Followers

Tuesday, September 27, 2011

Adam VS Hawa

Assalamualaikum!


Al kisah tersebutla kisah... 


Jam menunjukkan tepat 12.34 tgh hari 26 September 2011... Pada ketika itu aku tengah mengadap exam paper Geo Fizik. Dengan penuh tekunnya aku memerah tenaga otak aku untuk berfikir dan mencari jawapan. Serayanya segala darah aku disalurkan ke otak tetibe timbul satu idea untuk update blog. Bangang ape kah ini? Tengah tengah jawab exam boleh ada idea nak update blog. waddefish? 


Lelaki! Yeahhhh! Lelaki ye ladies and 'gentel'men. Ada apa dengan lelaki? Inilah idea yang aku dapat semasa dan ketika itu. Zaman sekarang susah kita nak bezakan peranan seorang perempuan dan seorang lelaki. Kenapa? Sebab sekarang ni masing masing dah boleh buat apa yang spesis berlawanan buat. Perempuan masak, lelaki pun boleh masak bhai! Lelaki bos, pergh, perempuan pun jadi bos wehh...! Cuma satu je.. Perempuan boleh mengandung, lelaki belom boleh lagi. kehkehkeh


Di zaman yang penuh kemodenan ni, boleh dikatakan istilah "perigi pegi jalan jalan cari timba" dah HALAL diperdengarkan. Dialog zaman dulu berbunyi begini 


"kau ni timah, macam perigi cari timbalah!".. 
"woi bedah, jaga baik sikit mulut kau tu ye! takde insuran ke ape?" 

haaa ko! sekali mendapat! Tapi dialog zaman skang ni dah berubah...


"wei zetty, jom teman aku jalan jalan"... 
"ko nak pegi jalan jalan kemana ni lily?".. 
"alaaaa kau ni! JALAN JALAN CARI JANTAN!" (versi jjcm ye!)

Itu adalah suatu lumrah dan kenyataan zaman sekarang. Bukan aku nak mengutuk kaum aku sendiri, tidak sama sekali. Kita sama sama hawa, tapi ada segelintir kaum hawa atau golongan golongan hawa ini dilahirkan tanpa kemaluan. Kat mana hilangnya kemaluan dia? Tak rasa malu ke dok tergedik sane tergedik sini? Memang betul kata org kalau diorang mengeletis sekalipun, bukan susahkan kita. Memang tak susahkan, tapi memalukan. Korang yang kaum kaum hawa ni faham tak apa yang terbuku kat hati aku ni? Faham tak? 


Okay cukup pasal kaum hawa yang mengeletis dan memalukan. Kita cerita pulak pada topik asal. LELAKI. Ye, lelaki dijadikan untuk menjaga kehormatan seorang wanita. Wanita insan yang lemah, maka kaum adam yang gagah inilah yang seharusnya memberi perlindungan kepada kaum hawa. Tapi kebanyakkan kaum adam sekarang sudah tidak punya kewarasan akal. Susah nak cari yang baik, yang setia, yang ikhlas, yang jujur, yang sudi memberi pertolongan tanpa sebarang komplain. SUSAH SANGAT! 


Aku nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman aku selama berkenalan dengan MAKHLUK TUHAN PALING GAGAH ni... Lelaki ni ada bermacam macam cara dan alasan. Disebalik kelembutan dan kasih sayang yang ditunjukkan terdapat penipuan yang disembunyikan, manakala disebalik keegoan yang terserlah terdapat sedikit kelembutan yang hanya akan ditunjukkan setahun sekali. -_-' sedih betul.


Kepada kaum kaum hawa yang sedang mencari pasangan atau yang sudah pun punya pasangan, boleh aku tau apa yang korang tengok pada pasangan korang tu? Adakah rupanya? Atau agamanya? Disini tersenarai beberapa jenis lelaki yang harus korang elakkan. Jangan pernah terpedaya dengan tipu helah lelaki lelaki seperti ini.


Lelaki tak bertanggungjawab.
Apa makna lelaki tak bertanggungjawab? Yela, kalau dah buat salah pastu pegi blame orang lain, kan takde tanggungjawab tu. Korang bayangkan bf korang anak sulung, keje bagus, tapi mak ayah and adik adik terbiar. Sikit pun tanak bagi duit ke ape ke, jenguk ke ape ke. Sikit pun tak. Tapi korang separuh mati sayang kat bf korang tu. cis. bodoh apa kalian? Lelaki macam ni nak buat suami? Lupakan. satu hari nanti bila diorang dah bosan, korang pun akan menerima nasib yang sama tau!


Lelaki suka mintak duit.
Haaaaaa...ini yang paling aku tak berkenan. Lelaki mintak duit kat perempuan? Jadah ape kau! Kau jantan kan? Kau ada tenaga kedrat 4kerat tu gunalah! Takkan nak duduk rumah play with those balls kot? Adoi. Kalaulah kau dapat bf jenis dapat gaji je suruh korang simpankan and bila bf kau dah takde duit, die mintak kat kau. Tu lain cite bhai. Tu dah tentu tentu memang duit die. Dia cuma mintak kau simpankan je. Ni dah jenis mintak duit awek, pastu tak reti reti pulak nak ganti kan. Haaaa lagilah mintak lempang. 


Lelaki kaki maki.
Babi Bodoh Perempuan Sial Sundal dan sebagainyaaa... memang lah aku tak faham kenapa kaum adam ni kuat sangat memaki maki ni. yang tak boleh belah tu asal nak maki sebut perempuan punye. ape kau punya dah hilang ke?? grrrr~ Lelaki macam ni tak payahla. Jangan dibuat bf, apatah lagi suami. Kalau lelaki tu ikhlas la sayang kat korang, diorang mesti akan ubah yang buruk pada sesuatu yang baik. Kalau pun diorang penah termaki korang sebab geram sangat, korang tegur, pastu terus die dah tak sebut lagi, haaa itu kira bagusla. Maknanya laki tu sedar silap die. Tapi ada jugak laki, bila kita tegur jangan memaki maki sesuka hati, lagi seronok die maki kita balik. perghhhh! 


Itu antara list list lelaki yang harusla korg elakkan sangat sangat. Kita sebagai kaum hawa ni kene sentiasa berhati hati, sebab kaum adam ni gagah wehh! die ugut sikit kita dah cuak. mau tak cuak ko, tgkla ketul ketul kat lengan die tu. perghhh! tergugat mak nyah! HAHHA Okayla. cukupla setakat ni dulu. Nanti kalau aku ade idea lelaki yang mcm mana yang harus dielakkan aku update okay! HAHHA :DD 


kene off weh, mak dah bebel!


2 comments:

Miss Rafmien said...

shial laaaa! phuihh.. kahkahkahhh
alhamdulillah, lelaki ygy gagah bersama aku sekarang boleh bimbing aku ke jalan yang benar... dan alhamdulillah, boleh menerima dan mencintai setiap kekurangan yang aku ada.. alhamdulillah.. terima kasih Allah... :)

Bella ♥ said...

pantas dan efisien nok kau komen! kehkehkeh alhamdulillah. bersyukurlah dengan apa yang kita ada. berusahalah cari yang terbaik dalam hidup kita ni ye dak? hehhe :DD