Followers

Thursday, October 14, 2010

sedarkan diri ini wahai insan

Assalamualaikum.

hidup penuh liku yang harus kita harungi. kau dan aku berbeza pandangannya. punya cita rasa yang berbeza serta pandang darat yang sangat tidak serupa. aku tak kaya. aku tak punya harta benda. yang aku ada hanya keluarga dan maruah diriku. meski terkadang timbul cemburu dalam hati melihat kau membeli itu membeli ini. aku masih dapat mengawal perasaanku. hidup ini bukan untuk dinikmati sehingga kita lupa apa yang wajib untuk kita laksanakan.

kau adalah sangat berbeza denganku. kau hidup dalam kemewahan. duit bukan masalah bagimu. bagi kau harta dunia itu untuk kau cari untuk kau simpan dan kau bawa mati. apa guna hidup andai kau punya rasa tamak dengan kekayaanmu? apa yang kau impikan akan terlaksana. kekayaanmu itu lambang simbolik hidupmu. sebut sahaja nama kau, semua orang pasti kenal. bangga sungguh kau dengan kekayaan kau itu. namun pernah kah kau terfikir untuk melaksanakan tanggungjawabmu terhadap wang yang kau ada?

walau aku hidup tidak sempurna namun aku punya kasih sayang. hidupku dikelilingi insan yang sangat pemurah dengan kasih dan sayang. sungguh kaya budi bahasanya. walau kadang kadang aku nampak kasar namun hati di dalam ini siapa yang tahu? sungguh aku bangga punya kasih sayang. punya kebahagiaan. punya insan yang sangat memahami dalam hidup ini. tidak memerlukan arahan tetapi segala tugas dilaksanakan.

kau punya apa? kau tahu apa itu erti kasih sayang? kau tahu apa itu budi bahasa? yang seringkali terpacul dari bibir munggilmu itu hanya kata kata kesat yang menyakitkan hati. kau tak pernah fikir perasaan mereka yang lainnya. bagi kau, kau berhak untuk berkata apa sahaja. mereka itu hanya pencacai yang kerja dibawah seliaanmu. kau namapak lembut dan cantik pada zahirnya. namun hati kau penuh hasat dengki dan iri hati. 

sahabat. teman teristimewa yang pernah hadir dalam hidupku. memberi makna yang sangat besar buatku. sahabat itu adalah antara manusia yang penuh dengan kesabaran. hanya orang yang sabar akan mempunyai sahabat. alhamdulillah. sahabat memainkan peranan penting dan sampai sekarang mereka masih ada bersamaku dan sentiasa memberi kata kata semangat untukku terus berjuang dalam mencari erti hidup. 

tapi kau? apa yang kenal? musuh? hanya itu yang ada dalam kehidupan seharianmu. hidup kau hanya dikelilingi musuh. yang berebut mencari kekayaan dunia. sementara. palsu belaka. menyesatkan orang orang yang taksub seperti kau. kau tak kenal erti sahabat. bagimu sahabat kau hanyalah wang. duit yang mampu membeli segalanya. hampa melihat nasibmu. tiada bimbingan. semakin terpesong dan semakin jauh dari jalanNya. 

wahai diri insan yang berperikemanusiaan. kau tunjukkanlah sahabatmu ini jalan yang benar. kau berilah tunjuk ajar pada dirinya agar die kenal erti hidup yang sebenar. tujuan hidup di dunia dan cara mencari jalanNya. meski hati terkadang terdetik "wahai diri, kau janganlah terlalai, anda sekali kau terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan, selamanya kau disitu." diri ini masih mampu mengawal hasutan hawa nafsu. andai suatu hari ku terperosok ke lembah itu, tolonglah diriku, bantulah aku dengan menyedarkan aku bahawa aku sudah jauh meninggalkan jalanNya. 


Astaghfirullahalazim :(

2 comments:

farhanim said...

hebad! i give u an A+ for dis :)

Bella ♥ said...

wau! i never though to get an A+ from a law student. ahahahaha
tQ dude! :)