Followers

Friday, October 29, 2010

kisah lama

Assalamualaikum.

hey. bila rasa ini kmbali tiada sapa mengerti. haha tetibe nak berkisah tentang kisah lama. kisah zaman muda muda. kisah waktu remaja. kisah sewaktu suka dan duka bersama.

sahabat sukar dicari. kalau ada sekalipun jauhnya tak terkira. jumpe dua tiga bulan sekali. sedih kan. dulu dekat. segala cerita suka duka gelak ketawa kongsi bersama. sekarang jauh. kalau nak cerita pun tunggu berbulan bulan lamanya. bila dah cuti tak cukup pulak masa nak cerita. haihh. bertangguh lagi hajat di hati. sedih kan?

dulu aku ada seorang sahabat. orangnya comel. tinggi. baik. suka pakai sweater. pemalu gitu. haha tapi sekarang dah tak lagi. tak tau kenapa. mungkin masa yang membuat hubungan kami terputus. atau mungkin juga kerana tiada keserasian antara kita. hey. tapi aku tak percaya. banyak rahsia kita kongsi bersama. banyak gila! tak terkata. segala cerita dari yg U ke 13PG smpailah ke yang tidak sepatutnya kami boleh kongsi bersama. takde pun rase yang lain. cool je. sampai lah satu saat. dia tinggalkan aku tanpa alasan dan sebab yang kukuh.

kadang kadang hati rasa rindu. rindu akan sahabat yang dulu boleh pergi tengok wayang sama sama. g tengok konsert sama sama. tapi sekarang? nak bertegur dalam FB pun susah. cano? haihh. bila tengok gambar dia terasa rindu. sahabat. kenapa kau pergi? aku disini masih menanti suatu hari nanti kau datang dan meminta kembali kenangan dahulu drpd ku. aduh~ aku tak boleh ah bila teringat benda ni semua. buat aku tacing.

kini aku masih seperti dulu. aku tak tegur dia bukan sebab ego. tapi aku malu. dia dah buang aku. tak kan aku nak terhegeh hegeh kat dia kan? semoga dia bahagia dengan apa yang dia ada sekarang. life is ain't easy to live without you. but i'll try. :)