Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Segalanya serba sederhana. Aku tak punya kakak mahupun adik. Yang aku ada cuma abang abang yang suka menyakat dan mentertawakan aku. Selama 18 tahun 11 bulan dan 30 hari aku hidup di dunia ini sudah pelbagai ragam yang aku temui dalam keluarga aku.
Aku teringat sewaktu kecilku. Aku dimanja oleh abang abangku. Aku dibawa ke sana dan ke sini. Aku dibelikan pelbagai mainan dan buku untuk dibaca. Namun segalanya tak seindah apa yang disangka. Apabila aku semakin meningkat dewasa. Perbalahan sering berlaku antara aku dan adik beradikku yang lain. Dan disebabkan aku yang bongsu, maka akulah juga yang sering kalah dan menitiskan air mata.
Harini aku rasa hidup aku bertambah sunyi. Entah kenapa malam aku sayu. Airmata seringkali mengalir di pipi. Aku terasa sunyi di rumah ini. Mak seringkali memarahi aku tanpa sebab. Dan kadang kadang membuatkan aku rasa seperti mahu lari di rumah ini. Abah pula sibuk menguruskan kebun. Bukan dia tak mahu duduk di rumah. Tapi abah lagi senang jikalau berada dikebun. Lebih sihat untuk dirinya. Aku pula sendiri. Sendiri di dalam rumah besar ini.
Kalau dulu, rumah ini riuh. Terdengar suara abang abangku. Seringkali aku mengetuk pintu bilik mereka untuk turut serta dalam cerita yang sibuk mereka hebahkan sesama mereka. Seronok. Kadang kadang kami sama sama kongsi rahsia. Banyak yang kami kongsikan bersama. Bila aku ada masalah atau aku nangis, aku datang pada mereka. Dan merekalah yang menghiburkan aku.
Tapi sekarang tiada lagi semua itu. Yang ada cuma sayup sayup suara mereka bermain di mindaku. Abang abangku kini semua sudah berumah tangga. Mereka sudah punya rumah dan keluarga mereka sendiri. Datang sini pun mungkin 2 atau 3 minggu sekali. Alangkah sunyinya aku sendiri di rumah ini.
Aku selalu berharap agar suatu hari nanti aku dapat kembali bersama abang abangku seperti dahulu. Tapi aku tahu semua itu tak mungkin berlaku. Aku rindukan riuh tawa kami adik beradik apabila duduk didepan TV, aku rindukan riuh kami adik beradik apabila abah memberitahu kami yang dia ingin membawa kami bercuti. Aku rindu keterujaan kami adik beradik apabila sampai di negara asing. Aku rindukan semua itu. Aku rindukan abang abangku.
Semoga hubungan kami adik beradik tidak akan pernah putus meskipun ada masalah di antara kami. Aku berharap agar satu hari nanti keluargaku dapat berkumpul dan sama sama mengungkit kenangan manis dahulu kala.
apa yang aku inginkan cuma kebahagiaan :)
No comments:
Post a Comment