Followers

Friday, October 29, 2010

kisah lama

Assalamualaikum.

hey. bila rasa ini kmbali tiada sapa mengerti. haha tetibe nak berkisah tentang kisah lama. kisah zaman muda muda. kisah waktu remaja. kisah sewaktu suka dan duka bersama.

sahabat sukar dicari. kalau ada sekalipun jauhnya tak terkira. jumpe dua tiga bulan sekali. sedih kan. dulu dekat. segala cerita suka duka gelak ketawa kongsi bersama. sekarang jauh. kalau nak cerita pun tunggu berbulan bulan lamanya. bila dah cuti tak cukup pulak masa nak cerita. haihh. bertangguh lagi hajat di hati. sedih kan?

dulu aku ada seorang sahabat. orangnya comel. tinggi. baik. suka pakai sweater. pemalu gitu. haha tapi sekarang dah tak lagi. tak tau kenapa. mungkin masa yang membuat hubungan kami terputus. atau mungkin juga kerana tiada keserasian antara kita. hey. tapi aku tak percaya. banyak rahsia kita kongsi bersama. banyak gila! tak terkata. segala cerita dari yg U ke 13PG smpailah ke yang tidak sepatutnya kami boleh kongsi bersama. takde pun rase yang lain. cool je. sampai lah satu saat. dia tinggalkan aku tanpa alasan dan sebab yang kukuh.

kadang kadang hati rasa rindu. rindu akan sahabat yang dulu boleh pergi tengok wayang sama sama. g tengok konsert sama sama. tapi sekarang? nak bertegur dalam FB pun susah. cano? haihh. bila tengok gambar dia terasa rindu. sahabat. kenapa kau pergi? aku disini masih menanti suatu hari nanti kau datang dan meminta kembali kenangan dahulu drpd ku. aduh~ aku tak boleh ah bila teringat benda ni semua. buat aku tacing.

kini aku masih seperti dulu. aku tak tegur dia bukan sebab ego. tapi aku malu. dia dah buang aku. tak kan aku nak terhegeh hegeh kat dia kan? semoga dia bahagia dengan apa yang dia ada sekarang. life is ain't easy to live without you. but i'll try. :)

love sick :'(




saya rindu dia. :'(

Thursday, October 28, 2010

T datang kembali.

Assalamualaikum. 


apa itu T? T adalah TIRED. sorry ah. harini nak citer semua direct je. malas nak buat ayat bunga bunga.

today i'm tired of everything.

tired of typing.

tired of reading.

tired of writing.

tired of thinking.

tired of hoping.

tired of pretending.

tired of looking into someone.

tired of telling lies.

tired of eating.

tired of drinking.

tired to take a bath.

tired to school.

tired to stay at home.

tired to tell you this.

did you know that? 

F**K!

okay that's all. bye. 


Harmoni Aidiladha

Assalamualaikum...

hey..entry kali ni just nak invite korang follow aku...pi mana? pi sini haaa...






Meet Inteam and UNIC at 
Prince of Songkla University,Pattani campus,Thailand.
Live in concert " HARMONI AIDILADHA 1431"
On Saturday (27/11/10)



jom la kita meramaikannya. ehehehe



Wednesday, October 27, 2010

SPA interview

Assalamualaikum pembuka bicara... :)

heheheheheehheheheheheheheheheheheheheheheheheheheheh............
hanya itu yang mampu ku luahkan. haha macam bodo je intro aku an? aku tau! haha

semalam abang aku antar pi umah abang aku yang sorang lagi at putrajaya. ceh! konon prepare nak pi interview harini lah tuh. haha poyo je kan? excited gile sampai lupe isi borang. dah sampai putrajaya lah baru teringat sijil sijil bagai. haaaa...tu lah. da tua sangat. choy~

pukul 6.45am dah naik bus da pi jpj ngan kak ipar. then lepas punch card kami pun berjalan kaki ke bangunan SPA. jangan risau. tak boleh kurus jauh pun. hahaha sampai sampai je depa suh pi naik tingkat 6. dah sampai tingkat 6 kene pi tingkat 9 pulak. hadoi~ cube bagi info tu bebetul sikit! gigit kang nak? haha sampai je tingkat 9 terus masuk bilik mesyuarat dok jawab paper business minat. dah macam kat bilik kaunseling je aku rase. haha orang lain semua jawab 40 minit aku jawab 20 minit je. haha

then tros pi turun tingkat 6 balik and masuk dewan temuduga. kami kena dok bagi surat tawaran tu and tunggu sampai die bagi nombor. dah dapat nombor kena tunggu lagi pulak sampai nombor tu naik. haihh. aku sabar je kot! nombor bertuah saya adalah A0111. haaaaa...baik punye nombor.
**tak reti reti g magnum? mana tau kot naik nombor ni. ahahaha**

dari pukul 8.40 sampai pukul 12.20 barulah nombor aku dipanggil. baik punye cuak ko tau! 3 kali kluar masuk toilet tunggu nombor naik punye pasal. haihh. dah masuk bilik interview tu ok je. biase biase je soalan yang die tanya. tak susah pun. yang aku menyirappp tuh. aku tunggu setiap sorang tok masuk and di temuramahduga is about 30 minit sorang. sampai time aku je tak sampai 10 minit pun. hagak hangin jugak ah. aku tunggu lama lama pastu korang interview aku tak sampai 10 minit? WTH! dari cara die cakap and cara die menemuduga aku macam main main tu menunjukkan jawapan yang negatif pada aku. cam tak layak je nak dapat kan. haihh direct je la lain kali makcik. cakap je "awak tak cute, kami taknak amik awak. sila keluar" haaaa..kan senang cakap cmtu. takdelah aku waste time giler babeeeeng kan? dok rumah tido lagi bagus tau!

haihh. anyway. aku ade gak la experience ditemuduga ni walaupun cam hampehhhh~ dah la tanya soalan yang takde kena mngena. kalau ade pun bape soalan je. yang lain seboooooookkkk die ajak borak. gatai!
hurmm..ok lah. mau tenang kan jiwa. tata! :) sama sama kita tunggu 29 Nov ni keputusannya sama ada diterima atau tidak ok? :)

Monday, October 25, 2010

Graduation Day...:)

Assalamualaikum... hai hai!


wah wah! penat nyah! sabtu busy with preparing. ahad pula busy with the activity. activity apa? alaaaa...korang ni. graduationlah. hehe anyway the event is going just fine as we plan. Alhamdulillah disaster happen tak kelam kabut sangat. the host are the best! ahahahaha thanks to apek, jess and me. eheheh ;pp sebok je. actually my job is to be a photographer. but then im tired off handle those camera's thing and i just let rahim handle. hahaha tension je die sebab aku tak charge pown camera tu so he was like, "nabila batery habis!" ahahaah every ten or five minutes die pown pergi charge then pasang balik, charge and pasang lagi then charge again and pasang lagi. ahaha bengong kan?

ok ok. the activity is going like this...:-

1.30pm : pendaftaran.
2.00pm : persembahan pembukaan by Arches kot i dont really remember their names. hehe




2.15 till 2.45 : bacaan doa and ucapan by big boss and the big big jawatan tuh. heheh
                      cik mien pown membebel berucap ok,,jangan jeles! haha

then diteruskan with makan makan session pastu penyampaian sijil. then persembahan by special guest kami iaitu BAND DIARY. :)




Seterusnya activiti kami diteruskan dengan sesi cabutan bertuah. 8 hamper dipertaruhkan. ehehehe takde kereta maaf. budjet lari lari tak boleh nak kejar tak larat. then kitorang ade sesi prince and pincess. wah glammm gitu kan? orang lain sume panggil king and queen. tapi kitorang tak mau! dah boring katanya. so we make something different. ehehehe ade 3 ketegori yang diaplikasikan. ehehehe

GURU : PRINCE dinobatkan kepada En. RAHMAN. :) manakala PRINCESSnya pula adalah Pn. HAMIDAH! :)

UPPER6 : PRINCE dinobatkan kepada AMY WAGI manakala PRINCESSnya adalah NADHIRAH SHAMSUDDIN ! :)

AJK MPP '10 pun ada! : PRINCE dinobatkan kepada MYRUL MESTAR manakala PRINCESSnya pula adalah YASMIN JAAFAR! :)

hahahahah ramaikan? masing masing dapat pakai crown tau! except for teachersla. kitorang bagi hamper. sebab last minutes punya idea. ehehehe ;pp

then teruskan activity with persembahan and tukar tukar gambar. sesi fotografi and finish up with some kata kata peransang kepada mereka. the event finish dalam 5.30pm. coz dalam invitation card kitorang tulis 5.30pm pun. then kami yang kebuluq nak mati pasai tak makan ni pun melatak lah beramai ramai. ehehehe lepas settle everything kitorang pack barang barang semua then balik! :)

anyway, kami sangat berpuas hati dengan event kami. segala penat lelah kami membuahkan hasil thank you guys. korang banyak bagi kerjasama. nanti kita pi holiday sama sama naaaa! eheheheh ;pp


MPP '10 :- 
min,
 apek, 
jess,
rehka, 
bala, 
ong, 
ayien,
 mira, 
nabila,
 nazri, 
ogy,
 beeha,
 apip,
 merra,
 pirasanth,
 ijan & 
rahim

Saturday, October 23, 2010

BZest moment ever!

Assalamualaikum. hai hai. wah! harini sy berblogging mengunakan pc pulooook. hahaha salu gne laptop je kan. haaa... harini kita beralih arah jap. bukan berpaling tadah ok! :))


harini hari sabtu, esok ahad. and the big day is TOMORROW ! gentar sangat. tak taula apa rupanya hari yang akan dtg tu. macam mana rupa majlis tu and macam mana ia akan bergerak kita sendiri pun tak tau. yang aku tau hanya berdoa agar tomorrow everything gonna be disaster just fine! yeay! hahahaa


harini aku settle edit gambar dak dak upper yang nak diberi kepada mereka. but then, tak cukup. sebab ramai gak new student this yeay.. soooo i was thinking off takpe just give mana yang ade..sape yang tak ada tu we will do a special shooting after this.. haaa....brilliant tak? ahahaha mesti yang lain jeles kan? ahahahaha ;pp 


semalam bertungkus lumus kat rumah beeha siapkan cupcakes and all the gooooodybag stuff. harini patutnya da settle. tapi tgh tunggu gambar and kain sulam yang kitorg order tak siap2 lagi tu... hahaha yang paling pentin malam ni nak pergi Central Market nak amik button yang kitorang dah order tu.. tak tau lah apa rupanya. design pun cikai cikai je. hahaha cantik tak cantik belakang citer. yang penting benda tu ada. yang penting tulisan atas die tuh! hahaha MAJLIS GRADUASI...haaaa...takde benda tu nangis korang korang ni ha.. hahahah 


esok maybe pergi ngan Min. nak pergi naik kereta sendiri bukan tak boleh tapi risau kalau kalau mati tgh jalan sebab bateri bukan helooook sangat. aku pun tak tau knp bapak i tak nak tukar bateri tu. die memang taknak bagi anak die lenjan kete die kot. ahahha bijak sungguh abahku ini. esok pagi pagi dah nak g serang Concorde Inn tu. nak g hias cantik cantik sampai takde rupa ballroom lagi dah. hahaha kitorang buat hala hala zoooooo negara gitu.. baru gempak kan? haha musti semua terkujat lantas lari.. haaa..hape lagi. kite bernasyid hoyeay hoyeay la kat dalam tuh. ahahahha **ok choop choop,,otak tak center** ahahah


soooo guys,, doakan aktiviti kami esok berjalan lancar ok! semoga apa yang kami lakukan dan laksanakan ni berbaloi dan meninggalkan sejuta seribu kenangan pada mereka mereka semua. ehehehe :pp

Thursday, October 21, 2010

Tentang AYAH :')

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..


Sunday, October 17, 2010

joommmm LIKE LIKE!

hey hey. Assalamualaikum.


hehehhe harini masuk lah ke blog Si Gorgeous then tengok die join satu contest. tengok contest tu sangat menarik, kebetulan pulak saya mmg pakai OXY, sooo, tak salah untuk kita pun masuk btanding jugak kan? ehehehe 


**pssssttttt~ k.nad, ni bukan cabaran.
ni saingan sihat.eheheh**

jadi korang korang semua jangan lupe tgk gambar tu and klik LIKE ok. kalau menang aku belanja! ehehehe ;DD


here it is to see and to LIKE LIKE  OXY Share Your Joyous Moment Contest!

Friday, October 15, 2010

andai aku tersilap, maafkanlah :(

Assalamualaikum.

minggu ni post semua ala ala tacing kan. maafla. maybe effect demam kot. dari tajuk kite dah tau betapa sedih rasa hati. kadang kadang mereka tak faham. apa yang aku lakukan bukan sebab nak tunjuk aku ni hebat. tak pernah terlintas di hati niat macam tu. apa yang aku lakukan selama ini adalah sebab aku tahu aku boleh dan selagi aku mampu selagi itu aku bantu. tapi mereka semua tak faham. mereka anggap aku BERLAGAK BAGUS. walhal sebenarnya aku mahukan yang terbaik tuk mereka semua.

bukan paksaan yang aku cuba sampaikan, tapi rasa tanggungjawab. aku sedih bila semua kata nak blah. aku sedih bila semua putus asa. aku sedih bila semua rasa down. bila mereka rasa perasaan tu, aku pun turut rasa. di depan mereka aku kuat. aku terima segala apa yang mereka cerita. tapi bila sampai rumah bila masuk bilik mengadap pulak bantal peluk panjang aku tu buat aku rasa nak menangis mengenangkan betapa sedih dan gusarnya hati mereka.

sebagai salah seorang ahli yang memegang jawatan kecil. aku tak pandang pada jawatan aku, aku pandang pada tanggungjawab aku. bila kenang balik semua kata kata orang orang yang tak ada dalam organisasi kita ni rasa nak maki je. mulut senang cakap. tapi cuba diaorang masuk dan buat kerja kami. boleh tahan ke beban yang terpikul. aku selalu cakap usaha. usaha sampai dapat. dapat sikit pun jadilah asalkan dapat. jangan tak usaha lepas tu mengeluh. aku tau memang susah nak dapat apa yang diaorang impikan. tapi kita sedaya upaya akan cuba.

aku tak suka bila ada orang yang paksa paksa kami macam kami ni tak buat keje. bukan kami tak buat kerja, tapi bukan senang kan nak mintak duit dekat orang? kalau kami anak orang kaya, kami takkan bersusah payah sebegini. macam macam inisiatif yang kami lakukan. hanya tuk mendapatkan duit tuk menampung majlis yang kami buat untuk siapa? untuk diorang kan? maaflah kalau kami ni tak reti jalankan tugas. tapi kami dah cuba sedaya upaya. kalau kau tak suka cara kami bekerja kau buat majlis ni sendiri. kau cari duit sendiri. kami tahun ni nak cuba buat yang terbaik untuk diaorang, tapi disebabkan oleh kau seorang membuatkan kami patah semangat dan terasa seperti hendak lari dari semua ini. semua dah down. semua rasa sedih.

apa yang harus kau lakukan adalah bagi kami semangat. bukan marah kami macam kami takde hati. kami pun manusia. kami tahu apa yang kami lakukan. tapi kau tolonglah jangan main mainkan kami. mana janji yang kau katakan dulu? kenapa segala kata kata kau tak boleh pakai? kenapa masa kami dah mengharap sangat tentang perkara tu dan kau tiba tiba katakan tidak? betapa hancur dan sakitnya hati ini hanya tuhan saja yang tahu. dari saat itu, aku sangat benci melihat muka kau. kau buat aku benci pada kau yang cakap tak serupa bikin. kalau kau bagus kau buat. kalau kau rasa kau boleh buat segalanya perfectly, kau buat sendiri dan jangan harapkan kami.

maaflah. bukan niat hati nak berkasar bahasa. tapi hanya untuk meluahkan rasa. rasa sakit dihati apabila dipermainkan dan diperbodohkan. rasa nak maki tapi hati senyap dan biarkan segalanya berlalu. let bygone be bygone. sekarang aku dan mereka akan berusaha untuk melakukan yang terbaik. andai berlaku kekurangan, kami mohon maaf. tapi aku minta maaf pada kau, aku tak boleh tengok muka kau lagi disitu. cepatlah kau pergi dari tempat itu. rasa benci itu bukan ku pinta, tapi setelah kata kata itu dikeluarkan membuatkan aku benci pada kau. maaf.

:( :( :( :(

Kepala berat.


Badan tak sedap je.


Terasa panas and sejuk all the time.

Tekak peritttt.



tanda tanda DEMAM.

Thursday, October 14, 2010

sedarkan diri ini wahai insan

Assalamualaikum.

hidup penuh liku yang harus kita harungi. kau dan aku berbeza pandangannya. punya cita rasa yang berbeza serta pandang darat yang sangat tidak serupa. aku tak kaya. aku tak punya harta benda. yang aku ada hanya keluarga dan maruah diriku. meski terkadang timbul cemburu dalam hati melihat kau membeli itu membeli ini. aku masih dapat mengawal perasaanku. hidup ini bukan untuk dinikmati sehingga kita lupa apa yang wajib untuk kita laksanakan.

kau adalah sangat berbeza denganku. kau hidup dalam kemewahan. duit bukan masalah bagimu. bagi kau harta dunia itu untuk kau cari untuk kau simpan dan kau bawa mati. apa guna hidup andai kau punya rasa tamak dengan kekayaanmu? apa yang kau impikan akan terlaksana. kekayaanmu itu lambang simbolik hidupmu. sebut sahaja nama kau, semua orang pasti kenal. bangga sungguh kau dengan kekayaan kau itu. namun pernah kah kau terfikir untuk melaksanakan tanggungjawabmu terhadap wang yang kau ada?

walau aku hidup tidak sempurna namun aku punya kasih sayang. hidupku dikelilingi insan yang sangat pemurah dengan kasih dan sayang. sungguh kaya budi bahasanya. walau kadang kadang aku nampak kasar namun hati di dalam ini siapa yang tahu? sungguh aku bangga punya kasih sayang. punya kebahagiaan. punya insan yang sangat memahami dalam hidup ini. tidak memerlukan arahan tetapi segala tugas dilaksanakan.

kau punya apa? kau tahu apa itu erti kasih sayang? kau tahu apa itu budi bahasa? yang seringkali terpacul dari bibir munggilmu itu hanya kata kata kesat yang menyakitkan hati. kau tak pernah fikir perasaan mereka yang lainnya. bagi kau, kau berhak untuk berkata apa sahaja. mereka itu hanya pencacai yang kerja dibawah seliaanmu. kau namapak lembut dan cantik pada zahirnya. namun hati kau penuh hasat dengki dan iri hati. 

sahabat. teman teristimewa yang pernah hadir dalam hidupku. memberi makna yang sangat besar buatku. sahabat itu adalah antara manusia yang penuh dengan kesabaran. hanya orang yang sabar akan mempunyai sahabat. alhamdulillah. sahabat memainkan peranan penting dan sampai sekarang mereka masih ada bersamaku dan sentiasa memberi kata kata semangat untukku terus berjuang dalam mencari erti hidup. 

tapi kau? apa yang kenal? musuh? hanya itu yang ada dalam kehidupan seharianmu. hidup kau hanya dikelilingi musuh. yang berebut mencari kekayaan dunia. sementara. palsu belaka. menyesatkan orang orang yang taksub seperti kau. kau tak kenal erti sahabat. bagimu sahabat kau hanyalah wang. duit yang mampu membeli segalanya. hampa melihat nasibmu. tiada bimbingan. semakin terpesong dan semakin jauh dari jalanNya. 

wahai diri insan yang berperikemanusiaan. kau tunjukkanlah sahabatmu ini jalan yang benar. kau berilah tunjuk ajar pada dirinya agar die kenal erti hidup yang sebenar. tujuan hidup di dunia dan cara mencari jalanNya. meski hati terkadang terdetik "wahai diri, kau janganlah terlalai, anda sekali kau terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan, selamanya kau disitu." diri ini masih mampu mengawal hasutan hawa nafsu. andai suatu hari ku terperosok ke lembah itu, tolonglah diriku, bantulah aku dengan menyedarkan aku bahawa aku sudah jauh meninggalkan jalanNya. 


Astaghfirullahalazim :(

Wednesday, October 13, 2010

bila rindu

Assalamualaikum. :)


dikeheningan malam. 
termenung ku berseorang.
tak lena mata dipejam.
terdengar suara terngiang.
suara merdu yg disayang.
bagaikan didepan mata.
ku capai tapi tak kena.
sukarnya memendam rasa.
ingin ku luahkan kata.
bila rindu.
terkenangmu sayang terasa sayu.
syahdunya jiwaku bila malam.
makim kelam.
jauh terbang diriku melayang.
bila rindu.
sentuhanmu kurasa sayu.
inginkan jiwamu selubungi jiwa ini.
bawaku dalam pelangi.
merentas kasih sejati ini.



bila saya rindu die 
sy tatap gambarnya untuk seminit
dan ucapkan terima kasih serta syukur pd tuhan 
kerana sy ada dia.. :))



Friday, October 8, 2010

PRANK!

BODOHLA!
aku kene PRANK!
arghhhhh!

da cukup
bye bye.

Thursday, October 7, 2010

Pesanan From Bapak

Kepada Bf anak aku, 

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.



Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.

keTENSIONan melanda!

Assalamualaikum! 



aaaarrrrgggghhhhhh!
 post kali ni mmg nak luahkan rase hati. haihh tension giler! serious. sape nak terase,terase la ae. aku cume nak luahkan perasaan and aku tak rase pulak yang aku ni mengganggu sesiapa. aku tak bising depan kau. aku bising depan laptop aku je. so KAU senyap! 


tension tak korang bila korang diberi satu tugasan yang besar and ada je yang BAGUS and aturkan everything yang korang sepatutnya buat? bengang kan? yela. kalau ikut plan. everything yang kitorang rancang is going fine. but then last minute lain lak citer die. pergh! aku punye frust tahap nak terjun bangunan dah. aritu cakap lain. arini cakap lain lak an? bengang ah member! betul betul macam ****** urgggghhhhh! 


pastu lak dapat lagi satu citer dalam hari yang same. citer tentang ehem dengan ehem yang memang dari dulu tak ngam. aku bukan ape. kadang kadang kan. rase cam bengang ah jugak kan. citer lame korang takyah la bawak masuk sekolah ni. dah lepas uh lepas jela. baik baik tak leh ke? memang tak leh la ae? ceh~ pastu yang paling tak syok uh sume nak belah. aku sedih giler doe. sebab aku rase ehem tu baik sebenarnya walaupun die pandang darat yang berbeza. tapi yela. tengok care die. berkaliber pe! tapi semua orang pun nak cakap buruk je pasal die. serious la aku frust! 


pastu yang si ehem yang bermasalah ngan si ehem atas ni plak lain citernye. aku tak tau la ape situasi sebenarnya. tapi mengikut kefahaman aku. selagi ade si ehem ni. selagi tu la semua orang dalam organisasi ni nak belah. kesian doe. orang sume taknak stay sebab ade DIA! adoi~ yang dia ni pulak macam bagus je kan. buat muke tak bersalah je all the time padahal hakikatnya hampeh! citer berapi. tapi bodoh gak kadang kadang die ni. citer kat aku lain. pastu citer kat orang lain, lain pulak sinopsisnya. ape citer? nak tipu kitorang? heh! memang TAK LA! KAU ingat kitorang ni budak budak ke? kalau dulu mase kau form4 form5 nak citer gedung cam tu bolehla. skang ni dah PRA U la weh. matang ah sikit. kau ingat orang semua nak amik tau ke pasal hidup kau? pasal pakwe kau? pasal duit kau? pasal kete kau? yukkkks! tak paya citerla. benda tu sume bukan gune duit kau pun. kalau takde la bapak kau tu. satu ape pun kau takde la. nasib la aku ni takde kuase. kalau aku ade kuase dah lama aku jadikan die batu! bengang sungguh. bukan niat nak menyakitkan ati sesiapa. tapi die tak pernah sedar tau selama nih. dia piki dia bagus je all the time padahal hampeh giler. susah doe kalau jadi perempuan yang perasan bagus nih. konon low profile la dengan jalan lenggok kau tu. eyuuuuh! tetibe rase meluat pulak kan. ergh! 


sekarang ni aku tengah piki care terbaik tok settlekan hal ni. bukan ape. tak lame lagi dah ada event besar. sesi cari duit belum selesai lagi. banyak lagi yang kite nak kene bincangkan. dak dak sume pulak macam malas je dah nak datang meeting. adoi~ weh. aku tau la korang terbeban sebab susah nak cari duit kan. masalahnya bukan korang je weh. aku pun kene cari jugak. tapi aku taknak la dengar korang mengeluh. bila dah mengeluh tu, sume benda pun susah nak jadi. kene la cari inisiatif. kita buat ni pun nanti ade balasannya kan? kite buat bukan tuk suke suke weh. nanti satu hari penat lelah kita mesti membuahkan hasil. aku harap sangat korang semua janganlah mengeluh weh. tolong la kita same same usaha cari duit tu sampai dapat, sampai cukup then selesai kan aktiviti ni dengan rase puas hati dan gembira. and yang paling penting. TANPA HUTANG!


Wednesday, October 6, 2010

Keindahan Luar Sedar. ♥

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


  cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)


Tuesday, October 5, 2010

:) :) :) :)

assalamualaikum...


hari ni hari yg menggembirakan. :)) baru je dapat tawaran drpd SPA.

Jawatan : Latihan Penolong Pegawai Farmasi.


Kementerian : Kementerian Kesihatan Malaysia.


Tarikh : 27 Oktober 2010


Masa : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi ( Peperiksaan Khas )
            9.00 pagi ( Temuduga )


Tempat : Dewan Temuduga, SPA, Putrajaya.

so amacam? pergi ke tak pergi? heh! mestilah aku nak pergi! peluang ni tau. lepas belajar terus keje. mana nak dapat? dah la belajar free lagi. haaaa..dapat elaun lak tu bulan bulan. ingat senang ke? ermm..so doakan lah aku dapat buat yang terbaik tok interview ni ok? harap harap dapat dipanggil terus tok belajar kat sane nanti. tak sabar rasenyer. :)