Sejak kebelakangan ni seringkali dapat mesej dari member member kat FB mintak tolong bagi nasihat macam mana cara nak settle kan masalah dorang. Haihh aku ni bukan perunding masalah wehhh. HAHHA tapi sekadar nak bagi nasihat boleh la. Sikit sikit. Okay, jadi disini aku nak bagi tips macam mana nak melupakan atau melenyapkan sesuatu masalah yang dirasakan remeh dan tak penting pun untuk kita serta cara tuk melupakan seseorang daripada ingatan.
1. Berfikiran matang
Bila berhadapan dengan masalah fikir balik masalah tu besar ke kecik. Kedua fikir masalah tu penting dalam hidup atau tak. Ketiga fikir dengan matang cara untuk selesaikan. Jangan dok emoooooo memanjang. Apa pun tak bolehla kalau macam tu kan?? Paling penting bila berdepan dengan masalah ialah berfikir menggunakan akal. Jangan guna hati
2. Banyakkan beristighfar
Bila berhadapan dengan masalah banyakkan beristighfar. Bila beristighfar kepala jadi lebih tenang. Ini memudahkan korang untuk berfikir dengan tenang. Ye dak? Hehhe Selain tenang, korang mesti dapat merasakan bantuan yang sedang diberikan Tuhan kepada korang. Percayalahhh...
3. Penuhi masa lapang
Paling penting untuk melupakan masalah yang remeh temeh atau melupakan seseorang adalah dengan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Luangkan lah masa korang dengan kawan kawan ke, lepak library ke, pi tengok wayang ke atau apa apa je yang korang rasa dapat hilangkan stress korang. Paling penting, korang jangan luangkan masa korang dengan terjun lombong ke, terjun bangunan ke, jual body ke.. ingat yeeee.... Nak masuk neraka ke beb?
4. Tetapkan hati
Tetapkan lah hati korang. Fikir jalan yang terbaik dan tetapkan hati. Setiap kali datang rasa resah gelisah rindu sendu tu korang istighfar banyak banyak. Supaya korang ingat matlamat korang tu apa... Matlamatnya adalah untuk melupakan dan menghindarkan diri dari masalah atau seseorang kan? So tetapkan hati TETAPKAN!
5. Cari seseorang
haaaa...tips ni sesuai untuk orang orang yang betul betul tak pandai nak handle diri sendiri. Dan kebanyakkan orang mmg macam tu. Bila sampai je certain certain big problem mulalah mengelabah puyuh. Dok nangis sana nangis sini. Jerit sana sini. Haihh pening wehhh orang macam ni. Jadi kalau korang antara spesis manusia begini, korang carilah seseorang yang sangat sangat boleh dipercayai untuk bercerita masalah korang. Bila masalah kita ni kita luahkan, kita dapat hilangkan half daripada tekanan dalam otak kita ni. Sebab apa half? sebab korang belom jumpa jalan penyelesaian bagi masalah korang tu. Kalau dah jumpe jalan barulah settle semua ye dakk? Jadi carilah seseorang supaya kurang sikit beban kat kepala hotak korang tu. Tak kiralah mak ke ayah ke abang ke adik ke anak patung korang yang bernyawa ke bibik ke or what-so-ever lah kan.
6. Semuanya terletak pada diri sendiri
Ni memang paling akhir dan paling utama. Semuanya terletak pada hati dan minda sendiri. Kalau kepala hotak korang tak boleh nak set. Memang susah lah nak lupakan seseorang and lupakan masalah yang melanda. Jadi dalam apa jua situasi sentiasalah latih kepala hotak korang tuk berfikiran dengan matang dah merelakan hati tuk menerima apa jua keputusan yang korang buat atau orang lain buat untuk kebaikan korang bersama. Tu penting yeee.. INGAT! :)
Jadi kengkawan, ingatlah bahawa tiada
yang mudah dalam hidup ni.
Segalanya terletak pada minda dan hati kita sendiri.