Followers

Tuesday, September 27, 2011

Adam VS Hawa

Assalamualaikum!


Al kisah tersebutla kisah... 


Jam menunjukkan tepat 12.34 tgh hari 26 September 2011... Pada ketika itu aku tengah mengadap exam paper Geo Fizik. Dengan penuh tekunnya aku memerah tenaga otak aku untuk berfikir dan mencari jawapan. Serayanya segala darah aku disalurkan ke otak tetibe timbul satu idea untuk update blog. Bangang ape kah ini? Tengah tengah jawab exam boleh ada idea nak update blog. waddefish? 


Lelaki! Yeahhhh! Lelaki ye ladies and 'gentel'men. Ada apa dengan lelaki? Inilah idea yang aku dapat semasa dan ketika itu. Zaman sekarang susah kita nak bezakan peranan seorang perempuan dan seorang lelaki. Kenapa? Sebab sekarang ni masing masing dah boleh buat apa yang spesis berlawanan buat. Perempuan masak, lelaki pun boleh masak bhai! Lelaki bos, pergh, perempuan pun jadi bos wehh...! Cuma satu je.. Perempuan boleh mengandung, lelaki belom boleh lagi. kehkehkeh


Di zaman yang penuh kemodenan ni, boleh dikatakan istilah "perigi pegi jalan jalan cari timba" dah HALAL diperdengarkan. Dialog zaman dulu berbunyi begini 


"kau ni timah, macam perigi cari timbalah!".. 
"woi bedah, jaga baik sikit mulut kau tu ye! takde insuran ke ape?" 

haaa ko! sekali mendapat! Tapi dialog zaman skang ni dah berubah...


"wei zetty, jom teman aku jalan jalan"... 
"ko nak pegi jalan jalan kemana ni lily?".. 
"alaaaa kau ni! JALAN JALAN CARI JANTAN!" (versi jjcm ye!)

Itu adalah suatu lumrah dan kenyataan zaman sekarang. Bukan aku nak mengutuk kaum aku sendiri, tidak sama sekali. Kita sama sama hawa, tapi ada segelintir kaum hawa atau golongan golongan hawa ini dilahirkan tanpa kemaluan. Kat mana hilangnya kemaluan dia? Tak rasa malu ke dok tergedik sane tergedik sini? Memang betul kata org kalau diorang mengeletis sekalipun, bukan susahkan kita. Memang tak susahkan, tapi memalukan. Korang yang kaum kaum hawa ni faham tak apa yang terbuku kat hati aku ni? Faham tak? 


Okay cukup pasal kaum hawa yang mengeletis dan memalukan. Kita cerita pulak pada topik asal. LELAKI. Ye, lelaki dijadikan untuk menjaga kehormatan seorang wanita. Wanita insan yang lemah, maka kaum adam yang gagah inilah yang seharusnya memberi perlindungan kepada kaum hawa. Tapi kebanyakkan kaum adam sekarang sudah tidak punya kewarasan akal. Susah nak cari yang baik, yang setia, yang ikhlas, yang jujur, yang sudi memberi pertolongan tanpa sebarang komplain. SUSAH SANGAT! 


Aku nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman aku selama berkenalan dengan MAKHLUK TUHAN PALING GAGAH ni... Lelaki ni ada bermacam macam cara dan alasan. Disebalik kelembutan dan kasih sayang yang ditunjukkan terdapat penipuan yang disembunyikan, manakala disebalik keegoan yang terserlah terdapat sedikit kelembutan yang hanya akan ditunjukkan setahun sekali. -_-' sedih betul.


Kepada kaum kaum hawa yang sedang mencari pasangan atau yang sudah pun punya pasangan, boleh aku tau apa yang korang tengok pada pasangan korang tu? Adakah rupanya? Atau agamanya? Disini tersenarai beberapa jenis lelaki yang harus korang elakkan. Jangan pernah terpedaya dengan tipu helah lelaki lelaki seperti ini.


Lelaki tak bertanggungjawab.
Apa makna lelaki tak bertanggungjawab? Yela, kalau dah buat salah pastu pegi blame orang lain, kan takde tanggungjawab tu. Korang bayangkan bf korang anak sulung, keje bagus, tapi mak ayah and adik adik terbiar. Sikit pun tanak bagi duit ke ape ke, jenguk ke ape ke. Sikit pun tak. Tapi korang separuh mati sayang kat bf korang tu. cis. bodoh apa kalian? Lelaki macam ni nak buat suami? Lupakan. satu hari nanti bila diorang dah bosan, korang pun akan menerima nasib yang sama tau!


Lelaki suka mintak duit.
Haaaaaa...ini yang paling aku tak berkenan. Lelaki mintak duit kat perempuan? Jadah ape kau! Kau jantan kan? Kau ada tenaga kedrat 4kerat tu gunalah! Takkan nak duduk rumah play with those balls kot? Adoi. Kalaulah kau dapat bf jenis dapat gaji je suruh korang simpankan and bila bf kau dah takde duit, die mintak kat kau. Tu lain cite bhai. Tu dah tentu tentu memang duit die. Dia cuma mintak kau simpankan je. Ni dah jenis mintak duit awek, pastu tak reti reti pulak nak ganti kan. Haaaa lagilah mintak lempang. 


Lelaki kaki maki.
Babi Bodoh Perempuan Sial Sundal dan sebagainyaaa... memang lah aku tak faham kenapa kaum adam ni kuat sangat memaki maki ni. yang tak boleh belah tu asal nak maki sebut perempuan punye. ape kau punya dah hilang ke?? grrrr~ Lelaki macam ni tak payahla. Jangan dibuat bf, apatah lagi suami. Kalau lelaki tu ikhlas la sayang kat korang, diorang mesti akan ubah yang buruk pada sesuatu yang baik. Kalau pun diorang penah termaki korang sebab geram sangat, korang tegur, pastu terus die dah tak sebut lagi, haaa itu kira bagusla. Maknanya laki tu sedar silap die. Tapi ada jugak laki, bila kita tegur jangan memaki maki sesuka hati, lagi seronok die maki kita balik. perghhhh! 


Itu antara list list lelaki yang harusla korg elakkan sangat sangat. Kita sebagai kaum hawa ni kene sentiasa berhati hati, sebab kaum adam ni gagah wehh! die ugut sikit kita dah cuak. mau tak cuak ko, tgkla ketul ketul kat lengan die tu. perghhh! tergugat mak nyah! HAHHA Okayla. cukupla setakat ni dulu. Nanti kalau aku ade idea lelaki yang mcm mana yang harus dielakkan aku update okay! HAHHA :DD 


kene off weh, mak dah bebel!


Sunday, September 25, 2011

:D :D :D :D :D :D :D

Assalamualaikummm! :D :D :D


Kelas kau jahhh! *tetibe HAHHA 


maafla anak anak ye. Harini aku macam terhappy pulak. macam kanak kanak ribena je aku rasa ni ha wehhh.


Ce korang nengok gambau kat bawak ni bebetul!


ilebiutu! kehkehkeh

Haaaaa kau.. Aku on je fb aku dah tak check noti dahh. Aku teros pegi profile. Tengok tengok de gambau ni. Pergh pergh pergh! Rasa seronok pulak kan? Ekekeke Comelll gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Benda ni dah siap, tinggal masa nak ambik je. Tak sabau! tak sabau! Cepatla rabu! 

Okay tu je aku nak bagitau. kehkehkeh

ps : kalau korang berminat nak beli bolster yang boleh ditulis tulis nama ni, boleh la add fb Elma Hafael. panggil je kak ema. die buat bolster, coklat, cupcakes, printed pillow, custamize puzzle, mugs.. aishhhh! macam macam la. kalau korang berminat sila la add dan tengok hasil hasil die. semua ada kat fb die. comel comel! :DDD


Ini antara hasil kerja tangan dia........... Lihatlahh hasilnyaa! ^^,


love shape bolster :)


long bolster :D


cupcakesssss! yummmyy


so sweettt! 


chocolateee! :D


okay cukuppp! kalau korang nak tengok lebih banyak lagi! jangan lupa add Elma Hafael okayyy! 


calobeteee! :D

Tuesday, September 13, 2011

Sekali Lagi.....

Dan sekali lagi kini aku disakiti. Oleh insan bernama lelaki. Kau datang bawa harapan padaku. Tapi kau bilang tiada peluang untukku. Tapi kelakuanmu sungguh berbeza dangan apa yang kau tuturkan. Kau melayaniku umpama bidadari. Kau memberikan aku senyuman yang terindah pernah aku lihat darimu. Kau renung tepat kedalam mataku. Kau tak pernah mengasari aku. Tapi kau bilang tiada peluang untukku.


Kenapa kau hadir dan memberikan layanan yang terindah dan kemudian kau tinggalkan aku dengan kata kata begitu? Kau bilang kau sayangkan aku, kau bilang kau tak mahu sakitkan hati aku. Kau bilang kau mahu segalanya menjadi rahsia, kau tak mahu aku tahu kerana kau tak mahu aku merana. Tapi sampai bila? Kenapa kau pendam segalanya? Kenapa kau tipu aku hingga akhirnya perbuatanmu terbongkar dengan sendirinya didepan aku? Kenapa?


Sudah berapa lama kita mengenali hati budi? Sudah berapa lama kau kukenali? Tapi semalam, bila kau tanyakan aku sudah berapa lama aku mengenalimu, dan aku bilang baru semalam, kau buat muka yang sebal denganku. Kenapa? Kenapa begitu? Apakah salah? Ya. Memang sudah lama aku mengenalimu, sudah lama juga aku simpan perasaan yang kau sedia maklum ini. Tapi hingga kini, kau masih tidak menerimaku. Kau biarkan aku tergantung disini. Kau biarkan aku bermain dengan perasaan sendiri melalui tingkah lakumu.


Semalam kau bilang tiada peluang untukku, tapi bila aku merelakannya kau bilang padaku jangan pernah putus asa. Yang mana satu sebenarnya dalam hatimu? Yang mana satu? Kau bilang kau sayang dia, tapi kenapa kau bersama aku? Kau bilang kau sayang aku tapi kenapa kau lebihkan dia? Kau kata kau sedang keliru dengan hatimu, tapi kenapa kau memilihnya? Dikala kau sedang keliru apakah kau mampu membuat pilihan dan kau membiarkan aku sendiri? Sampainya hati kau buat aku begini.




Dan kali ini, buat kesekian kalinya hatiku terluka lagi dan aku menangis lagi. Umpama cerita yang tak pernah tiada penghujungnya. Umpama sebuah cerita yang tidak menemui jalan bahagiaannya. Kenapa ini yang terjadi padaku? Kenapa ini yang kau beri padaku? Apakah selama ini tidak cukup apa yang aku lakukan untukmu? Apa selama ini hati aku tidak ikhlas menerimamu? Apa selama ini pernah aku merungut tentang dirimu? Pernahkah kau melihat aku berputus asa? Pernahkah aku pergi dari hidupmu walau bermacam kau lakukan padaku? Tapi pernah kau lihat itu? Pernahkah? 


Aku sepi lagi. Aku sendiri lagi. Aku disini masih menanti sesuatu yang belum pasti. Mungkin kau bukan untukku, tapi aku tak pernah mungkin mengalah.. Sekali lagi kini, aku disakiti... T.T

terima kasih kerana melukakannya berkali kali....

Thursday, September 8, 2011

I Follow You, You Follow Me! ^^, [WTH?]

Assalamualaikum!


Haaaa.. bertemu lagi kita dengan tajuk diskusi,




Seperti yang kalian sedia maklum dihujung tajuk aku harini ade tiga abjab yang telah dicapsLOCK dan dikurungkan. W T & H. Mengapakah abjad itu berada di situ dan apakah maknanya? Hehhe WTH membawa maksud, Wahai Teman Hidupku. Ekekeke okay aku tipu. Maknenyeeeee... korang sendiri paham la weh! -..-


Okay back to the topic yg mukadimahnya berjela tu.. Prinsip I Follow You,You Follow Me atau nama manjanya MEMBUNTUTIMU kini kian glemer diarus permodenan dunia blog. Ianya adalah tersangat glemer dikalangan newbie yg sedang berjinak jinak dengan binatang bergelar blog ini. Persoalannya disini, mengapakah prinsip membuntuti ini diikuti? Adakah kerana ianya glemer seperti abam Hiro Akal Tunjang?


Mengikut kefirasatan aku, prinsip ini diikuti kerana ia merupakan salah satu trend, cara dan langkah untuk menambahkan bilangan follower. Tapi sedarkan wahai newbie bahawasanya trend ini amat menyebalkan? Pernahkah kalian terfikir bahawa trend ini hanya diikuti oleh manusia yg berakal genap iaitu 2, 4, 6 dan 8? 


Walaupun sesungguhnya blog aku ni hanya mempunyai pengikut yang sedikit tapi aku tak pernah ngeluh pun weh! tak penah pun suruh suruh orang follow blog aku! haaaa... tengok! Ini adalah kerana :- 


i. Blogger bijak hanya follow blog yang berilmiah dan separa lawak, separa jenaka. Serta tidak mempunyai iklan yang berduyun duyun. 

ii. Blogger bijak tidak akan membuntuti blog yang menyuruhnya untuk membuntutinya. Kehkeh. pening.

iii. Blogger juga mempunyai taste yang berbeza. Aku suke cheese, korang suke petai. Kan lain kan?

iv. Blog aku tak sedak sebab tu tak ramai follower. T.T *aku sedar diri, sekian!

Jadi dapatlah kalian tuan tuan, puan puan, anak anak dan adik adik yang dikasihi sekalian memahami kenapa trend membuntuti tidak sepatutnya diikuti. Terdapat 3 jenis blogger yg telah pun aku kenalpasti buat masa ini. BUAT MASA INI! antaranya ialah :-


i. Blogger Tegar : Up entry sehingga 5,6 kali mengalahkan berak manusia normal. Berblogjogging secara pantas atau slow motion lalu meninggalkan komen dan membuntuti tanpa berfikir panjang.

ii. Blogger Bebal : Up entry ikut suka makcik tiri dia punye sepupu. Mungkin seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau mungkin sekali seumur hidupnya. Super-sonic-blog-motion-walking dengan hanya meninggalkan nota kaki yang berbunyi "Salam Ziarah, nice blog! I follow you, don't forget to follow me!" tanpa membaca sebutir haram pun perkataan dalam blog tu dan dan dan, dia tak follow pun blog tu sebenarnya... -oo-

iii. Blogger Pemalu : Up entry hanya bila ada mood atau idea. Blog walking dengan penuh dedikasi dan istiqomah. Tapi tidak mahu meningalkan sebarang jejak kerana takut dikesan oleh Bahagian Forensik. ^^,"

Berdasarkan 3 jenis blogger yg telah aku kenalpasti BUAT MASA INI, blogger ketegori nombor 2 adalah kumpulan yg kerapkali mengikuti trend bontot membontoti ini. Dan kebanyakkan daripada mereka adalah remaja yang belum cukup matang dan berkemungkinan besar berakal genap. Kehkehkeh


Pesanan aku buat semua blogger blogger bebal, bakal bakal blogger, dan peminat peminat blog sekalian, diharap agar korang menghentikanlah prinsip MEMBUNTUTI yang korang follow sekian lama tu. Ini adalah kerana, ianya adalah sangat merimaskan dan menyemakkan pemilik blog utk membuat keputusan sama ada nak follow balik ke tanak blog korang tu. dah macam paksaan tahu! grrrrrrr~ 


Sekiranya korang nak blog korang DIBUNTUTI, up la entry yang best, berilmiah, mempunyai unsur jenaka + lucahs dan selalulah melawat blog blog lain dengan hati yang ikhlas dan tinggalkan nota kaki, bukan bau kaki. Paling penting, jangan sesekali semakkan chatbox dengan kata kata seperti :-


I FOLLOW YOU! YOU DON'T FORGET TO FOLLOW ME BACK! ^^.

 *mcm mintak lempang je wehhh!

APE PUN TAK BOLEH!

Assalamualaikum!


wah! dah sepurnama merindu bak kata Dato Siti Nurhaliza aku meninggalkan dunia berblogging ni. kehkehkeh kalau up entry pun semua stok sekadar ado. yang ado. aku rasakan semenjak dua menjak tiga menjak ni, otak aku blur. tatau la kenapa. nak kata dok pikir pasal stpm sgt tak adola pun. nak kata pikir pasal masa depan pun tak la sgt. aku sendiri blur. tapi asal aku bukak blog nak up entry je mulalah kepala pening pening lalat. ape pun tak boleh la wehh!


hahha harini sebenarnya aku update semata nak cite kat korang yang aku baru je start percubaan STPM aku. yg paling penting aku dah setel exam utk paper selaras satu Selangor iaitu paper separa killer Pengajian Am. haaa.. nak cite kat kau, paper ni mmg killer nak mati. ko nak tau knp? sebab arahan. aku rasa dalam subjek ni benda yg penting kau nak kene paham adalah arahan soalan tu. bukan die punye essay tau, tp die punye arahan. haaa.. kau silap je baca arahan, habisla graf kau tunggang tebalik, pola kau cerca merba, muke kau pucat lesi tgk jam tinggal sejam setengah. homaigood! ko hengat cukup ke tiga jam tu nak buat semua ha? memang aku tabik spring kalau korang sempat. tp aku tgk budak budak aku ni, ade yg terlebih sempat sampai sempat tido. itu lebihh.


ni adalah rupa graf yg sebetulnya....


malas nak warnakan...... 


manakala, ini adalah rupa graf yg aku buat... -..-


rupe je cantik, tapi SALAH!


Lihatlah perbezaan yang sangat ketara itu ye. apakah perasaan anda sekiranya anda mengalami situasi diatas? adakah anda akan membunuh diri? Beri cadangan... 




-..- tensi mak nyah!
sekian..