Klik pada gambar untuk terus ke page Nani Shopping Zone.
Harini Bella nak promote business page Bella.. Nani Shopping Zone nama diberi... cewaaahhh~ Siapa Nani tu? Business apa yang Bella buat? Ehehehe sebenarnya Nani tu Bella lettewww~ Mana dapat nama Nani tu? Sebenarnya Na tu dapat drpd NAbila.. Ni pulak datang daripada perkataan HaNI.. So digabungkan dapatla NANI. Ahhahahahaha kretip kau jahhhh!! Apa yang Nani Shopping Zone ni perdagangkan? Well, kami menjual hijab untuk anak-2 gadis.. Bella sebenarnya baru sebulan lebih memulakan bisnes ni.. So barang dagangan kami masih belom beraneka lagi.. Buat sementara waktu ni, Bella ada jual Bawal Plain beraneka jenama -- Kangaroo, Butterfly & Deer. Aneka glitter -- Shawl, halfmoon & bawal. Akan datang, bawal labuh bidang 60" dan bermacam-macam lagi akan datang. Kami juga menjual perfume original, gred AAA dan juga Sabun Beras.. Haaaaaa siapa-2 yang guna sabun beras tu, bolehlah contact-2 Bella, shopping dengan kami. Weeee~~
Alhamdulillah.... Selangkah lagi untuk ke "Majlis Itu", InsyaAllah... :)
Ewahhh macam gempak je baca kan? Perasaannya macam "Yeayyy Cik Bella dah nak kahwin.." padahal.................. hahahahahahahahhahaah Sebenarnya aku cuma nak kongsi kegembiraan sorang sahabat yang akan melangkah satu tapak ke hadapan untuk ke "Majlis Itu". Eh? Majlis itu? Macam kenal je trademark kan? Hewhewhew Siapa baca blog dia mesti kenal siapa dia. Tak lama lagi tauuuu.. Dah nak jadi milik orang dah sahabat kita ni.
Kepada engkau yang bakal jadi milik orang tak lama lagi,
Aku doakan kau yang baik-2 saja. Moga kau jadi kekasih yang setia, isteri yang prihatin dan ibu yang bertanggungjawab. Dah nak dekat sangat wehhhh!!! Aku seronok sampai nak menangis.. Tolonglah. Tolonglah.... Hehe Doakan aku bakal menyusul kau jugak tak lama lagi okay.. Aku sayang kauuuuu!!! :D
Assalamualaikum.. Harini sebenarnya nak kongsi sebuah lagu yang selalu buat aku senyum and positive. Dengar lagu dia memang macam slow, mengantuk je. Tapi kalau hayati lirik dia, I bet you'll love the song too. Jom dengar jap...
Biarkan aku jadi yang terhebat
Jadilah kamu kekasih yang kuat
Aku manusia yang paling butuh kamu, membutuhkanmu
Hatiku memalingkan pandang hanya padamu, pada hatimu
Assalamualaikum... Kau dan aku, Kita sama... manusia. Punya rambut sama hitam. Punya mata sama melihat. Punya telinga sama mendengar. Punya mulut sama bertutur. Tapi antara kau dan aku, Aku punya mata melihat keindahan dunia. Kau punya mata melihat cela mereka. Aku punya telinga mendengar sakit derita mereka. Kau punya telinga dibiar pekak tuli sahaja. Aku punya mulut menasihat tenang hatinya. Kau punya mulut memaki caci mencela dia. Kita punya naik. Kita punya jatuh. Kita punya suka. Kita punya duka. Berada diatas itu bukan selamanya. Sementara cuma.
Assalamualaikum... Dulu aku pernah dikecam, dikecam dengan kejam. Tapi aku diam, diam penuh suram. Aku dimaki. Aku dicaci. Aku diherdik. Aku difitnah. Aku tak diberi peluang bersuara. Kata mereka -- kata aku semua dusta. Konon apa yang mereka jaja, semua itu benar belaka. Tapi aku kuat. Aku tempuh dengan semangat. Bagi aku -- mereka manusia kurang bijak. Dilahirkan berotak, tapi tidak berakal. Mereka cerita yang ada ada. Buat fitnah yang suka suka. Mereka fitnah, mereka caci. Tapi aku masih diam, diam penuh suram. Aku biarkan mereka yang berotak tanpa akal bercerita. Biarkan mereka menabur fitnah sini dan sana. Tapi aku masih bahagia. Bahagia atas apa yang aku tiada. Dan bersyukur atas apa yang aku punya. Alhamdulillah. ^^,)
"Sesungguhnya lidah tajam umpama pedangmu itu tidak mampu menjatuhkan aku. Meski kepalaku dibawah tapak kakimu, sedarlah bahawa akalku berada diluar kewarasan fikiranmu." - Nabila Hani Nizar.
Assalamualaikum. Al kisah harini Cik Bella nak post cerita seram suam sikit. Kisah misteri berkenaan seorang gadis bernama Zety dan Pokok Kekabu. Cerita dia bermula macam ni........... Ada satu malam tu aku dan cik abang baru balik dari Segamat. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Simpang nak kerumah aku ni memang gelap pasal takde lampu jalan. Nak dijadikan cerita, masuk je simpang tu dari jauh aku nampak satu kelibat warna putih. Mula-2 ingatkan Pocong. Diam je. Sampai tiba-2 cik abang kita bersuara.. "Awak nampak tak apa yang saya nampak?". Aku pun jawablah nampak. Dalam hati ingat dia nampak benda yang samalah aku nampak. Tapi tiba-2 dia tanya aku nak tompangkan ke tak. Eh? Bila aku perhatikan balik, ohhhh perempuan rupanya. Pakai baju kurung putih bercorak bunga-2 kecil, memakai tudung. Aku pun okay jela. Bukak tingkap tanya dia nak pergi mana. Dia kata dia nak balik rumah dia kat Jalan Kubur. Kami pun pelawa dia masuk. Dalam kereta tu kitorang adalah borak sikit-2. Antara dialog perbualan kami macam ni... Aku : Nama siapa ni? Gadis Misteri : Zety. Aku : Ohh.. Dah lama ke duduk sini? Tak pernah nampak pun balik jalan kaki.. Gadis Misteri : Baru je duduk sini. Dalam 6 bulan. Dah biasa dah balik jalan kaki ni. Aku : Asal mana? Datang sini kerja ke? Gadis Misteri : Saya asal dari Sabah. Ye. Bekerja kat sini. Aku : Ohh.. Nama ayah apa? Gadis Misteri : Nama ayah Rosli. Orang kampung panggil Wak Li. Aku : Nama mak? Gadis Misteri : Nama mak tak tahu. Hihihihihi Aku : Okay. So mana rumah? Gadis Misteri : Tu depan tu. (sambil tunjuk kebun kelapa sawit) Aku & Cik Abang : Saling berpandangan... Errr?? Tak lama sikit kitorang pun jumpalah rumah yang diperkatakan tadi. Rumah terang benderang. Pukul 11.30 malam dengan tingkap dan pintu semua terbukak. Kasut berlambak-2 depan rumah. Tapi kitorang tak fikir apa. Terus kitorang berlalu pulang....... Ohh ye, kami jemput dia bawah pokok kekabu.. Beberapa bulan kemudian. Aku cerita kat mak abah kisah kitorang tumpangkan "Zety" ni. Mak tanya rumah kat mana apa semua. Aku pun cerita jela semuanya. Beberapa hari lepas tu mak ada meeting AIM ( Anugerah Industri Musik eh? Amanah Ikhtiar Malaysialah!). Mak jumpalah dengan kawan dia yang duduk belakang kubur tu. Tanya punya tanya, risik punya risik, tak ada budak perempuan nama Zety duduk kat rumah tu. Kalau sekalipun anak-2 kawan mak tu, anak-2 dia masih kecil dan bersekolah. Hmmmm.. Bila mak cerita kat aku apa yang diperkatakan kawan-2 dia, memang seram sejukla jadinya.. Semalam. Cik abang aku pergi main badminton kat dewan dekat-2 dengan tempat kitorang tumpangkan "Zety" haritu. So dalam pukul 1.30 pagi Cik abang ni pun sampai rumah. Masa tu aku dah tido. Punyalah dia kejut aku semata-2 nak bagitau yang dia nampak lagi perempuan tu kat tempat yang sama, bawah pokok kekabu. Tapi kali ni dia tak berhenti pun. Takut punya pasal terus pecut laju balik rumah. :3 Tadi. Kami baru balik dari berbadminton di Petaling Jaya. Jam dah pukul 12.22 malam. Cik abang singgah kedai di simpang yang sama sebab nak beli rokok. Tiba-2 timbul idea aku untuk tanya owner kedai tu kot-2 la dia pernah nampak ada ke tidak awek selalu lalu depan kedai malam-2 cenggini. Aku pun turun tinggalkan kereta dan meluru ke arah tuan kedai. Cerita kat dia gitu gini gitu gini, dia kata tak pernah nampak pun perempuan lalu depan kedai jalan kaki malam-2 nak balik rumah.. Owner kedai sempat pesan kat kami "Cuba korang balik tanya mak abah korang. Mesti dia tau misteri di sebalik pokok kekabu tu. Memang pokok kekabu tu seram tempatnya." Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........ Jadi disini dapatlah disimpulkan bahawa kami masih tak tahu siapakah gerangan sebenar "Zety" misteri ni. Kalau adalah siapa-2 yang kenal dengan Zety ni tolonglah bagitau kami ye. Supaya kami tak tertanya-2 siapakah dia dan APAKAH dia......
YA ALLAH!!! RINDUNYA CIK BELLA PADA SEKALIAN READERS SEMUANYAAAAA... :)
Haaaaa nampak tak betapa rindu dan excitednya Cik Bella pada dunia blogging ni. Rindu nak menaip. Rindu nak baca and balas komen kalian. Rindu nak baca blog-2 favourite Cik Bella. Rindu segala-2nya lah berkaitan blog ni. Hihihihihi So guys, how are you? Well, as for me sekarang duduk kat rumah je. Differ study. InsyaAllah akan sambung balik sekiranya ada rezeki. Congak punya congak dah masuk 6 bulan jadi penganggur terhormat.. So I think it is time now untuk keluar dan cari kerja. (setelah sekian lama kan?) :p Okay readers sekalian. Sampai sini saja khabar berita daripada Cik Bella. InsyaAllah lepas ni akan lebih kerap lagi berblogging. Nantikan kisah-2 luahan hati, pendapat dan celoteh Cik Bella dalam post yang akan datang. InsyaAllah.
Assalamualaikum w.b.t sahabat sahabat blogger sekalian, juga readers yang tak pernah jemu baca blog Bella ni. Terima kasih banyak banyak.
Klik gambar untuk ke page Lovely Perfume. ^^,)
Soooo, harini Bella just nak buat sedikit iklan atau lebih senang cerita, nak promote bisnes Bella yang dah lama buat dan pernah berhenti sekejap sebab sambung belajar. Tapi sekarang Bella dah ambil keputusan utk sambung balik bisnes ni. And too you guys yang baru sahaja mengikuti blog Cik Bella ni dan masih tatau Bella ni bukak bisnes apa sebenarnya ek? So no worries, ni yang nak habaq mai ni.. Hehehe Dah tengok gambar kat atas yang tak seberapa editnya tu? Hehe haaaa~ Itulah bisnes Bella. Bella jual perfume sebenarnya. Gred AAA second best after original perfume. Bella ada jual macam macam brand dalam satu harga yang sama kecuali yang set *itu harga lain*. Jom kita tengok apa yang ada dijual di Lovely Perfume ni ye.
Klik gambar untuk ke album For Her. ^^,)
Ini adalah sebilangan kecil daripada apa yang Bella ada jual. And, ini untuk perempuan je tau! :p
Klik gambar untuk ke album For Him. ^^,)
Yang ini pula adalah sebahagian koleksi wangian untuk lelaki. Selain daripada itu, Bella pun ada jual jugak set perfume yang disertakan dengan losyen dan sebagainya. Tak lupa juga set perfume miniature yang sangat sesuai untuk anda anda yang suka tukar tukar perfume. Hehehehe
Koleksi Set Perfume. :)
Set Miniature. (Klik gambar untuk ke album Set & Miniature)
Oh ya! Tak lupa, Bella jugak ada jual pelbagai jenis haruman dari pelbagai jenis buah-buahan dan bunga bungaan keluaran Victoria's Secret yang sangat diminati ramai.
Klik gambar untuk ke album Victoria's Secret ^^,)
Berminat? Dan ingin dapatkan koleksi perfume anda segera? Jom ramai ramai kita kasi ushar page Lovely Perfume and grab you favorite perfumes nowww! Segala pertanyaan and order, sila tinggalkan PM di page Lovely Perfume ye. Terima kasih. :D
p/s : special price for student okay! sementara stock masih ada. eh? hehehehe ^^,)