Dear lovely blogger.. Bertemu lagi kita dalam entry yang terbaru! Ceceh, macam bertentang mata pulak kita ni ye..? hehhe Actually entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku bergelar Siswi Baru, kalau bahasa lepaknya freshie.. bukan fishy yeee.. yang fishy tu korang bukan aku! :p
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar buat masa ni.. Rumah yang selesa (okay okayla dari takde), housemate yang bestt gileeeee, kawan sekuliah yang masih ramai aku belum kenal and keadaan persekitaran aku yang Alhamdulillah boleh masuk lagilah..
Rumah -- Housemate aku ada 12 orang buat masa ni, 9 orang senior sem 2, 2 orang praktikal dan seorang lagi AKU! Roomates aku 2 orang, kak Wani and kak Anis. Kak Wani orang Selayang je and Kak Anis pun orang Kajang je, boleh dikatakan semuanya dekat dekat belaka, takde yang jauhnye.. Housemate aku yang lain lain antaranya Kak Dila, Lina, Wawa, Lia, Erin dengan Ika.. yang balance aku belom kenal lagi sebab belom masuk rumah lagi..
Kuliah -- Buat masa ni aku baru kenal 4 orang yang sama course dengan aku, BHRM. Tapi cuma 2 orang je yang satu kuliah dengan aku sebab yang lagi dua orang tu diorang from diploma so diorang boleh transfer credit. Syokla dah tak payah amik subjek tuk sem ni.. Pi amik subjek tuk sem 4 bawak ke sem 1.. untunglaaaaa! Yang lagi dua orang ni Aimy and Dhia, depa orang Perak. Sorang orang Tapah and sorang lagi orang Kuala Kangsar.. Diorang ni sekuliah dengan aku sebab depa dulu sama macam aku, lepasan STPM.. Duduk sebelah sebelah je pun.. hehe Untuk jadual aku pulak, aku cuma ada kelas hari Isnin & Khamis pukul 2 sampai 5 dengan 5.30 sampai 7.30 and yang paling penat Jumaat 3 petang – 9 malam... Gile kau 6 jam dalam kelassss! T.T Matilahhh weh!!!!!
Makan -- Makanan rutin bagi aku sekarang adalah BISKUT OAT! Memang sedap sesangatlah kan?! Hahha Aku ni spesis tak dapat nasi takda masalah pun sebab ada jenis orang yang everytime nak kene ada nasi.. Makan lah roti selambak mana pun but still laparkan nasi.. Alhamdulillah aku bukan orang macam tu.. Kalau boleh aku nak kekalkan makan biskut oat je all the time.. biar kurus sikit! :D Aim to achieve! Chaiyoookkk~
Itu saja buat masa ni..
Nanti kita cerita cerita lagi!
Tata! :D