Dulu aku pernah dikecam,
dikecam dengan kejam.
Tapi aku diam,
diam penuh suram.
Aku dimaki.
Aku dicaci.
Aku diherdik.
Aku difitnah.
Aku tak diberi peluang bersuara.
Kata mereka -- kata aku semua dusta.
Konon apa yang mereka jaja,
semua itu benar belaka.
Tapi aku kuat.
Aku tempuh dengan semangat.
Bagi aku -- mereka manusia kurang bijak.
Dilahirkan berotak, tapi tidak berakal.
Mereka cerita yang ada ada.
Buat fitnah yang suka suka.
Mereka fitnah,
mereka caci.
Tapi aku masih diam,
diam penuh suram.
Aku biarkan mereka yang berotak tanpa akal bercerita.
Biarkan mereka menabur fitnah sini dan sana.
Tapi aku masih bahagia.
Bahagia atas apa yang aku tiada.
Dan bersyukur atas apa yang aku punya.
Alhamdulillah. ^^,)
"Sesungguhnya lidah tajam umpama pedangmu itu tidak mampu menjatuhkan aku. Meski kepalaku dibawah tapak kakimu, sedarlah bahawa akalku berada diluar kewarasan fikiranmu." - Nabila Hani Nizar.