Followers

Tuesday, December 18, 2012

Silap satu langkah, maka musnah.

Assalamualaikum semuaaa! 

Malam ni rasa macam susah sangat nak tido. Tak tahula kenapa.. Masih ada lagi yang belom tido ke? Kalau ada, elok sangatla. Boleh sangat sangat dah baca entry terbaru aku ni. Haaaaaa... Actually kan, esok aku ada paper final exam tau.. Tapi sebab paper petang, so I was like have some times to wrote this entry.. Biasala, blogger ni selalunya idea datang time malam malam buta masa orang lain tengah mimpikan Aaron Aziz.. And I am not that lucky la, because Aaron dah masuk dalam mimpi someone else. Hehe :p


Malam ni mood datang untuk bercerita tentang kehidupan. As usual, Cik Bella kalau bercerita basically and mostly about life. Because story about life is common. Everyone can take the moral values of the story. Takde pun macam terhad to somebody or someone je kan? So back to the topic, kehidupan kita ni seringkali diisi dengan pelbagai cerita, so harini nak cerita tentang kehidupan bergelar seorang student di peringkat IPT. 

Kehidupan di peringkat IPT ni bukan mudah. Segalanya susah. Dulu zaman sekolah, semuanya boleh harapkan pada mak, abah, adik beradik, tapi sekarang takde lagi. Semuanya harus dilakukan sendiri. Berpijak diatas kaki sendiri dan bergerak solo. Bila dah bergelar seorang pelajar di peringkat yang lebih tinggi, maka dengan automatiknya tanggungjawab yang kita pikul pun bertambah besar. Harapan yang mak dan abah kita berikan kepada kita adalah sangat berat. Tentu sekali diorang nak tengok kita berjaya dan mendapat segulung ijazah bila dah habis belajar nanti.. Betul tak? 

So, sebagai seorang student, kita perlu pandai dan bijak dalam membuat keputusan. Kita tak seharusnya terpengaruh dengan anasir anasir yang akan merosakkan diri kita. Aku sendiri sebagai seorang pelajar kadang kadang rasa menyesal dengan segala kesilapan yang aku buat selama ni. Bila difikir fikir kan balik, terlalu banyak masa yang terbuang untuk perkara yang tak berfaedah. Padahal setiap masa tu boleh digunakan untuk kita mengulangkaji pelajaran atau buat assignment, study group dengan kawan kawan.. Lebih berfaedah kan?

Lepak dengan kawan kawan, bercerita tentang orang itu dan orang ini, pergi karaoke, tengok wayang, tengok bola ramai ramai, semua perkara tu membuang masa. Eh, tapi jangan salah faham! Perkara perkara macam ni hanya akan dianggap membuang masa bila kita dah takda masa untuk siapkan assignment tapi ada masa untuk buat aktiviti aktiviti tersebut. Faham tak? Maksudnya dekat sini, kalau kita dah tau kita ada tugasan yang perlu disiapkan, test sana sini, why don't we just sit at home and get all the jobs done. Kan lebih baik macam tu daripada spending time untuk perkara perkara yang negatif tu betul tak? 

Tak dinafikan, sebagai seorang student, kita pun akan rasa tertekan dengan segala tugasan, segala test dan quiz yang lecturer bagi, tapi itu bukan alasan untuk jadi malas dan lupakan je semua benda benda tu. Mengharapkan ada seorang kawan yang rajin dan baik hati untuk siapkan semua kerja tu dan kita cuma datang esok hari untuk hantarkan tugasan kepada lecturer dan mengaku itu kerja kita? Dimana letaknya malu tu? Memanglah orang lain tak tahu, tapi diri kita sendiri? Kita tahu, dan kita pasti akan menyesal satu hari nanti. Percayalah!

Mak abah kita masukkan kita belajar tinggi tinggi, habis duit untuk kita beribu ribu cuma untuk tengok kita berjaya, tapi apa yang kita buat? Huhahuha sini sana, masuk kelas tido, tugasan pun copy, habis tu apa yang kita dapat sepanjang kita belajar? Apa yang masuk dalam otak kita ni? Takda apa. Kosong! Zero! Masa exam bawak masuk toyol. Semua tu tipu, satu penipuan. Berapa banyak hati dah kita sakitkan? Kita tipu mak abah kita, kita tipu lecturer kita, kita tipu kawan kawan kita dan yang paling teruk, kita dah tipu diri kita sendiri. Tapi pernah ke kita sedar? 

Jadi untuk jadi seorang student yang bakal memiliki segulung ijazah, kita harus jadi seorang anak yang baik terlebih dahulu. Kalau tanggungjawab sebagai seorang anak pun kita tak mampu selesaikan, apatah lagi tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar, lebih besar dan lebih berat lagi. Semoga semua student yang sedang study, bakal student dan yang bercita cita nak jejak kaki di IPT, bersedialah, kerana kehidupan kita disini lebih mencabar. Tersilap satu langkah, maka musnah.



Renung renungkan, 
dan selamat ambil ikhtibar. 
Assalamualaikum... 




Sunday, December 16, 2012

Big Bad Wolf here I come! :D

Assalamualaikum everyone!! Hye there! Dah lama sangat dah rasanya gua tak update blog gua ni. Sorry la readers sekalian, gua busy lately, biasalah.. Retis kan? Hikhikhik Eh tak tak. Sebenarnya gua ni takde idea nak update blog gua. Kepala otak gua ntah kenapa, semester ni blank kemain! Bila dah lama tak update blog ni, rasa macam diri ni tak pernah ada blog pulak. Hehehe :p


Klik gambar untuk ke laman sesawang BBW 


Okay back to the topic, harini sebenarnya nak cerita pasal BIG BAD WOLF BOOKS SALE kat MIECC. *sila rujuk gambar diatas* Ya Allah! Memang seronok gila gua cakap lu. Buku buku dah lah banyak.. Sampai tak tahu nak beli yang mana. Kalau ikut nafsu, memang nak beli semua, kalau ikut bujet pulak, rasa nak habiskan je duit kat sana, tapi bila ikut akal fikiran, gua beli takat mana yang gua mampu baca jela.. Hehehehe 

Btw, pada korang yang masih belom berpeluang nak pegi BBW ni, korang still ada masa. Exhibition ni conduct sampai 23rd Disember ni. So masih sempat! Masih banyak masa. Dia open drpd pukul 9.30 pagi untill 9.30 malam. And the best part is, 14,15 dan 16 hb ni, diorang open for 24hours straight tak tutup tutup. Datangla pukul 4 pagi pun boleh beli lagi. Pintu depan bukak untuk korang. Kalau terkunci, cari pakguard! So better pergi before it is too late! Rugi baq hang kalau tak pi... :p


Hasil shopping di BBW! 

Haaaaa... Ini jelah hasil aku membeli belah kat BBW haritu.. 12 books for only RM85! Berbaloi baloi! And that is all for today~~ 


Assalamualaikum and tata! :D




Sunday, May 13, 2012

A story of a new life..

Assalamualaikum! 




Dear lovely blogger.. Bertemu lagi kita dalam entry yang terbaru! Ceceh, macam bertentang mata pulak kita ni ye..? hehhe Actually entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku bergelar Siswi Baru, kalau bahasa lepaknya freshie.. bukan fishy yeee.. yang fishy tu korang bukan aku! :p


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar buat masa ni.. Rumah yang selesa (okay okayla dari takde), housemate yang bestt gileeeee, kawan sekuliah yang masih ramai aku belum kenal and keadaan persekitaran aku yang Alhamdulillah boleh masuk lagilah.. 


Rumah -- Housemate aku ada 12 orang buat masa ni, 9 orang senior sem 2, 2 orang praktikal dan seorang lagi AKU! Roomates aku 2 orang, kak Wani and kak Anis. Kak Wani orang Selayang je and Kak Anis pun orang Kajang je, boleh dikatakan semuanya dekat dekat belaka, takde yang jauhnye.. Housemate aku yang lain lain antaranya Kak Dila, Lina, Wawa, Lia, Erin dengan Ika.. yang balance aku belom kenal lagi sebab belom masuk rumah lagi..


Kuliah -- Buat masa ni aku baru kenal 4 orang yang sama course dengan aku, BHRM. Tapi cuma 2 orang je yang satu kuliah dengan aku sebab yang lagi dua orang tu diorang from diploma so diorang boleh transfer credit. Syokla dah tak payah amik subjek tuk sem ni.. Pi amik subjek tuk sem 4 bawak ke sem 1.. untunglaaaaa! Yang lagi dua orang ni Aimy and Dhia, depa orang Perak. Sorang orang Tapah and sorang lagi orang Kuala Kangsar.. Diorang ni sekuliah dengan aku sebab depa dulu sama macam aku, lepasan STPM.. Duduk sebelah sebelah je pun.. hehe Untuk jadual aku pulak, aku cuma ada kelas hari Isnin & Khamis pukul 2 sampai 5 dengan 5.30 sampai 7.30 and yang paling penat Jumaat 3 petang – 9 malam... Gile kau 6 jam dalam kelassss! T.T Matilahhh weh!!!!! 


Makan -- Makanan rutin bagi aku sekarang adalah BISKUT OAT! Memang sedap sesangatlah kan?! Hahha Aku ni spesis tak dapat nasi takda masalah pun sebab ada jenis orang yang everytime nak kene ada nasi.. Makan lah roti selambak mana pun but still laparkan nasi.. Alhamdulillah aku bukan orang macam tu.. Kalau boleh aku nak kekalkan makan biskut oat je all the time.. biar kurus sikit! :D Aim to achieve! Chaiyoookkk~


Itu saja buat masa ni.. 
Nanti kita cerita cerita lagi! 
Tata! :D

Wednesday, April 25, 2012

♥ Terima Kasih MLA ♥

Assalamualaikummm!



Apa kabar dear blogger sekalian? Harini hati rasa bunga bunga sebab semalam gula hati buat suprise yang sangat susah untuk dia tunjukkan.. Biasalah, pakwe aku ni bukannya orang yang senang nak tunjukkan keromantikkannya.. So bila sekali dia buat, rasa seronok sesangat walaupun kalau orang tau apa suprisenye tu orang akan kata, eleh tu je? tapi bagi aku ianya sangat bermakna!! :)


Btw, buat awak yang dikasihi lagi disayangi, TERIMA KASIH banyak banyak sebab terima diri saya ni seadanya.. Terima kasih sebab masih mampu bertahan dengan kerenah saya yang tak menentu ni.. Terima kasih banyak banyak sebab sampai sekarang awak masih ada disisi saya, mendengar segala cerita best, sedih, bosan, poyo saya.. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK! :D


Terima kasih jugak sebab mampu tahan dengan perangai manja terlebih saya, perangai degil saya, perangai tanak dengar kata saya.. Saya akan cuba usaha untuk ubah semua tu secara perlahan..


Tak lama lagi kita bakal berjauhan lagi. Saya nak sambung study and awak kerja balik kat Johor sana.. Sedih, tapi nak buat macam mana kan.. Semoga jurang yang hadir antara kita ni mampu menguatkan lagi kesetiaan dan kejujuran antara kita. Saya cuma harap, bila awak kat sana nanti, janganlah lupakan saya yang sentiasa ingat awak kat sini ye.. :)


Last but not least, saya sayang awak dan saya harap hubungan kita mampu bertahan sampai bila bila. I will wait for you until the special dates of our life arrives. 



♥ YOU MLA!



Semoga satu hari nanti Allah akan 
menjadikan kita pasangan 
yang halal dan bahagia selamanya. 
Aku disini akan setia menunggu seperti 
mana kau sentiasa setia bersamaku. ♥

Tuesday, April 24, 2012

Good Luck Love!

Assalamualaikum dan selamat pagi warga blogger!


Nabila is here, sitting infront of the pc's at 4.45 am just to wrote something meaningfull for my bestfriend.




Dear Syera.


        You may be too far from me, but yet, the distance didn't mean anything, coz with you, there is my heart. And in my heart, there is where you are.. :) Goodluck for your PSPM. This is the last exam for your matriculation session. No more matrix and I am sure you can't repeat. So my wish for you, do your best! I know you can. You've got a very got result before this, and I know you can get better this time.. Chaiyook! :D











Dear Shila.
        
        You are young, you are beautiful and the most important thing is you are brave! You should know that you live in my heart too.. Don't care about what people are talking about you. Don't give a damn and don't ever cry for something useless. You are going to sit for your final exam. I wish you the best of luck and don't ever feel distracted with all those shit happen around you. Avoid it, or just let it be. And for most, I hate that 'Melaka Girls'! HAHA ajaaaaa fighting! Chaiyook for you tooo! :D






GOOD LUCK TO BOTH OF YOU! 


Saturday, April 21, 2012

Eh, aku bakal mahasiswi? ^^,

Assalamualaikum and a very very good day everybody! 


I MISS MY BLOG ^^,

Ya Allah, rindunya pada blog ni. Dah lama betul tak update. Bukan sengaja, tapi takde masa. Semakin sibuk dengan hidup semenjak dua menjak ni. Banyak sangat kerja nak kene siapkan. 



By the way, nak habaq kat hampa semua yang tak lama lagi cek bakal menjadi mahasiswi.. Berjaya jugak melarikan diri dari alam persekolahan dan masuk ke alam universiti pulokkk! :D Aku nak masuk Unisel dah ni.. ehehehe hampa tau dak Unisel tu apa? Nama panjang bagi Unisel is UNISEEEEEEEEEEEEEEEEEELLLLL... hahahahahah tak tak gurau je. Unisel adalah singkatan bagi Universiti Industri Selangor. Ada apa kat sini? Ntahla.. aku pun tatau.. Belom masuk lagi kan. hehe Alhamdulillah aku dapat course yang best dan aku minat jugak that is, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia atau dalam bahasa omputihnya Degree in Human Resource. :)



Tak sabar rasanya nak melangkahkan kaki ke menara gading walaupun aku tengok universiti aku tu takdela tinggi mana kan.. haaaa and and and.. yang paling best sekali aku sambung dekat je, kat Shah Alam! weheeeee~ dekat je weh dengan rumah! memang tiap2 minggu la I balik kan.. jangan marah! :p takdela nak homesick sangat sebab sekangkang kera je jaraknya.. 


Part yang paling best bila rasa tak sabar tu telah menyebabkan aku lupa untuk buat medical check up, lupa nak bayar duit yuran, lupa nak hantar borang jawapan kemasukkan dan segala galanya.. Tinggal seminggu and I am not prepared! Memang bagus la kan? Rumah sewa yang aku dapat tu pun aku tak angkut satu apa barang pun lagi. Homai! Menangis la macam ni! T.T

Okayla guys, aku nak pi siapkan segala apa yang tertangguh! Nanti dilain masa kita berjumpa lagi okay! Bubyeeeee~ :D


Friday, February 24, 2012

LOVELY PERFUME IS NOW OPEN! :)

Assalamualaikum! 


Well Hello there guys! Setelah hampir berminggu yang lalu aku update, hari ni nak update blog lagi. 






Tapi tapi tapi.... Harini nak promote page di facebook that is LOVELY PERFUME! Im currently selling certain brand of perfumes.. Hihi baru nak berjinak jinak buat bisnes.. :) Korang semua jangan lupa like tau!


And sini ada sedikit info yang mungkin boleh menjawab persoalan korang dengan jenis perfume yang aku jual ni and mungkin boleh menarik hati korang untuk membeli perfume dengan aku.. heheheheh ;pp


AAA Grade Branded Sephora Dubai Perfume.


1. Kandungan asal adalah pati perfume tersebut cuma dikurangkan patinya. 90% original dan 10% lagi kandungan dan material lain digunakan.

2. Cara pembungkusan, kotak dan botol adalah sama seperti original. Yang membezakannya hanyalah material yang digunakan dan hampir sukar untuk membezakannya dengan original.

3. Ketahanan bau perfume ini bergantung pada tubuh badan pemakai ( eg. digunakan dalam bilik berhawa dingin, suhu badan dan tahap peluh ). Biasanya ia mampu bertahan selama 4 hingga 7 jam.

4. Gred AAA perfume adalah berbeza dengan perfume yang dijual di pasar malam yang berharga di antara RM 10 hingga RM 40 yang lebih terdiri daripada perfume bergred B dan C. 


Kenapa anda harus beli perfume ini? 

1. Harganya yang jauh lebih murah berbanding perfume original.

2. Penggemar perfume tegar, suka bertukar tukar perfume dan mengumpul koleksi perfume berjenama.

3. Untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, adik abang, saudara mara atau kawan kawan. 


So guys, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perfume sebagai koleksi atau hadiah bolehlah contact di page LOVELY PERFUME untuk keterangan lanjut. :) 



Sekian saja promosi untuk hari ini.. Jumpa lagi! :)
Assalamualaikum! 









Sunday, February 19, 2012

Bersawang kau........!

Assalamualaikum blogger blogger yang ku kasihi sekalian.. 


Kau tengok tu bersawang tak bersawang blog aku haaa.. HAHHA dah berabad dah tak menulis blog. InsyaAllah lepas ni akan kembali aktif. InsyaAllah. :)


Dah masuk 3 bulan aku duk tanam anggur kat belakang rumah aku memandangkan ada kebun yang berkeluas sekangkang kera ni, jadi tak baik dibiarkan begitu saja. Berbudi pada tanah ada hasilnya.. Bak kata orang tualah.. Tapi boleh dikatakan semenjak aku menanam anggur, aku masih belom dapat hasilnya. Tatau mana silapnya. Mungkin salah baja, atau faktor iklim yang terlalu sejuk membuatkan anggur tak mampu membesar.. Aku sendiri tatau.... Okay FULLSTOP!


Merepek dah banyak tu.. Aku sebenarnya nak habaq kat korang korang semua yang aku dah dapat JOB! Tiba tiba je rezeki datang mencurah curah.. Dapat keje kat butik pengantin, dapat job buat blog untuk butik yang aku kerja tu dan yang paling best, tak lama lagi aku bakal membuka bisnes menjual perfume. Hehhe Korang korang semua jangan lupa beli tau nanti. Special price punyaaaaa~

By the way, sebelum terlupa, aku nak tanya pada korang korang semua, korang tau tak mana nak beli domain yang bagus? Aku nak buat lama web untuk butik tempat aku kerja ni ha... pening la nak cari.. Aku bukan faham sangat pun... T.T Kalau ada sapa sapa yang banyak info dan boleh membantu, sila tinggalkan komen ye. Terima kasih daun keladi, kalau saya minta tolong jangan lupa tolong lagi :p



Sekian, Wasalam :)











Saturday, January 14, 2012

Dear Shila Shaharaman.....

Assalamualaikum..


This might not be important to other, but for me, this is how I express my feeling. It is better that making a video that will make me look stupid isn't it? So today I would love to dedicate this post to my very best friend Shila Shaharaman that always tell her love towards me every night without getting bored.




Dear Shila Shaharaman, 


I know this is kind of awkward things to be done. But seriously, no one could compare to your kindness. You are one of a kind in my life. You are different. I am not writing this thing because I'm in love with you (we are both girl and it is totally impossible) , it is because you made my day. 


You are such a best friend that could tell me things that I don't want to tell myself. Thanks for being such a good advisor and tell me things that I should and should not do. Thanks for telling me who am I and thanks for being such a honest friend ever. I will always remember those memories we made together. I may not wrote all the thing you said in my diary, but I will sure keep it carefully in my heart. Remember, no matter how far we are, no matter how long we will be lose in contact, no matter how people try to separating us together, you will always remain the same position in my heart. :)




I LOVE YOU and THANKS FOR EVERYTHING. :)




Thursday, January 12, 2012

Al-Kisah MUET End-Year 2011

Assalamualaikum


Malas nak taip pepanjang cuma nak bagitau MUET aku drop. Dari band 4 jatuh band 3. Ape kejadahnya?? T.T


Lihatlah! 177 markah je.. drop lebih 20 markah wooo.. mungkin sebab masa speaking aku main main kot. Eh tapi markah speaking aku lg tinggi dari yang lepas. hurmm pelik.. padahal aku rasa aku tak banyak bercakap and isi aku sikit sangat sebab point aku susah. tapi kenapa? haihhh pelik.. tapi yang paling menyedihkan writing akula. apahal teruk gila? drop gila gila haaaa homai! tapi reading naik pulak.. T.T pepelik je.. padahal aku rasa writing haritu senang gile... eeeee~ STRESS sungguh bila mengenangkan balik. Lantak pi la ye dak? Yang penting dah settle. hahha ;DD


Anyway CONGRATULATION yang dapat band 3, 4, 5, 6.. Korang memang handal! hehhe 


kbye








Sunday, January 1, 2012

Happy New Year! :D

Assalamualaikum..




Indah sungguh dipagi yang ceria ni. 1 Januari 2012. Macam mana dengan hari korang harini? Happy? Sedih? Aku cuma nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua blogger blogger. May this year brings lot of happiness in our life! InsyaAllah :)