Followers

Wednesday, February 9, 2011

MOHD LIZAL AMRAN! :D

Assalamualaikum!


MOHD LIZAL AMRAN!
Inilah insan yang sentiasa menemaniku tanpa rasa jemu! Kaula yang paling kusayangi. Dalam hati ini hanya dirimu seorang sayang! :D Terima Kasih kerana menyintai diri ini. Terima kasih kerana telah memberikan kebahagiaan dalam hati :)








Gambar ni diambil masa aku jumpa dia kat rumah abang aku kat Putrajaya. :) Sangat comel! <3




Gambar ni pulak masa balik sekolah. heeee~ berjalan jalan ditepi pantai. Dan pantai merupakan tempat yang sering kitorang kunjungi. :)










Gambar ni pulak masa 1st time kitorang jumpe. :) Sangat comel! B sayang awak!






Gambar ni pulak dekat mid valley! Mase ni keluar dengan adik dia. enon! heee..sebulan wokk enon dok umah aku. masa ni dah anggap macam adik aku sendiri dahh..bijak betul adik die! :D saya sayang adik awak macam sayang awak tau! :D








Saya sayang awak sampai hujung nyawa saya. :) Janganlah pernah tinggalkan saya. Tanpa awak, hidup saya sunyi. Tanpa sayang b sepi. Sayangla yang banyak memanjakan diri b ni. Terima kasih sayang :)

Baru Februari tapi STPM dah menghantui. DUHH Scary!

Assalamualaikum.


Alhamdulillah~
Berjaya jugak aku meneruskan pembelajaran di Tingkatan 6 Atas tahun ni setelah berjuang antara mahu dan tidak dengan hati sendiri pada tahun lepas. Agak terkilan sebab tak dapat pergi mana mana. Dapat pun tak pergi sebab terlalu jauh merentasi Laut China Selatan. Tak sanggup rasanya nak tinggalkan insan insan yang tersayang disisi. T.T


Percaya atau tidak. sekarang ni dah masuk Februari. alaaaa... baru Februari beb! haaaa..itu kata kawan kawan. semua macam relax je nak STPM ni kan? tapi aku je yang gelabah, takut, cuak, eh macam macam rasalah. tak tau nak describe macam mana.


Percaya atau tak, sepanjang tahun lepas, disebabkan konflik hati yang berlarutan, satu nota untuk kelima lima subjek yang aku belajar tak ada dalam simpanan. Maka tahun ni, aku terpaksa siapkan semua nota tu supaya nanti senangla kalau nak STPM, boleh rujuk ye dak? tapi seriously, agak beban jugakla buat kerja bertangguh ni kan? Korang pernah tak tangguh kerja cam aku? adoi~


Tahun ni azam dah baru. Azam nak kemas bilik yang macam tongkang pecah tu satu. hahaha kantoi plak kan? lagi satu nak lulus dengan CEMERLANG untuk STPM yang akan datang ni! CEMERLANG ye anak anak. heeee~ serious ni! Aku tak nak main main macam SPM dulu. Hujung hujung result HAMPEH. adoi~ even takde fail. tapi agak sedihla kan sebab tak diterima mana mana U kat Malaysia ni. haihhh :(


Takpe takpe. Lupakan cerita lama, kita bukak diary hidup yang baru. Semoga cita cita aku akan tercapai hendaknya. Amin! Semoga kita semua berjaya dalam hidup masing masing. Tak lupa juga hidup diSANA kelak ye! :DD


amin amin ya rabbal alamin :)
assalamualaikum! 

Tuesday, February 8, 2011

PEMENANG Contest Cik Bella New Target adalah................

Assalamualaikum!


Maaf kepada semua. bukan taknak update blog ye kawan kawan, tapi disebabkan beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, maka blog ini telah terabai lebih kurang sebulan. Sedih dan berduka lara sebentar tuan hamba di sini. ecececeh~ hahaha


Entry kali ni sebenarnya nak bagitau PEMENANG 'tertunggak' Contest Cik Bella New Target tu ha. ehehehehe mesti ada yang ternanti nanti dan tertunggu tunggu dimana lah tuan punya BLOG ni kan. tak jadi ke nak ade winner? ke takde winner langsung ye dak? ehehehe tak la. ade je winnernyer. cuma masa je yang menjadi penghalang.


Jadi di umumkan secara sukacitanya. Pemenang bagi Contest Cik Bella New Target adalah~~~~~


JengJengJengJeng! hahahaha

Johan : 
Ayuuuu~

Naib Johan :  

Paling Kreatif : 
Banana Love!

Saguhati : 
Belog Alyah! 


Mesti ada yang macam pelik je kan. haritu macam banyak je ketegori, tapi kenapa ni macam sikit je. ok! actually, cerita yang korang buat ni tak beberapa nak kene dengan ketegori yang dipertandingkan, jadi. kita tukarla nama dia. hehe tapi hadiah tetap je sama. jangan risau ye anak anak! :)) 

Apa apa pun terima kasih kepada semua yang join contest ni, walaupun tak ramai, tapi aku berterima kasih sangat sebab korang sudi nak masuk contest yang tak seberapa ni. Thanks A Lot! :))


p/s : kepada pemenang, 
sila berikan no telefon bimbit 
anda pada komen di entry ini, 
agar senang untuk saya memasukkn 
amaunt yg sepatutnya ke dalam 
akaun telefon bimbit anda. 
heee~ jangan risau.
pastikan anda memberi no telefon bimbit 
anda sebelum 14 Februari utk mengelakkan
 hadiah anda drpd dibekukan.
jangan risau, 
komen anda akan saya HIDE kan. :))