Followers

Thursday, September 8, 2011

I Follow You, You Follow Me! ^^, [WTH?]

Assalamualaikum!


Haaaa.. bertemu lagi kita dengan tajuk diskusi,




Seperti yang kalian sedia maklum dihujung tajuk aku harini ade tiga abjab yang telah dicapsLOCK dan dikurungkan. W T & H. Mengapakah abjad itu berada di situ dan apakah maknanya? Hehhe WTH membawa maksud, Wahai Teman Hidupku. Ekekeke okay aku tipu. Maknenyeeeee... korang sendiri paham la weh! -..-


Okay back to the topic yg mukadimahnya berjela tu.. Prinsip I Follow You,You Follow Me atau nama manjanya MEMBUNTUTIMU kini kian glemer diarus permodenan dunia blog. Ianya adalah tersangat glemer dikalangan newbie yg sedang berjinak jinak dengan binatang bergelar blog ini. Persoalannya disini, mengapakah prinsip membuntuti ini diikuti? Adakah kerana ianya glemer seperti abam Hiro Akal Tunjang?


Mengikut kefirasatan aku, prinsip ini diikuti kerana ia merupakan salah satu trend, cara dan langkah untuk menambahkan bilangan follower. Tapi sedarkan wahai newbie bahawasanya trend ini amat menyebalkan? Pernahkah kalian terfikir bahawa trend ini hanya diikuti oleh manusia yg berakal genap iaitu 2, 4, 6 dan 8? 


Walaupun sesungguhnya blog aku ni hanya mempunyai pengikut yang sedikit tapi aku tak pernah ngeluh pun weh! tak penah pun suruh suruh orang follow blog aku! haaaa... tengok! Ini adalah kerana :- 


i. Blogger bijak hanya follow blog yang berilmiah dan separa lawak, separa jenaka. Serta tidak mempunyai iklan yang berduyun duyun. 

ii. Blogger bijak tidak akan membuntuti blog yang menyuruhnya untuk membuntutinya. Kehkeh. pening.

iii. Blogger juga mempunyai taste yang berbeza. Aku suke cheese, korang suke petai. Kan lain kan?

iv. Blog aku tak sedak sebab tu tak ramai follower. T.T *aku sedar diri, sekian!

Jadi dapatlah kalian tuan tuan, puan puan, anak anak dan adik adik yang dikasihi sekalian memahami kenapa trend membuntuti tidak sepatutnya diikuti. Terdapat 3 jenis blogger yg telah pun aku kenalpasti buat masa ini. BUAT MASA INI! antaranya ialah :-


i. Blogger Tegar : Up entry sehingga 5,6 kali mengalahkan berak manusia normal. Berblogjogging secara pantas atau slow motion lalu meninggalkan komen dan membuntuti tanpa berfikir panjang.

ii. Blogger Bebal : Up entry ikut suka makcik tiri dia punye sepupu. Mungkin seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau mungkin sekali seumur hidupnya. Super-sonic-blog-motion-walking dengan hanya meninggalkan nota kaki yang berbunyi "Salam Ziarah, nice blog! I follow you, don't forget to follow me!" tanpa membaca sebutir haram pun perkataan dalam blog tu dan dan dan, dia tak follow pun blog tu sebenarnya... -oo-

iii. Blogger Pemalu : Up entry hanya bila ada mood atau idea. Blog walking dengan penuh dedikasi dan istiqomah. Tapi tidak mahu meningalkan sebarang jejak kerana takut dikesan oleh Bahagian Forensik. ^^,"

Berdasarkan 3 jenis blogger yg telah aku kenalpasti BUAT MASA INI, blogger ketegori nombor 2 adalah kumpulan yg kerapkali mengikuti trend bontot membontoti ini. Dan kebanyakkan daripada mereka adalah remaja yang belum cukup matang dan berkemungkinan besar berakal genap. Kehkehkeh


Pesanan aku buat semua blogger blogger bebal, bakal bakal blogger, dan peminat peminat blog sekalian, diharap agar korang menghentikanlah prinsip MEMBUNTUTI yang korang follow sekian lama tu. Ini adalah kerana, ianya adalah sangat merimaskan dan menyemakkan pemilik blog utk membuat keputusan sama ada nak follow balik ke tanak blog korang tu. dah macam paksaan tahu! grrrrrrr~ 


Sekiranya korang nak blog korang DIBUNTUTI, up la entry yang best, berilmiah, mempunyai unsur jenaka + lucahs dan selalulah melawat blog blog lain dengan hati yang ikhlas dan tinggalkan nota kaki, bukan bau kaki. Paling penting, jangan sesekali semakkan chatbox dengan kata kata seperti :-


I FOLLOW YOU! YOU DON'T FORGET TO FOLLOW ME BACK! ^^.

 *mcm mintak lempang je wehhh!

6 comments:

Amir Syahir said...

wah..sedak sedak..keh2..pandai pun. tak gunanya polewer beribu komen hanya 8 komen..maknanya xde org bc entri dia..kn?

Bella ♥ said...

belum sedak lagi T.T budak ekonomi mmg ayat haromm! HAHHA betul betul. blogger yg best mmpunyai follower yg ikhlas memollownye. hehhe

Anonymous said...

yep betul
tak berguna pun mcm tu

semua gara2 nak femes.
kann dah merugikan masa? :)


renung2kan. terima kasih utk entry yg membuka mata dan minda :)

Bella ♥ said...

haaa tau takpe!
merugikan masa. mcm mcm aktiviti lain lagi yg boleh dibuat dgn masa yg ade tu betul tak? hehhe :)

marilah bersama menjayakan industri blog! wakakakaka *tetibe!

Khuzrin Kamarudin said...

Yang ini sungguh tahi... Hahahaa...

I dah membontoti kamu ni.. Meh la membontoti i pulak... Hikhikhik..

Apesal aku rasa macam lucah je komen aku baris no dua yang atas ni? Ahh.. abaikan..

Bella ♥ said...

hahahahahaha busuk okay tahi tahi ni!

kehkehkehkeh tak maula bontot bontot ni! inak pollow memollow jeeeee :-O

hahahahaha taleh nak wtpe la. kehkehkeh :DDDD