Followers

Sunday, January 6, 2013

LOVELY PERFUME ARE NOW BACK IN TRACK.....!

Assalamualaikum w.b.t sahabat sahabat blogger sekalian, juga readers yang tak pernah jemu baca blog Bella ni. Terima kasih banyak banyak. 

Klik gambar untuk ke page Lovely Perfume. ^^,)

Soooo, harini Bella just nak buat sedikit iklan atau lebih senang cerita, nak promote bisnes Bella yang dah lama buat dan pernah berhenti sekejap sebab sambung belajar. Tapi sekarang Bella dah ambil keputusan utk sambung balik bisnes ni. And too you guys yang baru sahaja mengikuti blog Cik Bella ni dan masih tatau Bella ni bukak bisnes apa sebenarnya ek? So no worries, ni yang nak habaq mai ni.. Hehehe 

Dah tengok gambar kat atas yang tak seberapa editnya tu? Hehe haaaa~ Itulah bisnes Bella. Bella jual perfume sebenarnya. Gred AAA second best after original perfume. Bella ada jual macam macam brand dalam satu harga yang sama kecuali yang set *itu harga lain*. Jom kita tengok apa yang ada dijual di Lovely Perfume ni ye. 


Klik gambar untuk ke album For Her. ^^,)

Ini adalah sebilangan kecil daripada apa yang Bella ada jual. And, ini untuk perempuan je tau! :p 


Klik gambar untuk ke album For Him. ^^,)

Yang ini pula adalah sebahagian koleksi wangian untuk lelaki. Selain daripada itu, Bella pun ada jual jugak set perfume yang disertakan dengan losyen dan sebagainya. Tak lupa juga set perfume miniature yang sangat sesuai untuk anda anda yang suka tukar tukar perfume. Hehehehe 


Koleksi Set Perfume. :)


Set Miniature.
(Klik gambar untuk ke album Set & Miniature)

Oh ya! Tak lupa, Bella jugak ada jual pelbagai jenis haruman dari pelbagai jenis buah-buahan dan bunga bungaan keluaran Victoria's Secret yang sangat diminati ramai.


Klik gambar untuk ke album Victoria's Secret ^^,)

Berminat? Dan ingin dapatkan koleksi perfume anda segera? Jom ramai ramai kita kasi ushar page Lovely Perfume and grab you favorite perfumes nowww! Segala pertanyaan and order, sila tinggalkan PM di page Lovely Perfume ye. Terima kasih. :D 



p/s : special price for student okay! sementara stock masih ada. eh? hehehehe ^^,)


enjoy visiting Lovely Perfume!
Assalamualaikum.. :)


Tuesday, December 18, 2012

Silap satu langkah, maka musnah.

Assalamualaikum semuaaa! 

Malam ni rasa macam susah sangat nak tido. Tak tahula kenapa.. Masih ada lagi yang belom tido ke? Kalau ada, elok sangatla. Boleh sangat sangat dah baca entry terbaru aku ni. Haaaaaa... Actually kan, esok aku ada paper final exam tau.. Tapi sebab paper petang, so I was like have some times to wrote this entry.. Biasala, blogger ni selalunya idea datang time malam malam buta masa orang lain tengah mimpikan Aaron Aziz.. And I am not that lucky la, because Aaron dah masuk dalam mimpi someone else. Hehe :p


Malam ni mood datang untuk bercerita tentang kehidupan. As usual, Cik Bella kalau bercerita basically and mostly about life. Because story about life is common. Everyone can take the moral values of the story. Takde pun macam terhad to somebody or someone je kan? So back to the topic, kehidupan kita ni seringkali diisi dengan pelbagai cerita, so harini nak cerita tentang kehidupan bergelar seorang student di peringkat IPT. 

Kehidupan di peringkat IPT ni bukan mudah. Segalanya susah. Dulu zaman sekolah, semuanya boleh harapkan pada mak, abah, adik beradik, tapi sekarang takde lagi. Semuanya harus dilakukan sendiri. Berpijak diatas kaki sendiri dan bergerak solo. Bila dah bergelar seorang pelajar di peringkat yang lebih tinggi, maka dengan automatiknya tanggungjawab yang kita pikul pun bertambah besar. Harapan yang mak dan abah kita berikan kepada kita adalah sangat berat. Tentu sekali diorang nak tengok kita berjaya dan mendapat segulung ijazah bila dah habis belajar nanti.. Betul tak? 

So, sebagai seorang student, kita perlu pandai dan bijak dalam membuat keputusan. Kita tak seharusnya terpengaruh dengan anasir anasir yang akan merosakkan diri kita. Aku sendiri sebagai seorang pelajar kadang kadang rasa menyesal dengan segala kesilapan yang aku buat selama ni. Bila difikir fikir kan balik, terlalu banyak masa yang terbuang untuk perkara yang tak berfaedah. Padahal setiap masa tu boleh digunakan untuk kita mengulangkaji pelajaran atau buat assignment, study group dengan kawan kawan.. Lebih berfaedah kan?

Lepak dengan kawan kawan, bercerita tentang orang itu dan orang ini, pergi karaoke, tengok wayang, tengok bola ramai ramai, semua perkara tu membuang masa. Eh, tapi jangan salah faham! Perkara perkara macam ni hanya akan dianggap membuang masa bila kita dah takda masa untuk siapkan assignment tapi ada masa untuk buat aktiviti aktiviti tersebut. Faham tak? Maksudnya dekat sini, kalau kita dah tau kita ada tugasan yang perlu disiapkan, test sana sini, why don't we just sit at home and get all the jobs done. Kan lebih baik macam tu daripada spending time untuk perkara perkara yang negatif tu betul tak? 

Tak dinafikan, sebagai seorang student, kita pun akan rasa tertekan dengan segala tugasan, segala test dan quiz yang lecturer bagi, tapi itu bukan alasan untuk jadi malas dan lupakan je semua benda benda tu. Mengharapkan ada seorang kawan yang rajin dan baik hati untuk siapkan semua kerja tu dan kita cuma datang esok hari untuk hantarkan tugasan kepada lecturer dan mengaku itu kerja kita? Dimana letaknya malu tu? Memanglah orang lain tak tahu, tapi diri kita sendiri? Kita tahu, dan kita pasti akan menyesal satu hari nanti. Percayalah!

Mak abah kita masukkan kita belajar tinggi tinggi, habis duit untuk kita beribu ribu cuma untuk tengok kita berjaya, tapi apa yang kita buat? Huhahuha sini sana, masuk kelas tido, tugasan pun copy, habis tu apa yang kita dapat sepanjang kita belajar? Apa yang masuk dalam otak kita ni? Takda apa. Kosong! Zero! Masa exam bawak masuk toyol. Semua tu tipu, satu penipuan. Berapa banyak hati dah kita sakitkan? Kita tipu mak abah kita, kita tipu lecturer kita, kita tipu kawan kawan kita dan yang paling teruk, kita dah tipu diri kita sendiri. Tapi pernah ke kita sedar? 

Jadi untuk jadi seorang student yang bakal memiliki segulung ijazah, kita harus jadi seorang anak yang baik terlebih dahulu. Kalau tanggungjawab sebagai seorang anak pun kita tak mampu selesaikan, apatah lagi tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar, lebih besar dan lebih berat lagi. Semoga semua student yang sedang study, bakal student dan yang bercita cita nak jejak kaki di IPT, bersedialah, kerana kehidupan kita disini lebih mencabar. Tersilap satu langkah, maka musnah.



Renung renungkan, 
dan selamat ambil ikhtibar. 
Assalamualaikum... 




Sunday, December 16, 2012

Big Bad Wolf here I come! :D

Assalamualaikum everyone!! Hye there! Dah lama sangat dah rasanya gua tak update blog gua ni. Sorry la readers sekalian, gua busy lately, biasalah.. Retis kan? Hikhikhik Eh tak tak. Sebenarnya gua ni takde idea nak update blog gua. Kepala otak gua ntah kenapa, semester ni blank kemain! Bila dah lama tak update blog ni, rasa macam diri ni tak pernah ada blog pulak. Hehehe :p


Klik gambar untuk ke laman sesawang BBW 


Okay back to the topic, harini sebenarnya nak cerita pasal BIG BAD WOLF BOOKS SALE kat MIECC. *sila rujuk gambar diatas* Ya Allah! Memang seronok gila gua cakap lu. Buku buku dah lah banyak.. Sampai tak tahu nak beli yang mana. Kalau ikut nafsu, memang nak beli semua, kalau ikut bujet pulak, rasa nak habiskan je duit kat sana, tapi bila ikut akal fikiran, gua beli takat mana yang gua mampu baca jela.. Hehehehe 

Btw, pada korang yang masih belom berpeluang nak pegi BBW ni, korang still ada masa. Exhibition ni conduct sampai 23rd Disember ni. So masih sempat! Masih banyak masa. Dia open drpd pukul 9.30 pagi untill 9.30 malam. And the best part is, 14,15 dan 16 hb ni, diorang open for 24hours straight tak tutup tutup. Datangla pukul 4 pagi pun boleh beli lagi. Pintu depan bukak untuk korang. Kalau terkunci, cari pakguard! So better pergi before it is too late! Rugi baq hang kalau tak pi... :p


Hasil shopping di BBW! 

Haaaaa... Ini jelah hasil aku membeli belah kat BBW haritu.. 12 books for only RM85! Berbaloi baloi! And that is all for today~~ 


Assalamualaikum and tata! :D