Wahai rakan rakan blogger yang dikasihi sekalian. :) Lama sudah tak ketemu. hehhe Alhamdulillah hari hari aku kini disinari cahaya lampu neon, lampu kalimantang dan sinaran matahari yang tak pernah jemu memancari hidup aku. Semenjak kejadian yang menyakitkan hati, aku belajar cara untuk menerima setiap apa yang terjadi. Syukur pada tuhan perkara itu berlaku.
Aku belajar cara untuk menerima setiap yang berlaku demi menjaga hati sendiri dan orang lain. Yela, buat apa nak ingat pada benda yang lampau betul tak? Kita punya hati siapa yang jaga? Diri kita sendiri kan? Setiap yang buruk yang terjadi pada diri kita ni ada hikmahnya. Selagi kita mampu untuk jalani ujiannya, kita terimalah. Bersyukur pada yang Maha Esa kerana mengurniakan ujian yang besar itu pada aku. Mungkin tak sebesar mana, tapi bagi aku besar sangat atas sebab sebab tertentu. hehehe
Sebenarnya nak bagitau kat korang semua yang cuti sekolah dah pun berlalu. Sekarang masanya untuk teruskan perjuangan di medan ilmu. Menimba sebanyak ilmu yang boleh demi masa depan yang cemerlang. InsyaAllah aku akan mulakan sesuatu yang baru. Aku mengharapkan doa dari kalian semua agar aku mampu berubah.
Aku ni bukan perempaun baik pada asalnya. Tapi setiap manusia berhak diberi peluang untuk berubah betul tak? Dan aku rasa mungkin dah tiba masanya untuk aku transform dari sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik. Tapi tak mudah untuk buat semua tu. Aku perlukan bimbingan, nasihat daripada rakan rakan yang sudi membantu, dan korang, rakan blogger aku pun merupakan orang penting dalam hidup aku untuk aku merealisasikan impian aku. InsyaAllah aku boleh.
Aku mahu membesar sebagai seorang wanita yang kuat dan berani. Tabah menghadapi segala cabaran dan tak pernah mengalah sebelum berjuang. InsyaAllah aku boleh. :)
p/s : berita gembira harini dapat result MUET. Alhamdulillah dapat Band 4 :)
sekian.
No comments:
Post a Comment