Followers

Sunday, June 9, 2013

[SERAM] Misteri Zety dan Pokok Kekabu.

Assalamualaikum.

Al kisah harini Cik Bella nak post cerita seram suam sikit. Kisah misteri berkenaan seorang gadis bernama Zety dan Pokok Kekabu.


Cerita dia bermula macam ni...........

Ada satu malam tu aku dan cik abang baru balik dari Segamat. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Simpang nak kerumah aku ni memang gelap pasal takde lampu jalan. Nak dijadikan cerita, masuk je simpang tu dari jauh aku nampak satu kelibat warna putih. Mula-2 ingatkan Pocong. Diam je. Sampai tiba-2 cik abang kita bersuara.. "Awak nampak tak apa yang saya nampak?". Aku pun jawablah nampak. Dalam hati ingat dia nampak benda yang samalah aku nampak. Tapi tiba-2 dia tanya aku nak tompangkan ke tak. Eh? Bila aku perhatikan balik, ohhhh perempuan rupanya. Pakai baju kurung putih bercorak bunga-2 kecil, memakai tudung. Aku pun okay jela. Bukak tingkap tanya dia nak pergi mana. Dia kata dia nak balik rumah dia kat Jalan Kubur. Kami pun pelawa dia masuk. Dalam kereta tu kitorang adalah borak sikit-2. Antara dialog perbualan kami macam ni...

Aku : Nama siapa ni?
Gadis Misteri : Zety.
Aku : Ohh.. Dah lama ke duduk sini? Tak pernah nampak pun balik jalan kaki..
Gadis Misteri : Baru je duduk sini. Dalam 6 bulan. Dah biasa dah balik jalan kaki ni.
Aku : Asal mana? Datang sini kerja ke?
Gadis Misteri : Saya asal dari Sabah. Ye. Bekerja kat sini. 
Aku : Ohh.. Nama ayah apa?
Gadis Misteri : Nama ayah Rosli. Orang kampung panggil Wak Li.
Aku : Nama mak?
Gadis Misteri : Nama mak tak tahu. Hihihihihi
Aku : Okay. So mana rumah?
Gadis Misteri : Tu depan tu. (sambil tunjuk kebun kelapa sawit) 
Aku & Cik Abang : Saling berpandangan... Errr??

Tak lama sikit kitorang pun jumpalah rumah yang diperkatakan tadi. Rumah terang benderang. Pukul 11.30 malam dengan tingkap dan pintu semua terbukak. Kasut berlambak-2 depan rumah. Tapi kitorang tak fikir apa. Terus kitorang berlalu pulang....... Ohh ye, kami jemput dia bawah pokok kekabu.. 


Beberapa bulan kemudian.

Aku cerita kat mak abah kisah kitorang tumpangkan "Zety" ni. Mak tanya rumah kat mana apa semua. Aku pun cerita jela semuanya. Beberapa hari lepas tu mak ada meeting AIM ( Anugerah Industri Musik eh? Amanah Ikhtiar Malaysialah!). Mak jumpalah dengan kawan dia yang duduk belakang kubur tu. Tanya punya tanya, risik punya risik, tak ada budak perempuan nama Zety duduk kat rumah tu. Kalau sekalipun anak-2 kawan mak tu, anak-2 dia masih kecil dan bersekolah. Hmmmm.. Bila mak cerita kat aku apa yang diperkatakan kawan-2 dia, memang seram sejukla jadinya.. 


Semalam.

Cik abang aku pergi main badminton kat dewan dekat-2 dengan tempat kitorang tumpangkan "Zety" haritu. So dalam pukul 1.30 pagi Cik abang ni pun sampai rumah. Masa tu aku dah tido. Punyalah dia kejut aku semata-2 nak bagitau yang dia nampak lagi perempuan tu kat tempat yang sama, bawah pokok kekabu. Tapi kali ni dia tak berhenti pun. Takut punya pasal terus pecut laju balik rumah. :3


Tadi.

Kami baru balik dari berbadminton di Petaling Jaya. Jam dah pukul 12.22 malam. Cik abang singgah kedai di simpang yang sama sebab nak beli rokok. Tiba-2 timbul idea aku untuk tanya owner kedai tu kot-2 la dia pernah nampak ada ke tidak awek selalu lalu depan kedai malam-2 cenggini. Aku pun turun tinggalkan kereta dan meluru ke arah tuan kedai. Cerita kat dia gitu gini gitu gini, dia kata tak pernah nampak pun perempuan lalu depan kedai jalan kaki malam-2 nak balik rumah.. Owner kedai sempat pesan kat kami "Cuba korang balik tanya mak abah korang. Mesti dia tau misteri di sebalik pokok kekabu tu. Memang pokok kekabu tu seram tempatnya." Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........

Jadi disini dapatlah disimpulkan bahawa kami masih tak tahu siapakah gerangan sebenar "Zety" misteri ni. Kalau adalah siapa-2 yang kenal dengan Zety ni tolonglah bagitau kami ye. Supaya kami tak tertanya-2 siapakah dia dan APAKAH dia......


Sekian saja kisah seram suam.
Selamat malam. :)

 



3 comments:

Anonymous said...

Kat mane punya storie ni ?

Bella ♥ said...

Banting.. :)

Anonymous said...

best cite ni..seram juga! Banting kat mana tu? Sy pun area banting.