Followers

Sunday, February 19, 2012

Bersawang kau........!

Assalamualaikum blogger blogger yang ku kasihi sekalian.. 


Kau tengok tu bersawang tak bersawang blog aku haaa.. HAHHA dah berabad dah tak menulis blog. InsyaAllah lepas ni akan kembali aktif. InsyaAllah. :)


Dah masuk 3 bulan aku duk tanam anggur kat belakang rumah aku memandangkan ada kebun yang berkeluas sekangkang kera ni, jadi tak baik dibiarkan begitu saja. Berbudi pada tanah ada hasilnya.. Bak kata orang tualah.. Tapi boleh dikatakan semenjak aku menanam anggur, aku masih belom dapat hasilnya. Tatau mana silapnya. Mungkin salah baja, atau faktor iklim yang terlalu sejuk membuatkan anggur tak mampu membesar.. Aku sendiri tatau.... Okay FULLSTOP!


Merepek dah banyak tu.. Aku sebenarnya nak habaq kat korang korang semua yang aku dah dapat JOB! Tiba tiba je rezeki datang mencurah curah.. Dapat keje kat butik pengantin, dapat job buat blog untuk butik yang aku kerja tu dan yang paling best, tak lama lagi aku bakal membuka bisnes menjual perfume. Hehhe Korang korang semua jangan lupa beli tau nanti. Special price punyaaaaa~

By the way, sebelum terlupa, aku nak tanya pada korang korang semua, korang tau tak mana nak beli domain yang bagus? Aku nak buat lama web untuk butik tempat aku kerja ni ha... pening la nak cari.. Aku bukan faham sangat pun... T.T Kalau ada sapa sapa yang banyak info dan boleh membantu, sila tinggalkan komen ye. Terima kasih daun keladi, kalau saya minta tolong jangan lupa tolong lagi :p



Sekian, Wasalam :)











No comments: