Assalamualaikum...
Hening malam yang sepi buat aku rindukan dia. Walau bermacam yang terjadi, walau berjuta kali berbalah, walau seringkali aku kalah. Tapi hati aku masih rindu. Hati aku masih sayang. Entah kenapa, setelah berminggu aku cuba cekalkan hati aku untuk kuat, untuk lupa semua kenangan dengan dia. Tiba tiba hati aku teringat. Hati aku rindu. Ya Allah. Kenapa cubaan begini kau turunkan untuk aku Ya Allah.
Memang semua orang nampak dia kasar dengan aku. Tapi kelembutannya hanya aku yang tahu. Memang mukanya nampak bengis, tapi manjanya aku yang tahu. Diluarannya badannya sasa umpama tidak pernah penat, tapi hakikatnya badannya letih. Benar aku rindukan dia. Kali ini aku bukan rindu perkara yang sering kami lakukan bersama. Tapi kali ini aku rindukan dia. Diri dia yang sebenarnya, Jiwa seorang lelaki yang pernah mencintai aku sepenuh hatinya suatu ketika dahulu. Tapi aku sia siakan. Katanya aku yang sia siakan. Sedangkan aku cuba buat yang terbaik untuk hubungan tersebut. Tapi salahnya tetap pada aku.
Aku rindu Ya Allah. Kau sampaikanlah pesan rindu aku ini kepadanya Ya Allah. Seumur hidup aku, tak pernah aku rasakan kasih sayang dari seorang lelaki sehebat dia. Tapi semuanya sudah terlambat untuk aku menghargai dan ucapkan terima kasih, kerana kini dia telah pergi. Pergi jauh dari diri ini. Pergi jauh meninggalkan aku, dan diri ini sudah pun dibenci.
Ya Allah, malam ini aku menangis Ya Allah. Setelah sekian lama airmata ini aku pendam. Akhirnya ia gugur jua. Setelah sekian lama aku berlagak kuat didapan orang ramai, akhirnya ia mengalir jua tika aku sendiri.
Ya Allah.. Hanya satu aku mohon padamu Ya Allah, kau kuatkan lah hatiku untuk menanggung rindu ini Ya Allah. Kau kuatkan lah juga hatinya untuk mengharungi pahit maung hidupnya yang aku sendiri tahu Ya Allah. Padamu kini tempat aku mengadu. Ya Allah, andai dia jodohku, kau rapatkanlah kami kembali. Tapi andai dia bukan milikku, kau satukanlah kami sebagai seorang sahabat tanpa rasa dengki dan iri dihati Ya Allah.
Aku terlalu menyayangi dirinya. Walau apa pun yang dikatakan orang, hanya aku yang tahu hatinya Ya Allah.
Ya Allah, kau lembutkanlah hatinya Ya Allah, kau jauhkanlah perasaan bencinya padaku. Kau jauhkan lah dari mindanya untuk menjadikan aku musuhnya Ya Allah. Ya Allah, andai aku pergi dulu, kau jagalah hambamu yang paling ku cinta itu didalam naunganmu Ya Allah. Kau berikanlah dia jalan dan rahmat yang kau redhai Ya Allah. Sesungguhnya tiada apa yang lebih ku pinta padamu melainkan untuk sentiasa menjaganya untuk aku.
Amin Ya Rabbal Alamin... :')
No comments:
Post a Comment