Followers

Friday, December 24, 2010

Segmen : Kritik Blog Saya!

Assalamualaikum!




kali ni aku telahpun di TAG oleh Sembil9n. tujuan segmen ni adalah untuk memperbaiki diri. menerima segala apa yang akan dikatakan oleh blogger blogger lain mengenai blog anda. :)




Syarat-syarat perlu buat untuk rakan yang di tag:
  1. Di kehendaki menjawab soalan yang di ajukan.
  2. Jawab soalan sejujurnya.
  3. Jawapan hendaklah mengenai blog orang yang tag anda.
  4. Sila gunakan bahasa yang berhemah dan berbudi bahasa. Bahas kesat amatlah dilarang sama sekali.
  5. Setelah menjawab, hendaklah angguk kepala 3 kali sambil fikirkan adakah anda juga mahu menerima kritikan mengenai prestasi blog anda. Jika ya, tag kan sekurang2nya 3 rakan blog anda.
  6. Lepas semua selesai, berikan link kepada orang yang mentag anda supaya dia boleh ketahui kritikan anda.


    **********************************************************
Mari Mulakan!


1. Kali pertama anda buka blog ini berat tak?
Alhamdulillah~ blog kau biasa je. tak berat sangat. tak ringan sangat. senang untuk dibuka walaupun ambil masa dalam 15 saat gitu. tapi still ok! :)


2. Apakah first Impression anda terhadap blog ini?
First impression aku kat blog kau is, "COOL DUDE mamat nih! cantik giler gambar kau." haaa..macam tula. and start dari haritu aku selalu mengupdatekan diri aku dengan blog kau. walaupun tak banyak komen aku, sebab aku lagi suka jadi silent reader. haha


3. Apakah yang anda rasakan tidak perlu ada pada blog ini?
Aku rasa buat masa ni belum ada lagi benda yang menggangu, cuma kat sidebar ko tu sume benda macam loading memanjang and aku pun tak berapa sure apakah ia. haha


4. Apa lagi yang perlu ada pada blog ini?
Bagi aku blog kau dah cukup lengkap dah. tapi kalau ada lagi banyak gambar gambar yang kau design, macam buat galeri ke mesti best! sebab aku memang suka tengok tengok design nih. biasalah, orang tak reti buatkan. so bila tengok tu jadi excitedla sikit. haha 


5. Adakah entry di blog ini mudah dibaca dan difahami?
Entry kat blog kau Alhamdulillah semuanya aku dapat fahami dengan begitu jelas sekali selagi kau tak menukarkan bahasa kau kepada bahasa urdu atau jawa. hehe entry kau okla weh. sometimes best, sometimes boring. adatlah tu kan? bukan semua entry kene dengan jiwa pembaca betul tak? :)


6. Apakah kelebihan dan kekurangan entry pada blog ini?
Kelebihan : entry kau selalu muncul dengan gambar yang kau design sendiri. tu aku suke! 
Kelemahan : biasalah, macam atas tadi punya jawapan, bukan semua entry kene dengan jiwa orang. :)


7. Apa perkara yang menarik pada blog ini? 
Perkara menarik pada blog kau adalah kau pandai design, dan semua karya kau memang best, walaupun benda tu simple je. tapi boleh menarik perhatian. secondly, cerita kau. kebanyakkannya berkisar pada diri sendiri. kadang kadang cerita happy, kadang kadang macam frust pun ada. hehe best! ada macam macam vasiasi. 


8. Ada tak perkara perkara lain yang korang nak cakap pasal blog ni?
Ada! banyakkan design tau! hehehehe blog kau memang best! and kau sangat peramah. aku suka jugak tu. banyakkan lah entry yang menarik lepas ni ok! kalau boleh masukkan sikit unsur joke. barulah best! hehe :)) semoga berjaya dalam dunia blogging ye kawan! :)) itu saja!


Selesai....


Tag : 

dan sesiapa sahaja! *ekceli, tak tau nak tag sape*

Cepatnya Kami Mesra, Selesa Bercerita Gila Gila.

Assalamualaikum


Cik bella ada kawan baru! :) meyh kita berkenalan serba sedikit tentang dia. 






Nama : Shila Shaharaman.
Umur : nak masuk 19 dah. (da tua)
Status : janda belum berkahwin.
Zone : bahaya. kampung bakal huru hara kerana dia.
Pengajian : Politeknik Melaka. turut huru hara.
Makanan Suka : apa apa yang sedap.
Makanan Tak Suka : semua yang tak sedap.
Minuman Suka : air.
Minuman Tak Suka : yang bukan air.
Buku Kegemaran : Oxford 8th Edition.
Warna Kegemanaran : Warna warni. ceria!
Port Kegemaran : Morib. sebab itu je yang best.
Kawan Baik : Kecik dengan Besar. hahahha
Kawan Tak Baik : belum dikenalpasti identiti.
Ucapan Ikhlas Dari Hati Shila : Jangan main mercun pada merry krismas. Berkunjunglah selalu ke Morib. Kalau tak paham apa apa pergi gua. bukan gua niah. tapi gua.com. hahahah bye! ;pp



p/s: maaf kawan kawan. dia memang senget sikit. 
sapa sapa nak berkenalan, meyh jumpa Cik Bella. 
nanti Cik bella rekemen. hahaha ;)) bye!

Thursday, December 23, 2010

Bersendirian atau Berpasangan?

Assalamualaikum!


Apabila Kita Bersendirian

1. Kita punya tisu untuk mengesat airmata.
2. Kita punya plaster untuk merawat luka.
3. Kita punya jenaka untuk berketawa.
4. Kita punya laman sosial untuk bercerita.
5. Kita punya bantal empuk untuk rasa selesa.
6. Kita punya cermin untuk meluahkan rasa.





Apabila Kita Berpasangan



1. Kita punya jari jemari si dia untuk menghapus airmata.
2. Kita punya hatinya untuk merawat luka.
3. Kita punya lawak darinya untuk berketawa.
4. Kita punya teman untuk bercerita.
5. Kita punya bahunya untuk rasa selesa.
6. Kita punya telinga darinya untuk meluahkan rasa.
7. Kita punya apa yang sendiri tidak punya iaitu CINTA.




♥ is in the air~
  

Sunday, December 19, 2010

Kembali Pulang ke Malaysia.

Assalamualaikum

hai there~ setelah beberapa hari di Thailand, daripada hari Rabu lepas, hari ahad ni baru nak balik. and mak decide tuk balik naik bus sebab abah tak ikut balik because ada urusan lain. Pagi pagi dah bangun sebab nak pergi beli tiket bas, rasa excited giler sebab bujet dapat balik awal, sekali sampai tempat tiket, tiket tuk perjalanan pagi dah habis, so terpaksa beli tiket malam. Tiket pukul 7.00 pm time Thailand, waktu Malaysia tu kira pukul 8.00 malam lah. huhu

Disebabkan mak malas nak patah balik pi rumah yang kitorang menetap kira kira 40minit dari town Hatyai ni, mak decide tuk sewa mana mana hotel tuk satu hari. jadi disinilah tempat aku, dimana aku sedang menggunakan wifi percuma yang disediakan oleh diorang. Hot bai, bilik macam tongkang, tapi ada wifi. hikhik adgedebans betul!

tadi mak dah penat, tapi mak kata mak lapar, tapi mak mlas nak jalan, so aku pun menjalankanlah tugas sebagai seorang anak menyesali mithali, aku round roundla pi cari kedai makan halal, nasib baik tak jauh sangat. so belikan makanan tuk mak, then balik. settle makan pe semua, mak ajak keluar pulak. nak shopping dia kata. aku pun ok je la.

lepas dah pusing pusing jalan kaki, mak aku pun dah setel beli kasut tuk dia, dia ngadu penat, aku teman mak aku sampai hotel, pastu aku pulak yang sakan shopping. hehehe

sekitar sekitar hotel aku ni ok lah tempat shopping dia. macam macam ada. and and. yang paling best isssss... skang thailand tengah sale. haha tapi malangnya aku bukanlah peminat barang barang branded, jadi tak sesuai lah tuk aku kalau ada sale pun kan? haha aku prefer barang barang yang dia jual kat tepi tepi jalan tuh. lagi cantek cantek kot. harga pun murah. hehe aku takda beli apa sangat. beli T-shirt tuk bf dan adik angkat aku and tuk aku, aku beli seluar je. hehe niat hati nak beli handbag, tapi bila tanya harga. pergh! mahal kot. bek aku beli kat Malaysia, lagi canteeekkk... huhu 

skang nih aku tengah menanti time nak balik je ni ha. hehe skang dah pukul 4.30 time Thailand, lambat lagi, tapi mak aku dah mebebel kelaparan lagi. hahaha aku sebagai anak yang seperti mana aku kata tadi nak pegi beli makan sambil cari lagi barang barang yang boleh dibeli. hikhik :))


byebye....

Saturday, December 18, 2010

LOSERnya Aku Bila........

Assalamualaikum.

harini nak citer pasal keLOSERan aku. 

LOSERnya Aku Bila :

1. bercita cita nak online tapi bila aku online je semua orang idle. arghhhh! tension beb! kalau ada yang online pun semua macam hareeeem! tegur tapi tak layan. kan LOSER tu kan?

2. semangat giler bila mak kata nak pi kenduri. sebab apa? sebab boleh bergaya dengan DSLR Olympus E300 aku tuh. tapi bila dah sampai sana pun macam hareeeemmm jugak sebab malu dah nak tunjukkan camera sebab orang lain punya camera lagi HOT! arghhhh....abah! nak camera baru! T.T

3. bercita cita nak edit gambar yang bertimbun timbun dalam laptop nih, malangnya laptop tak install Adode, rasa LOSER giler! sebab setiap kali aku nak edit gambar aku terpaksa transfer gambar masuk pendrive then copy dalam computer pastu edit, bila dah settle edit, transfer balik masuk pendrive pastu savekan dalam laptop. LOSER kan? kan? paling tak boleh blah tu bila setiapkali aku nak transferkan gambar pendrive aku HILANG! pergh! LOSER KUASA DUA weh! 

4. terasa LOSER bila niat hati nak update blog tapi takda idea. pergh. rase macam nak belah tengkorak pastu perah perah otak tuh, then minum, pastu letak balik otak kat tempat asal pastu baru update blog. macam gitu sekali an? bongok sungguh!

5. bila beriya-iya nak tengok citer kat wayang tapi duit haremmm satu sen pun takdok! lagu mano tuh? haihh sedih! wahai duit, datanglah padaku. 

6. semangat baca buku sehari sebelum exam. dengan rasa confident boleh jawab exam. bila dapat paper muka COOOOL gila walaupun soalan susah nak mati ( lagi lagi ekonomi ) tapi dengan hati yang kental, perah jugak pale otak ni supaya keluar semua idea idea tuk jawab paper. bila dah siap rasa senang and bujet dapat markah tinggi. ceh~ tapi bila dapat result macam lahanat! arghhhhhh! C- je. apakah? FAILED!

7. dapat tawaran blaja oberseatapi pi tolak. haha bongok berganda! hahaha LOSER! 

8. terasa diri begitu hina sekali disamping member member yang pandai bergaya, tapi aku pakai tshirt ngan jeans je. bapak ah sedih. orang lain pakai baju semua HOT HOT. huaaaaa! T.T pasni taknak kuar ngan member member dah!

9. bf aku tak contact aku satu hari tapi aku dah tension pikir bukan bukan. padahal dia pi keje je. huhu LOSER giler sebab susah nak percaya kat orang laki nih. (skang kat thailand pun tiap tiap malam asik ingat nak balik je sebab dah seminggu tak dengar suara dia [T.T]










ye aku tau aku LOSER! :'(


loser.....T.T

Tonton Tak Boleh Ditonton diluar negara? Apakah?

Assalamualaikum.


harini Cik Bella bengang giler sebab tadi Cik Bella excitedlah ajak mak Cik Bella nak pi tengok cerita Seribu Kali Cinta yang kitorang dah tinggalkan selama 3hari. Cik Bella dengan bangganya bukakla tonton.com.my tuh. excited dah ni tengok citer tu ada. sekali bukak pe semuakan, tetibe tak boleh play. pergh! sakit hati gua! bila baca terms of use, mmg tak boleh tonton kalau kita luar dari Malaysia. adoi~ sedih mak nok! apalah tonton nih. patutnya bagi jela tengok. dia tak tau ke ada beribu umat makhluk manusia yang datang dari Malaysia yang pi holiday kat obersea tu nak tonton citer citer kat TV Malaysia tuh. ishk. bengang pulak bila tak dapat nak tengok citer tuh.

kata tonton tapi penonton tak boleh tonton. apa tu? grrrr~ bengang nih! tunggula kau tonton. aku balik Malaysia nanti aku tonton ko sampai ko hang hang! 

byeeee! grrrr~

Friday, December 17, 2010

SEGMEN : Dulu Aku Nakal.

Assalamualaikum


Ben Ashaari sekali lagi buat satu segmen yang sangat menarik. Dan Cik Bella juga sekali lagi tanpa ada rasa malu malu nak join segmen nih. hehe :))

1. nama sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu & tahun ?
    Sekolah Rendah Kebangsaan Kompleks KLIA ('99 - '04)
    Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA ('05 - '07)
    Sekolah menengah Kebangsaan Sungai Manggis ('08 - '09)


2. aktiviti kokurikulum yang korang ceburi ?
    Bola Baling, BolaJaring & Bola Tampar.
    Koir, Chorul Speaking & Public Speaking.


3. jawatan yang disandang dahulu ?
    Ketua Kelas,
    Pen. Ketua Kelas,
    Pengawas Sek,
    Pengerusi Persatuan


4. nama guru kesayangan korang ?
    Pn. Nora Hamzah & Pn. Anisah
    Pn. Norma & Pn. Aisyah 


5. subjek paling disukai dan tidak suka ?
    paling suka : English 
    paling tak suka : MATH & ADDMATH! arghhhh!


6. kawan baik masa sekolah ..
    Meaza, Nik, Nadyea, Izzatul, Syera & Ijan.


7. cita-cita masa sek ?
    Business Woman! 


8. artis faveret masa sek ?
    Siti Nurhaliza kot? haha


9. perkara yang tidak dapat dilupakan masa sek ?
    hehe banyak ah! paling takleh lupa masa mmber aku seorang mafia kat sekolah. hahaha mafia ah sangat. tapi bila time nak kene cucuk jarum je nangis and lari lari satu sekolah. hahahaha muke hensem tapi takut jarum. bujet kat sekolah ganas je. hakhak. dapat duit 10 hengget dari ustad baru nak enjit, tu pun nangis jerit jerit. adoi~ kelakar giler ah! :DD


10. jika dapat pulang ke sek, perkara apa yang ingin kamu lakukan ?
     apa lagi,,tengok TV sambil makan, pastu agak agak dah time pegi kuar men basikal ngan kawan kawan. tu masa sekolah rendah ah. bila dah sekolah menengah ni,balik sekolah teros cari handphone dulu. hehe 


11. ceritakan kenakalan yang tidak dapat dilupakan semasa sek dahulu..
    dulu masa sekolah aku ni nakal tauk! hahaha masa sekolah rendah dulu aku suke buli orang tanpa aku sedari. maybe dah mmg habit kot. aku pukul member aku sampai berdarah beb bibir die. ade tu aku buli secara halusssss~ cano halus? patahkan pembaris die, taburkan semua yang ada dalam pencil box die. eh macam macam lah. heheh yang paling tak boleh lupe, aku tumbuk anak polis sampai patah gigi die. bapak dia siap jumpe aku lagi, tapi gua COOL! :) bila dah meningkat dewasa sikit, eceh~ zaman sekolah menengah aku kurang sikit ah. aku dah tak main dah belasah belasah orang nih, aku buli secara emosi je. hahahah sudah~ kalau nak citer bagi abis memang lama ah weh. cukup ah smpai sini je :)




byebye!

Saja Suka Suka Malam Malam Takda Kerja :D

Assalamualaikum. 




apa kabar rakan rakan blogger sekalian? sihatkah anda semua? hehe poyo jap. maaf kerana sudah lama tak update blog ku yg serba sederhana ni. musim cuti ni lebih banyak di isi bersama keluarga. dengan mak and abah kat rumah. korang buat ape je ek kt umah tu? 


ramai kawan kawan yang keje. niat hati mmg nak kerja. tapi malangnya, semua reject! hujung hujung decide kerja kat rumah je, basuh kain. lagi syioook~ siap boleh tengok TV lagi. haha kalau kerja dah nak kene layan bos la ape la. kan? hehe walaupun kerja kat rumah ni tak dapat duit, tapi tak apala. 


tapi tapi tapi...... hahahahaha duduk rumah ni membawa satu masalah besar, bak kata orang Jawa, BIG PROBLEM. problem ape? huish, korang jangan tanya ah, problem ni merupakan problem yg paling digeruni, lagi hebat lagi problem ko putus cinta dengan bf yg da 13 tahun korang couple tau tak!? hehe nak tau? masalahnya adalah...... BERAT BADAN YANG NAIK SECARA MENDADAK! hahahaha bodo la. aku ni dah la mmg ketegori yg sebegitu, jadi masalah ni sememangnya dah biasa, tapi smpai skang masih tak jumpe cara nak selesaikannya. hahahaha ah! sudah sudah. tak mau citer pasal ni.kang japg ramai jugak nak post entry sal dah gemuk kan. 


harini kat Thailand, cuaca ok la. tak hujan pun dari pagi, cume ni ha, baru je turun hujannya. dapat aku rasakan angin malam yang dingin nih. haihh dari mata aku buntang terus jadi kuyu gara gara angin yg sepoi sepoi bahasa nih. hahahaha ok la guys, sebenarnya saje je nak menaip nih. kebosanan melanda jiwa! arghhhh!


nite! :)

Wednesday, December 1, 2010

Apa Itu?

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… 

sumber : facebook. 

Blog Peberet!

Assalamualaikum.


watsup guys!? rindu giler nak berblogging macam dolu dolu. banyak benda dah miss.. banyak dah blog blog yg harus aku ushar ushar. hehe kalau ada kesempatan sebenanya semua blog pun aku nak bukak tapi malangnya, banyak koje yang teman nak kene buat. mengalahkan ada anak 10 orang pulak kan. biasalah. masa harus digunakan untuk perkara yang berfaedah seperti pergi karaoke bersama Cik Pakwe, main bowling bersama Cik Pakwe, mandi manda di pantai bersama Enon, berjalan jalan di MAHA bersama mak dan abah, serta menghadiri setiap jemputan perkahwinan yang menerbangkan kad jemputan deme kat umah aku. heheheh 


kalau aku ada time time lapang aku mesti nak bukak beberapa blog favourite aku. hehe 




memula mesti nak kene  bukak blog Amjah dulu sebab blog die best! bukan sebab dia suke lucak lucah dengan sebut conec conec tu tau. tapi sebab story die slamber,besttt and FUNNY!.. 








then bukak pulak blog Nine sebab citer die cool je. macam tuan die. ikut pale die ah. jap jiwang jap baik jap senget. ha memana sesuai ah ngan die. 






pastu terjah pulak blog Hiro.blog ni aku suke baca sebab die menimbulkan rase berbunga dan rase nak gelak sikit sikit. sikit je tau! bile bukak je blog deme ni hati rase bessssssssssssssssssst je! haha banyak citer best yg boleh dibaca.






 then bukak pulak blog Incik Ben. sifu yang banyak bagi petua dekat blogger blogger baru macam aku. ekceh~ 


lepas tu terjah pulak blog blog rakan seperjuangan macam blog Cik MienApek and Si Gojes, eh tak lupe jugak Cik Lole, kawan masa kecik kecik tak suke main masak masak tau. kitorang ganas main tumbuk tumbuk. hahaha ;DD


itu antara blog blog favourite aku yang korang semua boleh kunjungi and follow deme tau! kompom tak nyesal. jumpa lagi di entry yang aka datang dengan lebih banyak senarai blog yang boleh korang lawati. hehe ;))




bye bye!

MY_MINUTES SURVEY

Assalamualaikum




hehe tanpa rasa segan silu nak buat Tag ni sebab bosan tak tau nak buat apa. nak post entry pun tak tau nak buat citer ape. sedih kan? haha anyway thanx to Si Gojes yg tag kan survey ini. :)



Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.
Starting time : 1 : 18 am, 01/12/2010


Name : NABILA HANI BINTI NIZAR
Brother(s) : I got 4 BIG brothers. hehe 
Eye colour : DARK BROWN
Shoe size : SEVEN or sometimes EIGHT. haha
Hair : LONG STRAIGHT and CURL. both!
Piercings : YUP! since 11 :)
Height : 5'3
What are you wearing right now : really have to know? -.-'
Where do you live : BANTING, KUALA LANGAT, SELANGOR
Favourite number : 1, 5, 6, 8, 9\
Favourite drink : ORANGE JUICE! yummy. so juicy! :)
Favourite month : JANUARY and JULY.
Favourite breakfast : mum's kuey teow. :)

-Have you ever-
Broken a bone : NO
Been in a police car : NO
Fallen for a friend : YES
Fallen for a guy/girl in a short period of time : YES
Swam in the ocean : errr..? haha
Fallen asleep in school : SOMETIMES. expecially during exam. haha
Broken someone's heart : YES
Cried when someone died : YES

Sat by the phone all night waiting for someone to call : SOMETIMES. 
Saved e-mails : YES
Been cheated on : YES. and its normal. people LOVE to cheat! S**T!

-What-
Your room look like : like it never been clean up by me for a year i guess. hahaha ;DD
What is right beside you : ENON. my new liltle sister :)
What is the last thing you ate : rice with fried chicken and mutton curry. yummy! :)

-Ever Had-
Chicken pox : i don't remember. 
Sore throat : YES. often! 
Stitches : NOPE.
Broken nose : NOPE.

-Do You-
Believe in love at first sight : i don't know. 
Like picnics? : YES. waterfall is the first choice then only it will be beach. last choice is swimming pool. does it called picnic too? hahaha ;DD shut up!

-Who-
Who did you last yell at? : ENON. because she is sooooooooo naughty. grrr~ 
Who was the last person you danced with? : WTF? never in my life! ok TIPU. adalah masa kat sekolah dulu. ok shut up again! haha
Who last made you smile? : ABAH and ENON. fighting about Abah who told Enon that he is Indian but then Enon didn't believe it. haha ;DD

-Final Questions-
What are you listening to right now? : sound of ENON snoring. haha
What did you do today? : PLAYING GAMES *noob*, HELP MY MUM WITH LUNCH AND DINNER, LAUNDRY STUFF, FACEBOOKING, BLOGGING, DOING THIS SURVEY. haha 
Are you the oldest? : NOPE! I am the YOUNGEST ok! hahha
Indoors or outdoors? : BOTH. soooooooo GOOD! 

-Today did you-
Talk to someone you like? : YUP!
Kiss anyone? : NOPE!
Sing? : ABSOLUTELY!
Talk to an ex? : WTF? NO WAY!
Miss someone ? : YUP! ♥ ♥ ♥
Eat? : YES, YES, YES. makan untuk gemok hidup...*kak nad, tiru tau! haha*

-Last person who-
You talked to on the phone? : EHEM BIN UHUK (^^,)
Made you cry? : EHEM BIN UHUK (T.T)
Went to the movies with? : EHEM BIN UHUK (^.^)
You went to the mall with? : EHEM BIN UHUK (^^,')
Who cheered you up? : DAD and ENON (^0^)

-Have you-
Been to Mexico? : NEVER T__T
Been to USA? : NEVER T__T
Been to Australia? : YES! BRISBANE, GOLDCOAST, SYDNEY and PERTH :)
Been to Europe? : YES! lot of places :)
Been to Korea? : YES! SEOUL :)

-Random-
Have a crush on someone? : YAH, but i have to stop this feeling. it driving me crazy! (0,0)
What books are you reading right now? : now? FACEBOOK! haha ;DD
Best feeling in the world : can't describe it cuz it soo GOOOD! :)
Future kids name? : TOP SECRET! 
Do you sleep with a stuffed animal? : NOPE! allergic..
What's under your bed? : nothing. 
Favourite sport(s) : BADMINTON. :)
Favourite place : ANYWHERE SMELL GOOD :)
Who do you really hate? : NO ONE. such a good-hearted person ok!
Do you have a job? : baby sitting. ENON dude!
What time is it now? : 1:52 am, 1/12/2010. happy birthday to anyone born today. haha ;DD



With however long it took you to complete this, post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 people. 

Guys, you've been tag! haha :)


and all blogger who interested in doing this survey :)


see you then! bye!