Followers

Tuesday, August 9, 2011

Agar Ku Tahu

Dikekalutan malam dan keresahan sepi ini menyelubungi diri, tersingkap suatu persoalan yang masih tidak terjawab. Kau mendustai hati ini. Kau menduakan cinta yang aku beri selama ini. Kau bilang kau cinta padaku, namun kau ungkap rindu padanya. Apakah ini benar rasaku? Atau hanya mainan kata katamu?


Aku keliru, bingung memikirkan hatimu. Jawapan yang ku tunggu masih belum terjawab dan kini aku derita sendiri. Derita menyintaimu. Derita merinduimu. Derita menunggu jawapan pasti darimu. Apa kata hati ini benar tentang perasaanmu padaku? Atau aku sekadar boneka dalam hidupmu?


Sayang, jawaplah pasti. Tetapkanlah hatimu. Jangan pernah kau dustai setiap yang berlaku antara kau dan aku. Tak pernah sekelumit pun rasa dihati ini untuk menipumu. Tak pernah ada sedikit rasa dihati ini untuk meninggalkanmu. Walau bermacam ku tempuh. Walau pelbagai ku ketahui. Namun hati ini masih menafikannya kerana sebuah cinta.


Aku tak mahu buta dalam perhubungan. Aku tak mahu gagal dalam percintaan. Tapi aku juga tak mahu kehilanganmu. Kerana kau aku tahu makna rindu. Kerana kau aku tahu menghargai cinta. Dan kerana kau aku kenal apa itu erti sunyi, erti sepi, erti sebuah hati yang dilukai. Sayang, katakanlah padaku, siapa dihatimu. Agar dapatku tahu. Agar dapat ku buang segala tomahan tentang dirimu.


Setiap apa kemahuanmu kuturuti. Setiap apa yang kau beri ku terima dengan besar hati. Tapi pernah juga ku terfikir, termenung mengenangkan setiap yang berlaku. Setiap apa yang terjadi. Setiap apa yang kau beri. Hanya hiasan dustaan hati atau memang kebenarannya yang hakiki. Aku buntu, kau keliru.


Sayang, tiada apa yang mampu kulakukan. Tiada apa yang mampu aku ubah. Aku juga tak mampu memaksa hatimu. Apa yang mampu kulakukan adalah menunggumu dengan penuh rasa sabar.
Dan kau, carilah jawapannya dan temuilah aku untuk kau jelaskan segalanya. Agar dapat kutahu isi hatimu.


Sayang, agar ku tahu...

2 comments:

izza razali said...

bell..T.T
semoga kau tabah,
itu je yg aku mampu katakan..
n ingat lah..kami kwn kau sentiasa support kau <3

Bella ♥ said...

dear..
mmg itu je yg mampu aku lakukan. tabahkan hati, kuatkan semangat.
takda apa yg lebih baik melainkan sebuah kesabaran kan?
InsyaAllah aku akan buat yg terbaik. dan selagi aku mampu untuk bertahan, aku akan pertahankan. :)

Terima kasih! kornglah kawan dunia akhirat aku! <3