa : aku akan cuba. InsyaAllah. tapi andai kata dia tak terima aku, aku hanya mampu bersyukur pada Tuhan kerana pinjamkan dirinya seketika untuk aku. merubah hidup aku. Alhamdulillah.



* andai kita bertaubat dan sedia untuk menghadapi masa hadapan yang baru. hadapilah ia dengan tabah kerana Tuhan itu sentiasa ada bersama kita.

* andai kita mahu menerima si dia yang bakal menyeri hidup kita, terimalah dia sebagaimana adanya dia hari ini. bukan melihat dia sebagaimana dia pada masa lampaunya.


sekian

25 perkara tentang aku

Assalamualaikum.

meh sini nak habaq mai. ada 25 perkara pasai aku yang hampa semua kena tau.


1. Nama penuh aku Nabila Hani bt Nizar berumur 18 pada 25 Julai 2010. :)

2. aku seorang yang friendly. akan berkawan dengan sesiapa saja tanpa mengukur darjat, rupa paras atau BMI seseorang. haha

3. aku seorang yang Chubby dan sedap dipeluk. hakhak *blah la kau Nabila*

4, tak suka dengan orang yang suke bermuka muka. ohhh tidak! not my fav!

5. seorang yang penyayang.paling suka baby or budak kecik under 7 (yg baik je, yg nakal nak humban. boleh? haha)

6. tak suke KATAK! ia menggelikan! yuks! pernah menangis sebab cik boyfriend sgt jahat menyakat saya dengan katak yg besar kat luar rumah. bodo punye katak! aku jumpe ko aku bunuh ko! grrrrrrrrrr~

7. suke sangat dengan teddy bear! ade yg besar, yg kecik, yg kecik sangat. haha tapi paling sedey bila teddy paling besar yg aku pernah ada dulu aku pi bagi kat orang. pandai sangat pi bagi kat orang. sedey tol!

8. tak suke dengan backstabber. oh tuhan. kenapa mereka selalu ada dalam hidup kuh? semak ko tau orang macam nih! tak layak hidup. patut masuk kubur je. da la kaki dengki! busuk punye olang.
9. semenjak due menjak tiga menjak ni aku da addicted to blogging. blogwalking tu perkara WAJIB setiap hari. haha

10. kalau tak online satu hari boleh mati. rase resah gelisah je. dan dan. boleh mengadap pc/laptop selama 2 hari berterusan tanpa makan. hakhak hebak demo! 

11. suka dengar masalah orang. suke pelok orang masa orang tu nangis. suka dengar orang luahkan perasaan dorg kat aku. suke sangat! rase best je bila dapat pujuk hati org, tenangkan orang. wah! seronokla. kepuasan yang tak terhingga. :) 

12. sangat sayang akan kawan kawan aku. walau macam mana jauh pun mesti ingat jugak kat kawan kawan. tapi selalunya diorang yang lupa aku. :( sedih bai.

13. menyanyi tu hobi di masa lapang. hujung minggu selalu di habiskan di karaoke jamban berdekatan rumah dengan cik boyfriend. haha satu lagu singgit ok. mahal. 20sen sudahla! hisyh! 

14. suke makan bihun. paling fav bihun goreng mak aku. pergh! sedap bai. meleleh. haha

15. mengalami masalah perasaan. suke nangis tiba tiba. haha macam bodo. 

16. ada masalah pelik. aku tak boleh lapa. nanti aku nangis. aku tak boleh panas. nanti aku nangis. aku tak boleh bosan. kalau nampak aku tengah duduk kat satu tempat pastu kaki aku asik goyang goyang je tu maknenyer aku tengah kebosanan. so bek bawak aku pi mana  mana dengan kadar segera. kalau tak aku akan nangis. hahahah jangan ah risau. aku bukan nangis meraung. cume air mata tu automatik meleleh tanpa sebarang sound effect. hahahaha

17. aku tak boleh keluar takde duit. paling kurang pun kene ade RM10 baru boleh kuar. itu pun kat area area umah aku je. kalau nak pi jauh juah jangan harap ah.

18. tak pandai berfesyen tapi semua baju baju yang member aku pakai yang cantik cantik tu semua aku yang pilih. haha tak pandai jugak pakai make up. and taknak la pakai make up. geli la weh. rase macam ade tepung yang nak buat cekodok tu melekat je kat muka aku. ishk. tidakla. and and. tak suke pakai losyen. geli! macam geli geli je bile die disapukan kat kulit aku. eyuh~ 

19. sangat suka pakai perfume! and ade banyak sgt koleksi perfume. ada dalam lebih kurang 18 jenis perfume yang berbeza dalam bilik aku ni ha. hehe hari hari pakai lain lain. huahuahua.

20. suke pergi camping ke mana mana saja. paling best kalau camp kat tepi sungai. wah! rasa taknak balik. suke berendam dalam air tak kire laut ke sungai ke swimming pool ke. janji air walaupun sebenarnya tak reti berenang. hahahaha

21. tak suka makan masam masam yang masam. tapi suke makan orange.minum fresh orange. makan kuew teoy pattay yang masam. :)

22. tak suke dengan seorang budak yang merupakan budak dalam kelas aku sendiri tahun ni sebab die HIPOKRIT. mak tak suke nyah!
23. memerlukan pekerjaan dengan kadar segera sebab nak beli handphone E5 tu. uwaaaaaaaaaaaa~ nak sgt. ada sape sape nak sponsor aku tak? hahaha

24. hanya selesa memakai t shirt dan jeans instead off baju kurung or blouse or whatsoever. haha

25. semua perkara yg aku bgtau ni betul sebab aku seorang yg jujur dan berterus terang. tak sukakan pergaduhan. PEACE NO WAR! :)

dah bye bye