Followers

Saturday, March 26, 2011

Berubah

Dunia muda
Otak bergeliga
Fikir yang bukan bukan saja


Mana ilmu yang kau ada?
Mana akhlak yang kau punya?
Mana malu yang kau rasa?


Cinta pakai otak!
Kata pakai otak!
Rasa juga guna otak!


Kalau hidup berlandaskan kebebasan,
sampai bila kau mahu hidup dalam syurga kau sendiri?
sampai bila akan kau rasa nikmat dunia?


Dunia ini harus diubah!
dan kita perlu berubah.
Demi masa depan yang lebih sempurna.
Aku harus BERUBAH!

bantulah aku wahai rakan.
 agar aku dapat pulang ke jalan yang benar. 

Friday, March 18, 2011

Dunia Untuk Dikongsi.

Kau punya nama tapi kau salah guna.
Kau punya nama tapi kau tak buat kerja.
Kau punya nama tapi apa yang kau buat dengannya?
Memalukan diri sendiri!

Kami sekadar manusia yang ada di sekeliling kau.
Melihat setiap gelagat dan tingkah laku kau.
Kenapa?
Kerana kau punya nama dan apa yang kau buat dengannya?
Memalukan diri sendiri!

Sedarlah wahai empunya nama.
Kau hanya manusia seperti kami.
Apa yang ada pada nama kalau kau tak tahu macam mana nak buat kerja?

Kami bukan dengki, apatah lagi iri hati.
Kami cuma ingin menasihati.
Supaya satu hari nanti kau sedar
bahawa dunia yang kau duduki bukan untuk kau sendiri…..



sedarla...