Kenapa kau hadir dan memberikan layanan yang terindah dan kemudian kau tinggalkan aku dengan kata kata begitu? Kau bilang kau sayangkan aku, kau bilang kau tak mahu sakitkan hati aku. Kau bilang kau mahu segalanya menjadi rahsia, kau tak mahu aku tahu kerana kau tak mahu aku merana. Tapi sampai bila? Kenapa kau pendam segalanya? Kenapa kau tipu aku hingga akhirnya perbuatanmu terbongkar dengan sendirinya didepan aku? Kenapa?
Sudah berapa lama kita mengenali hati budi? Sudah berapa lama kau kukenali? Tapi semalam, bila kau tanyakan aku sudah berapa lama aku mengenalimu, dan aku bilang baru semalam, kau buat muka yang sebal denganku. Kenapa? Kenapa begitu? Apakah salah? Ya. Memang sudah lama aku mengenalimu, sudah lama juga aku simpan perasaan yang kau sedia maklum ini. Tapi hingga kini, kau masih tidak menerimaku. Kau biarkan aku tergantung disini. Kau biarkan aku bermain dengan perasaan sendiri melalui tingkah lakumu.
Semalam kau bilang tiada peluang untukku, tapi bila aku merelakannya kau bilang padaku jangan pernah putus asa. Yang mana satu sebenarnya dalam hatimu? Yang mana satu? Kau bilang kau sayang dia, tapi kenapa kau bersama aku? Kau bilang kau sayang aku tapi kenapa kau lebihkan dia? Kau kata kau sedang keliru dengan hatimu, tapi kenapa kau memilihnya? Dikala kau sedang keliru apakah kau mampu membuat pilihan dan kau membiarkan aku sendiri? Sampainya hati kau buat aku begini.
Dan kali ini, buat kesekian kalinya hatiku terluka lagi dan aku menangis lagi. Umpama cerita yang tak pernah tiada penghujungnya. Umpama sebuah cerita yang tidak menemui jalan bahagiaannya. Kenapa ini yang terjadi padaku? Kenapa ini yang kau beri padaku? Apakah selama ini tidak cukup apa yang aku lakukan untukmu? Apa selama ini hati aku tidak ikhlas menerimamu? Apa selama ini pernah aku merungut tentang dirimu? Pernahkah kau melihat aku berputus asa? Pernahkah aku pergi dari hidupmu walau bermacam kau lakukan padaku? Tapi pernah kau lihat itu? Pernahkah?
Aku sepi lagi. Aku sendiri lagi. Aku disini masih menanti sesuatu yang belum pasti. Mungkin kau bukan untukku, tapi aku tak pernah mungkin mengalah.. Sekali lagi kini, aku disakiti... T.T
terima kasih kerana melukakannya berkali kali....
2 comments:
Hey... Chillex ok?
dah okay sekarang. dah belajar meredhai setiap yang berlaku :)
heeeee~ :DDD
Post a Comment