Alhamdulillah~ setelah menempuh segala yang pedih pedih je. Aku ambil keputusan untuk lupakan semua dan mulakan yang baru! Yeay! Hidup skang dah ceria okay! Kalau berduka lagi tu maknanya semua tu kerja syaitan. Astaghfirullahalazim! Tolong ingatkan aku ye kawan kawan kalau aku terlalai. :)
Okay, harini nak cite pasal kelebihan yang dikurniakan Tuhan pada kita. Ada apa pada kelebihan tu? Dan kenapa dianugerahkan kepada kita semua? Kenapa? Haaaa... Motifnya dikurniakan kelebihan kepada kita ni adalah untuk membezakan kita dengan sesuatu. Okay, straight to Ampang Point.
Kelebihan berfikir. Ada apa dengan berfikir? Kenapa perlu berfikir? Berfikir adalah satu anugerah yang Tuhan kurniakan kepada umat manusia. Korang tahu tak yang binatang tu dikurniakan otak tapi tak ada akal? Manakala manusia ni dikurniakan otak dan akal? Tau tak? Kalau korang tak tau mintak mak pak korang pasang Astro kat umah na? Baru ada akai! :DD
Manusia diberikan kelebihan berfikir adalah untuk membezakan sesuatu yang baik dan yang buruk. Supaya kita taklah terjebak dengan perkara yang tak elok belaka. Dan setiap kali berfikir tu, ingatlah, bahawa keputusan yang kita buat tu biarlah boleh diterima logik akal dan tak buat keputusan terburu buru. Bak kata orang orang, fikir masak masak. Bukan fikir sambil memasak. Kang yang difikir tak ado, yang dimasak hangus.
Bayangkan korang dalam situasi tertekan teramat sangat. sampai dah tak ingat Tuhan dah. *ape pesen punye oranglah korang ni* agak agak keputusan yang korang buat tu waras tak? Agak agak bila time camtu ada tak korang rasa nak bunuh diri? Kalau ada tu maknanya korang tak berfikir guna akal. tapi korang fikir guna hati. Korang tau tak sebaik baik pemikiran adalah fikir guna akal. Bukan guna hati. Ikut rasa binasa, ikut hati mati! haaaa..ingat pepatah tu beb! Jangan lupa. Jadi setiap apa yang kita lakukan haruslah menggunakan akal fikiran yang Tuhan dah kurniakan tu. Jangan nak ikut sangat kata hati. Sebab pada hati tu ada segumpal darah, andai hitam, maka hitamlah seluruh tubuh, jadi keputusan yang korang buat ikut hati tu pun mesti hitam jugak. So, ambil sedikit masa untuk berfikir secara waras menggunakan otak supaya korang tak mati bila ikut hati nanti. hehhe :DD
Renung renungkan dan selamat beramal! :)
No comments:
Post a Comment