Followers

Tuesday, December 18, 2012

Silap satu langkah, maka musnah.

Assalamualaikum semuaaa! 

Malam ni rasa macam susah sangat nak tido. Tak tahula kenapa.. Masih ada lagi yang belom tido ke? Kalau ada, elok sangatla. Boleh sangat sangat dah baca entry terbaru aku ni. Haaaaaa... Actually kan, esok aku ada paper final exam tau.. Tapi sebab paper petang, so I was like have some times to wrote this entry.. Biasala, blogger ni selalunya idea datang time malam malam buta masa orang lain tengah mimpikan Aaron Aziz.. And I am not that lucky la, because Aaron dah masuk dalam mimpi someone else. Hehe :p


Malam ni mood datang untuk bercerita tentang kehidupan. As usual, Cik Bella kalau bercerita basically and mostly about life. Because story about life is common. Everyone can take the moral values of the story. Takde pun macam terhad to somebody or someone je kan? So back to the topic, kehidupan kita ni seringkali diisi dengan pelbagai cerita, so harini nak cerita tentang kehidupan bergelar seorang student di peringkat IPT. 

Kehidupan di peringkat IPT ni bukan mudah. Segalanya susah. Dulu zaman sekolah, semuanya boleh harapkan pada mak, abah, adik beradik, tapi sekarang takde lagi. Semuanya harus dilakukan sendiri. Berpijak diatas kaki sendiri dan bergerak solo. Bila dah bergelar seorang pelajar di peringkat yang lebih tinggi, maka dengan automatiknya tanggungjawab yang kita pikul pun bertambah besar. Harapan yang mak dan abah kita berikan kepada kita adalah sangat berat. Tentu sekali diorang nak tengok kita berjaya dan mendapat segulung ijazah bila dah habis belajar nanti.. Betul tak? 

So, sebagai seorang student, kita perlu pandai dan bijak dalam membuat keputusan. Kita tak seharusnya terpengaruh dengan anasir anasir yang akan merosakkan diri kita. Aku sendiri sebagai seorang pelajar kadang kadang rasa menyesal dengan segala kesilapan yang aku buat selama ni. Bila difikir fikir kan balik, terlalu banyak masa yang terbuang untuk perkara yang tak berfaedah. Padahal setiap masa tu boleh digunakan untuk kita mengulangkaji pelajaran atau buat assignment, study group dengan kawan kawan.. Lebih berfaedah kan?

Lepak dengan kawan kawan, bercerita tentang orang itu dan orang ini, pergi karaoke, tengok wayang, tengok bola ramai ramai, semua perkara tu membuang masa. Eh, tapi jangan salah faham! Perkara perkara macam ni hanya akan dianggap membuang masa bila kita dah takda masa untuk siapkan assignment tapi ada masa untuk buat aktiviti aktiviti tersebut. Faham tak? Maksudnya dekat sini, kalau kita dah tau kita ada tugasan yang perlu disiapkan, test sana sini, why don't we just sit at home and get all the jobs done. Kan lebih baik macam tu daripada spending time untuk perkara perkara yang negatif tu betul tak? 

Tak dinafikan, sebagai seorang student, kita pun akan rasa tertekan dengan segala tugasan, segala test dan quiz yang lecturer bagi, tapi itu bukan alasan untuk jadi malas dan lupakan je semua benda benda tu. Mengharapkan ada seorang kawan yang rajin dan baik hati untuk siapkan semua kerja tu dan kita cuma datang esok hari untuk hantarkan tugasan kepada lecturer dan mengaku itu kerja kita? Dimana letaknya malu tu? Memanglah orang lain tak tahu, tapi diri kita sendiri? Kita tahu, dan kita pasti akan menyesal satu hari nanti. Percayalah!

Mak abah kita masukkan kita belajar tinggi tinggi, habis duit untuk kita beribu ribu cuma untuk tengok kita berjaya, tapi apa yang kita buat? Huhahuha sini sana, masuk kelas tido, tugasan pun copy, habis tu apa yang kita dapat sepanjang kita belajar? Apa yang masuk dalam otak kita ni? Takda apa. Kosong! Zero! Masa exam bawak masuk toyol. Semua tu tipu, satu penipuan. Berapa banyak hati dah kita sakitkan? Kita tipu mak abah kita, kita tipu lecturer kita, kita tipu kawan kawan kita dan yang paling teruk, kita dah tipu diri kita sendiri. Tapi pernah ke kita sedar? 

Jadi untuk jadi seorang student yang bakal memiliki segulung ijazah, kita harus jadi seorang anak yang baik terlebih dahulu. Kalau tanggungjawab sebagai seorang anak pun kita tak mampu selesaikan, apatah lagi tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar, lebih besar dan lebih berat lagi. Semoga semua student yang sedang study, bakal student dan yang bercita cita nak jejak kaki di IPT, bersedialah, kerana kehidupan kita disini lebih mencabar. Tersilap satu langkah, maka musnah.



Renung renungkan, 
dan selamat ambil ikhtibar. 
Assalamualaikum... 




2 comments:

Anonymous said...

huhu..seriously x suke org yg xde integriti. ade org smpai sangop rasuah lect utk naikkn gred. patot mentaliti kite pon jgn la assume student gred rendah mean dy x bagos..

Bella ♥ said...

betul. mmg ada berlaku mcm tu. 2, 2 salah. Lect seharusnya tk buat mcm tu, and the student sepatutnya terima knyataan yg gred rendah. And there's a reason why.. Sbb malas sgt nak masuk kelas, buat asignment and so on..