Followers

Monday, October 3, 2011

Ya Allah :'(

Assalamualaikum...

Ya Allah. Kau ampunkanlah setiap apa dosa yang telah aku buat Ya Allah. Andai nyawaku terhenti disini, aku redha dengan takdirku ya Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri, dan aku tau setiap apa yang berlaku adalah untuk kebaikan aku. 

Ya Allah, kau jauhkanlah aku dari perbuatan keji dan mungkar ya Allah. Kau jauhkanlah aku dari lembah maksiat yang pernah aku singgah dahulu ya Allah. Sesungguhnya aku ingin kembali ke jalan yang benar. Aku ingin mencari segala sinar yang tertinggal di belakangku ya Allah. 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kau permudahkanlah aku untuk menjalani kehidupanku didunia ini ya Allah. Kau lapangkanlah fikiranku, kau tenangkanlah hatiku. Kau berilah aku ketenteraman jiwa yang selama ini tidak dapat aku rasakan ya Allah. 

Ya Allah, kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, dosa sanak saudaraku, dosa sahabat sahabatku, serta dosa kaum muslimin dan muslimat sekalian ya Allah. Kau berikanlah kami hidup yang sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan keredhaanmu ya Allah. :'( 

Ya Allah, sesunggunya aku manusia yang hina disisimu dan hanya aku minta pengampunan darimu dan aku takkan pernah berputus asa dalam meneruskan hidupku ya Allah. :'(

amin amin ya rabbal alamin. 

aku takut...:'(

4 comments:

ayuyuuu :) said...

amin ya rabbalamin

insyaALLAH :')

awak2, gudluck utk stpm nanti .

Bella ♥ said...

insyaAllah...


amin amin ya rabbal alamin!

tq soo much ye awak :)

Ira Yusof said...

aminnnnn :)

Ira Yusof said...

Allah tu MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANGG. Takde sape yang sempurna kak :')