Followers

Tuesday, May 3, 2011

Pra-U SMK Sungai Manggis ( Tingkatan Enam )

Assalamualaikum! 


Hahha according to the title, we know that today I'm gonna talk about Tingkatan 6. Hehhe Actually, entry ni adalah untuk pengetahuan semua bakal bakal pelajar tingkatan 6 tentang keistimewaannya belajar di tingkatan 6.


1. Kos yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan program di IPTA ataupun swasta. Ini memandangkan pengajian di peringkat sekolah mendapat bantuan subsidi yang lebih banyak.


2. Sijil T6 diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan ke ijaazah pertama berbanding dengan sijil Matrikulasi yang tidak diktiraf oleh JPA untuk bekerja, taraf kelulusan STPM mempunyai tangga gaji yang lebih lumayan berbanding dengan SPM.




Perbezaan antara Tingkatan Enam dan Matrikulasi. 



TINGKATAN ENAM

MATRIKULASI

Tempoh pengajian 3 semester
Sama
Aliran sains dan kemanusiaan
Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
Kos lebih tinggi
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan
Tidak diiktiraf oleh JPA
Setaraf A level
Kurikulum berpandukan STPM
Penghantar Bahasa Melayu
Sama
Pusat di sekolah seluruh negara
Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)


Jadi Renung-renungkan. Dan pilihlah yang terbaik untuk masa depan. :)
________________________________________________________________


Kepada Junior kami yang akan memasuki Pra-U SMK Sungai Manggis 2011 disini ada beberapa info yang harus korang ambil tahu.


Pendaftaran

Tarikh : 9 Mei 2011 ( Isnin )

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Foyer Bestari, SMK Sungai Manggis.

Keperluan : Salinan Kad Pengenalan, Salinan Keputusan SPM, Salinan Surat Beranak dan Slip Kemasukan Tingkatan 6 (Print)


Pakaian : Baju sekolah biasa.
 ( Uniform baru akan diberitahu oleh Guru dengan lebih detail )


Pembahagian Kelas

Pra-U 6 Bawah 1 : Akaun, Ekonomi, Geografi dan Pengajian Am

Pra-U 6 Bawah 2 : Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Geografi dan        
Pengajian Am

Pra-U 6 Bawah 3 : Pengajian Perniagaan, Geografi, Bahasa Melayu dan Pengajian Am

Pra-U 6 Bawah 4 : Pengajian Perniagaan, Bahasa Melayu / Sastera, Sejarah dan Pengajian Am.

Pra-U 6 Bawah 5 : Pengajian Perniagaan, Geografi / Seni, Bahasa Melayu dan Pengajian Am.

Subjek Pengajian Am merupakan subjek wajib bagi pelajar Tingkatan 6. 


Para Pelajar akan mempelajari satu subjek tambahan yang wajib bagi semua pelajar ketika di dalam kelas iaitu Matapelajaran MUET. Ia adalah salah satu peperiksaan penting yang harus diduduki oleh semua pelajar untuk memasuki IPTA. Peperiksaan boleh diambil pada pertengahan tahun atau hujung tahun, namun digalakkan untuk mengambil kedua duanya sekali.


Bagi bakal junior, anda diminta untuk LIKE page Majlis Perwakilan Pelajar SMK Sungai Manggis, 42700 Banting. Sebarang pertanyaan berkaitan Tingkatan Enam atau berkaitan Pra-U SMKSM boleh la dikemukan disitu. :) 


Gred STPM 


Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00

Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid
C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00

Uniform

Lelaki : Kemeja Coklat Cair dan Seluar Coklat pekat.
Perempuan : Baju coklat cair dan Kain coklat pekat. 

Okay, cukupla sampai sini. Kalau ada info yang aku teringat nak letak, akan ku updatekan entry ini. Sekian~


p/s : Tingkatan Enam tidaklah sesukar yang diperkatakan. Jangan takut dengan kata kata orang. Rasai sendiri, kemudian nilai :D Selamat Berjaya! 

Selamat Datang JUNIOR! :D


11 comments:

Ayuu said...

smk sg manggis?
ada kawan dekat sana ;D

Bella ♥ said...

yup!
smk sungai manggis.
yeke?
sapa sape? hehhe ;DD

Anonymous said...

Pakaian seragam bagi pelar lelaki? baju kemeja putih dan seluar putih?

-urgent-

Bella ♥ said...

Bagi lelaki, kemeja warna coklat dan seluar coklat pekat. Jangan risau di hari pendaftaran pakai bju skola biasa tak apa. Nanti cikgu akan terangkan tentang uniform. :D

stalker hebat ! said...

yeahh. aku da merase dulu.

tapi sampi satu sem je.

dpt tawaran laen aku bla.

hehe^^

Bella ♥ said...

f6 best an? HAHHA

Nur Sulastri said...

kenapa matriks 3 sem ?

stalker hebat ! said...

hhaha^^

Bella ♥ said...

sulastri : yela. matrix tu bukan bmakne matrix yg kolej matrikulasi. merangkumi asasi dgn faoundation jugakla. skang kan matrix pun ade dua tahun. tapi, setahu saya matrix yg dua tahun tu dah dimansuhkan. :) itu apa yg saya tahu la :D

Diba Latif said...

Salam Bella,
saya bakal mengajar di SMK Sg. Manggis. Nak tanya. mcm mana culture and environment kat situ? tadi google smk sg. manggis dan your blog kat first page google. harap boleh membantu =)

Bella ♥ said...

Wslm Cikgu Diba Latif :)

first off all cikgu mengajar di aliran perdana atau tingkatan 6?
mcm biasa utk pengetahuan cikgu, skola kami skola luar bandar, jadi kerenah budaknya agar luar biasa extremenya. hehhe

keputusan dri segi akademik kt skola ni alhamdulillah meningkat tp tak sehebat skola skola lain. dlm bidang koko pulak skola bnyk mnyertai ptndingan2, menang kalah tu adat la cikgu. :)

kalau disiplin pulak. -___-' susah nak kata. nakal. tu jela yg mampu. susah nak kawal lagi lagi budak kelas hujung hujung ni. kalau cikgu mngajar subject tough yg hnya budak budak kelas depan je ambik, maybe cikgu tak problem sgt. tp kalau cikgu ajar kelas belakang, cikgu kene buat bnyk preparation dari segi fizikal dan mental :) hehhe

kalau ade ape ape yg lebih lanjut nak tnye silakan :)sy sedia membantu.