Followers

Tuesday, April 26, 2011

Fikiran dan Masakan! Hahha :DD

Assalamualaikum!




Alhamdulillah~ setelah menempuh segala yang pedih pedih je. Aku ambil keputusan untuk lupakan semua dan mulakan yang baru! Yeay! Hidup skang dah ceria okay! Kalau berduka lagi tu maknanya semua tu kerja syaitan. Astaghfirullahalazim! Tolong ingatkan aku ye kawan kawan kalau aku terlalai. :)


Okay, harini nak cite pasal kelebihan yang dikurniakan Tuhan pada kita. Ada apa pada kelebihan tu? Dan kenapa dianugerahkan kepada kita semua? Kenapa? Haaaa... Motifnya dikurniakan kelebihan kepada kita ni adalah untuk membezakan kita dengan sesuatu. Okay, straight to Ampang Point.


Kelebihan berfikir. Ada apa dengan berfikir? Kenapa perlu berfikir? Berfikir adalah satu anugerah yang Tuhan kurniakan kepada umat manusia. Korang tahu tak yang binatang tu dikurniakan otak tapi tak ada akal? Manakala manusia ni dikurniakan otak dan akal? Tau tak? Kalau korang tak tau mintak mak pak korang pasang Astro kat umah na? Baru ada akai! :DD    


Manusia diberikan kelebihan berfikir adalah untuk membezakan sesuatu yang baik dan yang buruk. Supaya kita taklah terjebak dengan perkara yang tak elok belaka. Dan setiap kali berfikir tu, ingatlah, bahawa keputusan yang kita buat tu biarlah boleh diterima logik akal dan tak buat keputusan terburu buru. Bak kata orang orang, fikir masak masak. Bukan fikir sambil memasak. Kang yang difikir tak ado, yang dimasak hangus.  


Bayangkan korang dalam situasi tertekan teramat sangat. sampai dah tak ingat Tuhan dah. *ape pesen punye oranglah korang ni* agak agak keputusan yang korang buat tu waras tak? Agak agak bila time camtu ada tak korang rasa nak bunuh diri? Kalau ada tu maknanya korang tak berfikir guna akal. tapi korang fikir guna hati. Korang tau tak sebaik baik pemikiran adalah fikir guna akal. Bukan guna hati. Ikut rasa binasa, ikut hati mati! haaaa..ingat pepatah tu beb! Jangan lupa. Jadi setiap apa yang kita lakukan haruslah menggunakan akal fikiran yang Tuhan dah kurniakan tu. Jangan nak ikut sangat kata hati. Sebab pada hati tu ada segumpal darah, andai hitam, maka hitamlah seluruh tubuh, jadi keputusan yang korang buat ikut hati tu pun mesti hitam jugak. So, ambil sedikit masa untuk berfikir secara waras menggunakan otak supaya korang tak mati bila ikut hati nanti. hehhe :DD 




Renung renungkan dan selamat beramal! :)

Monday, April 4, 2011

Kini Sendiri :'(

Assalamualaikum.


Lama tak berblogging. 


Harini terasa nak menaip. sebab hati dihiris luka dan sembilu tajam. tak tahu pada siapa nak diluahkan. diri yang kerdil ini kini sendiri. 


Insan yang selama ini dicintai sepenuh hati telah pergi meninggalkan diri ini. Tak tahu kenapa, pemergiannya yang berlaku secara tiba tiba membuatkan aku rasa sedih dan kecewa yang teramat sangat. Bagi aku, hubungan kami elok. Perselisihan faham yang berlaku antara kami tak pernah berlarutan sehingga menimbulkan masalah yang lebih besar. Tapi mungkin kehendak Tuhan, dia pergi. 


Perginya dia kepada bekas kekasihnya yang dulu membuatkan aku kecewa. Kalau ikutkan katanya, dia mahu aku dan juga perempuan tu, tapi aku tak sanggup. Tak sanggup untuk bersama insan yang sendiri keliru dengn jiwanya. Lantas, aku ambil keputusan untuk merelakan dia pergi. Hidup bahagia bersama bekas kekasihnya yang baginya sempurna. Aku tahu dia sayang perempuan tu lebih daripada diri aku. Dari cara dia bercerita, dari cara dia membezakan aku dengan perempuan tu, aku tau perempuan tu sungguh istimewa dimatanya. 


Aku redha. aku relakan dia pergi kerana keinginan ku sendiri. Aku tak sanggup kasih sayangku dikongsi. Semoga dia bahagia dengan kekasihnya yang dulu. Semoga dia mampu membahagiakan kau. Kerna cinta dari aku tak mampu membuatkan kau bahagia. Maafkan aku. 


Kini semua tinggal kenangan. :')

Kepada Mohd. Lizal Bin Amran, saya doakan awak semoga awak bahagia dengan dia. Perpisahan yang berlaku antara kita tak bermakna putus sudah kasih sayang yang dah lama terjalin antara kita. Kita masih sahabat dunia akhirat. Ingat ye. :') Jangan lupa doakan juga kebahagiaan saya. Terima Kasih atas semua yang telah awak berikan pada saya.



Ya Allah, 
Terima kasih kerana kau telah meminjamkan sebuah 
nikmat yang besar kepada diri ini. 
Meskipun sekejap, namun aku dapat rasakan ertinya. 

Ya Allah, 
andai dia benar jodohku, kau satukan lah kami semula. 
Namun, andai dia bukan untukku, 
kau jadikan lah kami sahabat dunia dan akhirat. 

AMIN..



Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu. 
sesungguhnya aku tak mampu menangani dugaan ini. :'(