Takdir Allah sebenarnya menenangkan jiwa. Saat nak tempuh segala dugaan hidup tu rasa tak kuat. Rasa lemahnya diri, rapuhnya jiwa, hinanya diri di sisi Allah. Aku. Hanyalah seorang perempuan biasa yang punyai kelemahan. Sehinggakan kadang kadang sempat menitiskan airmata atas kelemahan yang ada pada aku. Walhal airmata yang jatuh itu sepatutnya airmata keinsafan bukanlah airmata yg sia sia. Airmata yang dapat memadamkan bara api neraka. Airmata inilah yang menemani aku dikala aku keseorangan. Aku kalah dengan diri aku sendiri. Membahagiakan orang orang disekelilingku aku mampu, membuat mereka tak pernah kering gusi aku mampu, mencipta satu suasana yang hiruk pikuk, penuh dgn gelak tawa itu aku mampu. Itulah aku. Namun aku lemah, hilang segala tawa bila sedikit ujian Allah datang menguji. Apa lagi lah yang terdaya pada aku. Hanya airmata tak jemu jemu menemaniku.
Ya Allah, ampunkan segala dosa arwah ayahku. Dosa ibu ku yang melahirkan aku dan mendidik aku sehinggalah aku kenal erti dunia. Ampunkan dosa mereka yang punya pertalian darah denganku. Adik beradik yang aku sayangi, saudara mara, sahabat sahabat yang aku cintai. Ampunkanlah dosa mereka mereka yg telah pergi meninggalkan kita. Ya Allah Ya Rahman, Kau Maha Mengetahui segala apa yang aku rasakan. Aku yakin dan pasti KAU tidak akan memberi ujian pada mereka yang tidak kuat untuk menerima ujian MU itu. Ampunkan segala dosa dosa ku sama ada aku sengaja ataupun tidak Ya Allah. Kan ku panjatkan syukur atas segala ujian yg telah KAU berikan. Kerana dengan ujian ini aku semakin kuat untuk mengharungi hari hari mendatang.
Kepada yang pernah membahagiakan ku, terima kasih. Aku yakin dan pasti setiap yang berlaku ada hikmah. Kepada mereka yang sangat setia berdiri disebelahku tak jemu jemu menghulur semangat dan berdoa untukku, menceriakan hari hariku, melengkapkan segala jurang jurang yang ada, moga Allah membalas segala kebaikan kalian kelak. Kepada kekasih hati yang telah jauh berada di alam lain, Ayah, betapa kuatnya kasih sayangmu walaupun hanya aku merasai di dalam hati kecilku ini.
Bagiku, janganlah terlalu bersedih apabila ada ujian yang menyinggah. Takdir itu sebenarnya menenangkan jiwa. Percayalah. Meyakini takdir adalah sebuah semangat untuk mencari dan mendapatkan yang terbaik sehingga hati menjadi tenang dan tenteram kerana segala sesuatunya telah ditentukan olehNya. Tawakal dan yakinlah terhadap ketentuan Allah SWT dan apa yang telah ditetapkanNya. Sungguh, Allah Maha Agung, segala kebaikan itu dariNya.
Penulis import : Shila Shaharaman
Janganlah kau pernah bersedih.
Berdoalah hanya pada Tuhan.
Ketenangan pasti akan kau temukan.
InsyaAllah.
1 comment:
MasyaAllah...apa yg anda tulis sama dengan apa yg saya rasakan..semoga Allah memberikan kekuatan berupa keimanan kepada ibu adik kakak dan yg semua yg kita cintai..dan semoga ayah di tempatkan pada golongan orang2 yg shalihiin di alam sana..Aamiin.
Post a Comment